Anda di halaman 1dari 3

Lampiran 1

MAJLIS GRADUASI 2022


GIATMARA MALAYSIA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

1. ATURCARA RAPTAI DAN MAJLIS GRADUASI

a) HARI RAPTAI

Tarikh : 25 Oktober 2022 (Selasa)


(Keutamaan kepada graduan GIATMARA Ayer Hitam dan GIATMARA
Gelang Patah)

Waktu : 10.00 pagi

b) MAJLIS GRADUASI (SIDANG PAGI)

Tarikh : 26 Oktober 2022 (Rabu)

Tempat : Dewan Darul Takzim, KKTM Sri Gading Batu 11, Jln Kluang,
Batu Pahat, 86400 Parit Raja, Johor

Waktu : 7.30 pagi ~ Pendaftaran graduan


: 8.00 pagi ~ Perbarisan graduan mengikut GIATMARA
: 8.30 pagi ~ Perarakan masuk dewan
: 8.45 pagi ~ Majlis Graduasi

c) MAJLIS GRADUASI (SIDANG PETANG)

Tarikh : 26 Oktober 2022 (Rabu)

Tempat : Dewan Darul Takzim, KKTM Sri Gading Batu 11, Jln Kluang,
Batu Pahat, 86400 Parit Raja, Johor

Waktu : 12.30 tengahari ~ Pendaftaran graduan


: 1.30 petang ~ Perbarisan graduan mengikut GIATMARA
: 2.00 petang ~ Perarakan masuk dewan
: 2.15 petang ~ Majlis Graduasi

2. ETIKA BERPAKAIAN

a) HARI GRADUASI

Para graduan diwajibkan berpakaian seperti berikut pada hari Majlis Graduasi :

i) GRADUAN LELAKI

● Bersongkok hitam, ( Baju kemeja lengan panjang berwarna cerah/gelap, seluar


slack berwarna gelap dan bertali leher ) ATAU Baju Melayu warna hitam,
bersamping sebarang corak dan warna serta bersongkok hitam.
● Graduan mestilah berambut pendek.
Lampiran 1

ii) GRADUAN WANITA

● Baju kurung tradisional/ kebaya labuh/ kebarung berwarna bebas dan


tudung kepala berwarna serba hitam dan skirt warna gelap yang melepasi
paras lutut ( bagi pelajar bukan beragama Islam sahaja).
● Graduan wanita adalah dilarang memakai seluar panjang.
● Graduan dilarang sama sekali memakai pakaian yang tidak sopan, jarang,
ketat atau mendedahkan

3. KASUT

a) Graduan hendaklah memakai kasut yang bersih dan bersesuaian (bahagian depan
kaki bertutup). Sandal, capal atau kasut jenis sukan tidak dibenarkan sama
sekali.
b) Penggunaan kasut kulit berwarna hitam atau gelap amat digalakkan.

NOTA: SEGALA RAYUAN UNTUK MENDAPAT KELONGGARAN MENGENAI


PERKARA 2 DAN 3 TIDAK AKAN DILAYAN.

4. PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH

a) Graduan hendaklah mengambil jubah masa yang telah ditetapkan semasa Hari
Raptai. Proses pengambilan jubah dihentikan semasa sesi raptai berlangsung.
Pengambilan lebih awal adalah tidak dibenarkan.
b) Jubah yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran gantirugi.
c) Jubah perlu diambil oleh graduasi mengikut Pegawai Majlis Graduasi (PMG) yang
dilantik pada GIATMARA masing-masing. Jadual masa pengambilan Jubah adalah
seperti berikut;

Bil. Perkara Hari/Tarikh Masa

1. Graduan Sidang Pagi Selasa/ 11.00 pagi - 1.00 petang


25.10.2022

2. Graduan Sidang Petang Selasa/ 11.00 pagi - 1.00 petang


25.10.2022

3. Graduan Sidang Petang Rabu/ 12.00 tengahari


● GIATMARA Pasir Gudang, 26.10.2022
Simpang Renggam,
Pengerang, Kota Tinggi,
Sembrong dan Gelang
Patah

d) Jubah hendaklah dipulangkan sebaik sahaja Majlis Graduasi tamat atau mengikut
waktu yang telah ditetapkan seperti berikut;

Bil. Perkara Hari/Tarikh Masa

1. Graduan Sidang Pagi Rabu/26.10.2022 12.00 tengahari

2. Graduan Sidang Petang Rabu/26.10.2022 6.00 petang


Lampiran 1

5. PAS MASUK KE MAJLIS GRADUASI

a) Disebabkan tempat yang terhad dan bilangan graduan yang ramai, hanya SATU (1)
keping pas masuk diberi untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu
atau bapa atau penjaga).
b) Pihak Pegawai Majlis Graduasi (PMG) akan menyediakan ruangan untuk ahli
keluarga menonton siaran secara langsung di luar dewan.
c) Ibu atau bapa atau penjaga diminta supaya mengambil tempat duduk
masing-masing sebelum jam 8.15 pagi (sidang pagi)dan 1.30 petang (sidang
petang) pada hari Graduasi.
d) Pas masuk dewan mesti dibawa dan ditunjukkan kepada petugas. Pihak PMG
memohon maaf sekiranya terdapat ibu, bapa atau penjaga yang tidak dibenarkan
masuk ke dalam dewan kerana tempat adalah terhad.
e) Ibu, bapa atau penjaga perlu berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan
Istiadat rasmi.
f) Mohon kerjasama ibu, bapa atau penjaga agar tidak meninggalkan dewan semasa
majlis sedang berlangsung.

6. PERKHIDMATAN FOTOGRAFI

a) Pihak PMG menyediakan perkhidmatan fotografi semasa majlis berlangsung.


b) PMG telah melantik Usahawan (TRIG) dan diberikan tanggung jawab mengambil
gambar graduan semasa menerima Sijil dan urusan selanjutnya (penyerahan
gambar) adalah tanggungjawab Usahawan berkenaan.
c) Semasa majlis sedang berlangsung, graduan dan tetamu DILARANG mengambil
gambar di dalam dewan bagi memastikan kelancaran majlis.

7. BARANG-BARANG PERSENDIRIAN

a) Pihak PMG tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan


barangan peribadi.
b) Graduan dan tetamu adalah diingatkan supaya tidak membawa masuk ke dalam
dewan seperti makanan, minuman atau barangan persendirian yang boleh
mengganggu perjalanan majlis seperti beg, kamera, telefon bimbit, sebarang
peranti atau alatan elektronik dan sebagainya.
c) Sila matikan atau tukar kepada Mod Senyap (Silent Mode) sekiranya membawa
masuk alatan elektronik seperti telefon bimbit , “tablet” dan lain-lain.

8. KUASA GIATMARA

a) Graduan yang tidak mematuhi syarat dan arahan yang telah ditetapkan terutama
tatacara berpakaian atau penampilan diri yang tidak bersesuaian dengan Istiadat
adalah dilarang atau ditahan daripada mengikuti majlis Graduasi.
b) Sebarang keputusan mengenai larangan yang telah dikeluarkan adalah muktamad.
c) Justeru itu pihak GIATMARA Malaysia , memohon kerjasama semua graduan agar
mematuhi segala peraturan yang dinyatakan dan menerima teguran sekiranya
diberi oleh mana-mana Pegawai.

9. PENGINAPAN

a) Tempat penginapan, kos perjalanan dan risiko perjalanan adalah dibawah


tanggungjawab graduan.

Anda mungkin juga menyukai