Anda di halaman 1dari 2

MINIT CURAI

PERJUMPAAN PENYELARASAN PROGRAM-PROGRAM SEKRETARIAT AKRAB PENDIDIKAN SARAWAK


TAHUN 2020
Tarikh: 25 – 26 Februari 2020 (Selasa – Rabu)
Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Sektor Pengurusan Maklumat (Aras 2), Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak

1. Pembentukan Ahli Jawatan Kuasa Sekretariat AKRAB Pendidikan Sarawak untuk Sesi 2020/2021
(Rujuk Lampiran). Ahli mesyuarat memohon agar Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK)
Sarawak untuk menyediakan surat pelantikan supaya perkara ini dapat dijadikan bukti
pelantikan secara rasmi.
2. Pembahagian zon AKRAB Pendidikan Sarawak kepada tiga zon utama iaitu Zon Selatan, Zon
Tengah dan Zon Utara (rujuk Lampiran).
3. Pemakluman maklumat SPsK, alamat penuh, nombor telefon, pejabat dan alamat emel Gmail
sektor untuk urusan rasmi.
4. Pelaporan Bendahari Sekretariat AKRAB Pendidikan Sarawak akan baki terkini akaun dibank
sebanyak RM2,510.00. Setiap AKRAB Sarawak yang telah ditauliah perlu menyumbang dana
Sekretariat AKRAB Sarawak sebanyak RM5.00 setiap tahun.
5. Semua ahli yang hadir bersetuju membuat keputusan mengenai pembahagian kewangan untuk
semua dana yang diterima dari pihak luar hasil usaha AKRAB Pendidikan Sarawak yang
menggunakan akaun bank sekretariat AKRAB dengan pembahagian seperti berikut:
BIL KERTAS KERJA PERATUS PECAHAN KEWANGAN YANG
DITERIMA
1. Kertas Kerja Program Sekretariat Tabung Sekretariat – 60%
AKRAB Tabung Organisasi yang memohon – 40%
2. Kertas Kerja program organisasi Tabung Sekretariat – 10%
Tabung Organisasi yang memohon – 90%
Bank: RHB Bank Berhad Penama: SAKRETARIAT AKRAB SARAWAK No. Akaun:1-11324-0019217-
2
- Semua AKRAB Pendidikan Sarawak dimohon untuk bersama-sama mengumpul dana
Sekretariat AKRAB bagi menampung kos program Sekretariat AKRAB

6. Pelaporan program/ aktiviti masing-masing :-


i. Laporan program/ aktiviti yang disimpan di organisasi masing-masing perlu disimpan
secara tahunan. Terpulang pada organisasi masing-masing sebagai rujukan dan bukti
program/ aktiviti AKRAB yang dijalankan.
ii. Laporan tahunan mengikut format oleh Bahagian Psikologi Kaunseling (BPsK), KPM dan
perlu dihantar setiap hujung tahun.
iii. Penaziran AKRAB mengikut format JPA perlu dihantar setiap hujung tahun.
7. Data AKRAB perlu dikemaskini dan dihantar secara tahunan mengikut templet data AKRAB yang
dilampirkan.

PROGRAM SEKRETARIAT AKRAB PENDIDIKAN SARAWAAK TAHUN 2020


1. Biro Organisasi
Penyelaras: Puan Caroline Anak Abok, AKRAB Daerah Julau
Aktiviti: Majlis Apresiasi AKRAB Pendidikan Sarawak Tahun 2020
Tarikh/ Hari: 26 Jun 2020/ Jumaat
Tempat: Tanahmas Hotel Sibu
Masa: 7.00 Malam – 11.00 Malam
MINIT CURAI
PERJUMPAAN PENYELARASAN PROGRAM-PROGRAM SEKRETARIAT AKRAB PENDIDIKAN SARAWAK
TAHUN 2020
Penglibatan: 10 orang AKRAB setiap daerah dan 10 AKRAB JPNS
i. Semua AKRAB yang hadir perlu menyumbang sebanyak RM60.00. (Kutipan dicadangkan
dibuat secara bulanan sebanyak RM20.00 setiap bulan supaya tidak membebankan peserta
yang hadir).
ii. Bermula awal bulan Mac, SPsK akan mengedar borang penyertaan Anugerah AKRAB JPA dan
garis panduan Anugerah AKRAB JPA kepada semua daerah. Tarikh akhir penyertaan diterima
awal bulan April (Terbuka kepada kategori individu AKRAB dan kategori organisasi AKRAB).
Semua penyertaan akan diadili oleh juri yang akan ditentukan oleh pihak SPsK Sarawak.
Hanya penyertaan yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dijemput ke JPNS untuk
membuat perbentangan. Semua pemenang akan diumumkan pada Majlis Apresiasi AKRAB
JPNS itu nanti.
iii. Semua Organisasi AKRAB Pendidikan Sarawak dilantik membantu menjadi AJK dalam majlis
tersebut nanti (Rumusan JK seperti di Lampiran).
iv. Jawatankuasa akan membuat perjumpaan persiapan akhir sebelum majlis tersebut.
Cadangan: 7-8 Mei 2020. (hanya JK tertentu sahaja yang akan dijemput hadir).
v. Semua organisasi AKRAB perlu membuat perjumpaan/ perbincangan (mengikut keperluan)
di organisasi masing-masing selewat sebelum akhir bulan Mac 2020 untuk menghantar
senarai nama AKRAB organisasi masing-masing sepertimana di lampiran (Lampiran borang
maklumbalas kehadiran Majlis Apresiasi AKRAB Pendidikan Sarawak Tahun 2020).
vi. Inisiatif pengangkutan, penginapan dan perkara lain yang dirasakan perlu sepanjang
program hendaklah dibincangkan mengikut daerah masing-masing.

2. Biro Peribadi
Penyelaras: Pn. Yanti Binti Zaidi, AKRAB Daerah Lundu
Aktiviti: Program Teambuilding AKRAB Pendidikan Sarawak
Tarikh/ Hari: 27 – 29 Julai 2020/ Isnin - Rabu
Tempat: SMK Kemena, Bintulu, Sarawak
Penglibatan: AKRAB bertauliah (5 orang setiap daerah)

3. Biro Profesional
Penyelaras: Encik Anthony Ak Matthew Dunging, AKRAB Daerah Kuching
Aktiviti: Program Aspirasi Unggul AKRAB Pendidikan Sarawak
Tarikh/ Hari: 27 Ogos 2020/ Khamis
Tempat: Auditorium JPN Sarawak
Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Penglibatan: 5 orang AKRAB setiap daerah dan 200 staf (daerah sekitar Kuching, Padawan,
Samarahan, Serian dan Bau)

4. Biro Sosial
Penyelaras: Puan Mazuin Binti Ismail, AKRAB Daerah Samarahan
Aktiviti: Mendekati/ Menyantuni Golongan Gelandangan
Tarikh/ Hari: 27-28 Ogos 2020/ Khamis hingga Jumaat
Tempat: Anjung Singgah Jabatan kebajikan Masyarakat Kuching/ Auditorium Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak
Masa: 9.00 malam (27 Ogos 2020) / 8.30 Pagi (28 Ogos 2020)
Penglibatan: 5 orang AKRAB setiap daerah

Anda mungkin juga menyukai