Anda di halaman 1dari 3

RUJUKAN KAMI : CS101 – 02/2024

TARIKH : 26 Februari 2024

ENCIK JASMI BIN RASIT


Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah
Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan,

JEMPUTAN KE PERSEMBAHAN PROJEK TEATER KINABALU 2024

Dengan rasa hormat dan takzimnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Kelab Pentas Kreatif Sabah (Creative Stage) akan untuk membuat satu
persembahan kompilasi teater pendek di bawah program kelab kami iaitu Projek
Teater Kinabalu 2024. Visi ini dilaksanakan seiring dengan usaha untuk memeriahkan
seni pementasan teater di negeri Sabah ini.

3. Sehubungan dengan itu, saya sebagai Presiden Kelab Pentas Kreatif Sabah
(Creative Stage) ingin menjemput tuan ke persembahan Projek Teater Kinabalu 2024.
Persembahan ini akan berlangsung seperti keterangan berikut:

Lokasi persembahan : Bilik Seminar, JKKN Sabah.


Masa : Jam 8.00 malam
Hari dan Tarikh : Sabtu (2 Mac 2024)
Kehadiran : 2 orang

4. Sekiranya pihak tuan bersetuju untuk hadir, sila beri maklumbalas mengenai
kehadiran puan melalui borang yang telah dikepilkan bersama surat ini.
5. Justeru itu, sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan adalah amat saya
hargai. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima di atas keprihatinan dan
kerjasama daripada pihak puan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

Erwan azzaly
ERWAN AZZALY BIN HAJI AWANG TAIP
Pengarah Persembahan
Projek Teater Kinabalu 2024

s.k Fail
MAKLUMBALAS KEHADIRAN PIHAK TUAN KE PERSEMBAHAN APRESIASI
PROJEK TEATER KINABALU 2024

Nama / Institusi / Jabatan : …………………………………………………………………….

Jumlah Kehadiran : …………………………………………………………………….

Kehadiran : Akan Hadir / Tidak dapat hadir / Diwakilkan kepada ……….

Anda mungkin juga menyukai