Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami : CS101 – PTK2024

Tarikh : 25 Februari 2024


MING AUTOKIT

Puan/Cik,

MEMOHON PENAJAAN UNTUK PROGRAM PROJEK TEATER KINABALU 2.0 (2024)

Dengan segala hormat dan takzimnya saya ingin menarik perhatian puan/cik berhubung perkara
di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Kelab Pentas Kreatif Sabah (Creative Stage) berhasrat untuk
membuat satu persembahan kompilasi teater pendek di bawah program kelab kami iaitu
Projek Teater Kinabalu 2.0 2024. Visi ini dilaksanakan seiring dengan usaha untuk
memeriahkan seni pementasan teater di negeri Sabah ini.

3. Sehubungan dengan itu, saya memohon kesudian pihak puan/cik untuk memberi
kerjasama dalam melaksanakan program ini dengan memberi sumbangan atau penajaan.

4. Bersama surat ini disertakan kertas kerja program Projek Teater Kinabalu 2024 sebagai
rujukan pihak tuan,

5. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada puan/cik adalah amat saya hargai dan saya
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak puan/cik.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

Erwan azzaly
ERWAN AZZALY BIN HAJI AWANG TAIP
Presiden
Kelab Pentas Kreatif Sabah (Creative Stage)

s.k Fail

Anda mungkin juga menyukai