Anda di halaman 1dari 2

TEKS DOA

MALJIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN


KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN
2023

‫ َوالَعاِقَب ُة‬,‫ َاَحْلْم ُد ِلَّل ِه َرِّب الَع اَلِم ني‬، ‫ِبْس ِم الَّل ِه ال َّرَمْحِن ال َّرِح ْيِم‬
‫ِبِه‬ ‫ِلْل َّتِق ني الَّصالُة الَّس ال لى ِّيِد َنا َّم ٍد لى آل ِه‬
‫َو َص ْح‬ ‫َو ُم َع َس َحُم َو َع‬ ‫ُم َو‬
‫َأَمْجِعني‬

Dalam majlis penuh keberkatan ini kami menadah tangan penuh


kesyukuran memohon pengharapan dan keredhaan daripada-Mu,
Semoga Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin
Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Kebangsaan Tahun 2023 bertempat di SK Pasir Gudang 2 ini
menjadi wadah untuk memartabatkan perpaduan dalam kalangan
warga pendidikan, rakan strategik Polis Diraja Malaysia dan juga
masyarakat setempat.

Kami memohon dari Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kami


kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan, dalam melaksanakan
amanah yang besar dan tanggungjawab yang diberi. Semoga
dengan itu, kami mampu menempa kecemerlangan bagi
menaungi dunia pendidikan, mengangkat matlamat karamatul
insan melalui pembentukan sahsiah, adab dan integriti ke arah
Malaysia Madani.

Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana


kasihkan-Mu. Bertemu dan patuh pada-Mu. Bersatu memikul
dakwah-Mu. Hati-hati ini telah berjanji setia. Mendaulat dan
menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan hati ini. Tunjukkan ia jalan yang sebenar.
Limpahkan dengan cahaya Rabbani Mu. Yang tak pernah padam
dan lapangkanlah dengan iman.

Perkenanlah doa kami, agar segala usaha yang kami lakukan


selama ini, mampu membawa cita yang besar dan murni,
mengangkat martabat dan menjulang tinggi, dunia pendidikan
yang kami cintai. Jadikan keikhlasan niat kami, sentiasa dijaga
dan terpelihara di hati. Walaupun kami tahu ya Allah, banyak
perkara mengundang resah dan dilingkari ujian. Semoga
kesungguhan kami beroleh barakah, sepanjang hidup dipandu
hidayah.

‫ َو َتَفُّرَقَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّرًقا َم ْع ُصْوًم ا‬،‫الَّلُه َّم اْجَعْل َجْمَعَنا َه َذ ا َجْمًعا َم ْرُحْوًم ا‬.

‫ ِإَّنَك َأْنَت‬،‫ َو َه ْب َلَنا ِم ْن َلُد ْنَك َرْح َم ًة‬،‫َرَّبَنا َال ُتِزْغ ُقُلْو َبَنا َبْع َد ِإْذ َه َد ْيَتَنا‬
‫ َو ِقَنا َعَذ اَب الَّنِار‬،‫ َو ِفى اآلِخ َرِة َح َس َنًة‬،‫ َرَّبَنا آِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنًة‬. ‫اْلَو َّهاُب‬
‫ َواْلَحْم ُد ِ ِهلل َرِّب‬، ‫ َو َعَلى آِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلْم‬، ‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى َس ِّيِد َنا ُمَح َّم ٍد‬
‫ِم‬
‫الَعاَل ْيَن‬

Anda mungkin juga menyukai