Anda di halaman 1dari 2

Dikeluarkan oleh:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)


t

SOALAN LAZIM (FAQ)


SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024

SEMAKAN STATUS STR 2024

A. Kaedah Semakan Status Permohonan STR

1. S: Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan STR?

J: Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:

a. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan


memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
b. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store
pada telefon bimbit; atau
c. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang); atau
d. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang); atau
e. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

2. S: Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2024


melalui Portal Rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my)?

J: Semakan boleh dibuat seperti berikut:

a. Klik log masuk MySTR


b. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
c. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
d. Masukkan Kata Laluan
e. Klik Semakan Status
f. Maklumat yang akan dipaparkan:
i. Status Permohonan
ii. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

1 Tarikh dikeluarkan: 05/03/2024


Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)

B. Semakan Status Permohonan STR

3. S: Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam


Proses?

J: Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah
diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar.
Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status
permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.

Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah
diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

4. S: Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?

J: Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan
selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

5. S: Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?

J: Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati
syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

6. S: Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak
Lulus?

J: Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ)
Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen
sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

7. S: Sekiranya status permohonan saya Dalam Proses, adakah saya boleh mengemas
kini semula maklumat permohonan saya?

J: Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat
permohonan tidak boleh dibuat sehingga keputusan dipaparkan.

8. S: Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan
Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak
Layak?

J: Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan
Status Tidak Layak tersebut.

9. S: Saya telah lulus STR 2024 tetapi status SARA “Dalam Proses Semakan”. Apakah
yang dimaksudkan “Dalam Proses Semakan”?

J: Status kelulusan SARA dengan paparan status “Dalam Proses Semakan" akan dikemas
kini setelah pemakluman rasmi dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.

2 Tarikh dikeluarkan: 05/03/2024

Anda mungkin juga menyukai