Anda di halaman 1dari 3

` MUAFAKAT KEDAH `

Ruj. Kami : SMKAJ 2101/600-


6/2Jld2(31)
Tarikh : 25 SEPTEMBER 2018

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar
Kedah.

Tuan ,

BENGKEL KECEMERLANGAN MATEMATIK TAMBAHAN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Alor Janggus akan mengadakan Bengkel


Kecemerlangan Matematik Tambahan 2018 kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki
peperiksaan SPM pada tahun ini.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput pegawai
tuan En Zulkifli bin Salleh (Pegawai SISC+ Matematik Menengah) sebagai penceramah
bengkel yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 28/9/2018 ( Jumaat )


Masa : 8.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Alorian Visual SMK Alor Janggus

4. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian .

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………
(NURUL AZNIM BT MOHD RAZALLI)
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Alor Janggus

` MUAFAKAT KEDAH `

Ruj. Kami : SMKAJ 2101/600-6/2Jld2(32)


Tarikh : 25 SEPTEMBER 2018

Waris dan Penjaga Pelajar Tingkatan 5 Addin, 5 Bestari dan 5 Citra


SMK Alor Janggus

Tuan,

BENGKEL KECEMERLANGAN MATEMATIK TAMBAHAN 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas saya rujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Alor Janggus akan mengadakan Bengkel


Kecemerlangan Matematik Tambahan 2018 untuk calon SPM 2018.

3. Berikut adalah butiran bengkel tersebut

Tarikh : 28/9/2018 ( Jumaat )


Masa : 8.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Alorian Visual SMK Alor Janggus

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan diharapkan untuk memastikan kehadiran anak
jagaan tuan ke sekolah bagi mengikuti bengkel tersebut. Semoga bengkel ini dapat berjalan
dengan jayanya demi kecemerlangan akademik anak jagaan tuan.

Sekian, terimakasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………
(NURUL AZNIM BT MOHD RAZALLI)
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Alor Janggus

Anda mungkin juga menyukai