Anda di halaman 1dari 2

Kesalahan Ejaan

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan


kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat sambutan yang


menggalakkan terutama pada bulan Ramadan.

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya dituntut


menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai.

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang musim


perayaan berpunca daripada sikap peniaga yang menangguk di air
keruh.

4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu merancang untuk


menganjurkan kejohanan sukan tahunan dan acara merentas desa.

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan pendatang


tanpa izin dapat dikurangkan demi menjaga imej negara.

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para pelajar dalam


usaha mengeratkan hubungan antara kaum.
7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak semasa
menyaksikan filem komidi yang mencuit hati itu.

8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan itu


amat mengkagumkan para panel juri yang mengadili acara berkenaan.

9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan barangan


tempatan ialah menghadkan pengimportan barangan berjenama dari
luar negara.

10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak urusan


pentadbiran dan pengurusan.

Anda mungkin juga menyukai