Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

APRESIASI PROJEK TEATER KINABALU 2023

KOLABORASI BERSAMA
PROGRAM BIMBINGAN SENI HUJUNG MINGGU
(PBHM) TEATER JKKN SABAH
DAN
AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF,
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

1 HINGGA 3 DISEMBER 2023.

BERTEMPAT DI
GALERI AZMAN HASHIM, UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH.

ATAS INISIATIF DAN USAHA


ERWAN AZZALY BIN HAJI AWANG TAIP
(JURULATIH SENI BUDAYA NEGARA)
BERSAMA
CREATIVE STAGE STUDIO
1. PENGENALAN

Apresiasi Projek Teater Kinabalu 2023 merupakan satu persembahan kesenian (teater)
yang dianjurkan oleh Creative Stage Studio, di bawah inisiatif suatu JSBN (Jurulatih Seni
Budaya Negara), Erwan Azzaly bin Haji Awang Taip bersama Akademi Seni dan Teknologi
Kreatif, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Persembahan ini akan berlangsung pada 1
hingga 3 Disember 2023, bertempat di Galeri Azman Hashim, UMS. Apresiasi teater ini
akan mempersembahkan 3 buah persembahan teater pendek dalam satu persembahan
yang berdurasi 1 jam 15 minit.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan bidang seni teater serta
mengasah minda masyarakat untuk berfikir lebih kreatif dalam membentuk sebuah
persembahan teater. Program seperti ini dapat menyemarakkan seni teater dan dapat
minat terhadap seni teater di kalangan masyarakat tempatan.

2. OBJEKTIF

2.1 Menampilkan bakat-bakat baru di kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah di sekitar Kota Kinabalu yang telah menyertai Program Bimbingan Hujung
Minggu Teater di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, negeri
Sabah.

2.2 Dalam masa yang sama, program ini akan melibatkan kerjasama intelek dan akademik
daripada para pelajar Akademi Seni dan Teknologi Seni, UMS.

2.3 Menyemarakkan seni teater kepada masyarakat tempatan dalam semua peringkat
umur.

2.2 Mendidik dan mengekalkan seni teater di kalangan generasi muda kini.

2.3 Sebagai medium masyarakat setempat untuk beraktiviti dalam bidang seni budaya
seperti seni teater.

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 1 hingga 3 Disember 2023


Masa : 3 sesi persembahan dalam 2 hari;

Sesi pertama pada jam 2.00 petang hingga 3.15 petang (Sabtu)

Sesi kedua pada jam 8.00 malam hingga 9.15 malam (Sabtu)

Sesi ketiga pada jam 2.00 petang hingga 3.15 petang (Ahad)

Tempat : Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah.

Sasaran penonton : para pelajar dan masyarakat sekitar Kota Kinabalu.

Tetamu Kehormat : 1. Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah.

2. Dekan Akademi Seni Teater dan Teknologi Kreatif, UMS.

3. Pengarah Galeri Azman Hashim, UMS.

4. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

5. Sasterawan Negeri Sabah, Hasyuda Abadi

4. PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Kaedah Pelaksanaan

4.1.1 Apresiasi Projek Teater Kinabalu 2023 adalah berkonsepkan pencungkilan

bakat dan penyemarakan seni budaya.

4.1.2 Berikut adalah pengisian program;

i. Bengkel Sinografi oleh Erwan Azzaly bin Haji Awang Taip.

ii. Persembahan teater pendek oleh;

a) Peserta PBHM Teater Sekolah Menengah


b) Peserta PBHM Teater Sekolah Rendah
c) Para pelajar ASTIF, Universiti Malaysia Sabah

4.2 Cadangan Kerjasama (jika ada)

4.2.1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah

4.2.2 Akademi Seni Teater dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah.
4.2.3 Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah

5. TIKET PERSEMBAHAN
Para penonton akan menonton 3 persembahan teater pendek ini dengan hanya perlu
membayar untuk satu nilai harga tiket (pukal) yang telah ditetapkan. Tidak akan ada
penjual tiket persembahan untuk setiap satu persembahan teater pendek tersebut.

Peringkat umur Harga tiket

Dewasa RM 25.00

Student seat RM 15.00

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA DEBIT (RM) KREDIT (RM) JUMLAH


(RM)
A) Anggaran Peruntukan
i. Penaja 1 1,000.00
ii. Penaja 2 1,000.00
iii. Penaja 3 1,000.00
iv. Penaja 4 1,000.00
v. Penaja 5 1,000.00
5,000.00

B) Anggaran Perbelanjaan
1. Produksi dan Kreatif
a. Set & Props 100.00
b. Lampu & Penataan Cahaya 100.00
c. Muzik & Kesan Khas Bunyi 100.00
d. Grafik & Visual 100.00
e. Set Pakaian Pelakon 100.00
f. Set Solekan (Make-up) 100.00
g. Sewaan ruang pentas 1,200.00

2. Kebajikan Produksi 4,000.00


Makan & Minum untuk 90 orang ahli
produksi

3. Pelbagai
a. Awasan & Kecemasan 200.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN (RM) 6,000.00

7. IMPAK PROGRAM

7.1 Impak Sosial

i. Melahirkan pelapis kepada seni teater daripada generasi

muda.

ii. Meningkatkan pemahaman dan penggunaan medium teater sebagai proses membina
kendiri di kalangan pelajar khususnya dan masyarakat umumnya.

8. PENUTUP

Apresiasi Projek Teater Kinabalu 2023 ini diharap akan terus menjadi platform kepada
Program Bimbingan Hujung Minggu (PBHM) Teater kelolaan Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara, Sabah dalam usaha untuk melahirkan generasi baharu di dalam seni
teater. Kewujudan program ini juga diharap mendapat kerjasama yang utuh dengan
pembabitan agensi-agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta dari segi penganjuran dan
pengisian aktiviti, tenaga dan sokongan moral. Program ini adalah satu medium atau
pentas yang diharap dapat melahirkan masyarakat yang membudayakan seni teater
seterusnya melahirkan pelapis.

Anda mungkin juga menyukai