Anda di halaman 1dari 2

TERMA DAN SYARAT

PERTANDINGAN FOTOGRAFI BERSAMA BUKU KEGEMARAN BERSERTA


MUTIARA KATA
BERSEMPENA DENGAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT
TAHUN 2024

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan Fotografi Bersama Buku Kegemaran berserta Mutiara Kata


2024 adalah anjuran Perpustakaan KPM, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Mutiara kata adalah bertemakan “Budaya Membaca”.
3. Penyertaan adalah PERCUMA.
4. Tempoh pertandingan ini adalah bermula dari 1 APRIL 2024 HINGGA
30 APRIL 2024.
5. Semua karya foto MESTILAH diambil dalam tempoh pertandingan
berlangsung iaitu pada 1 April 2024 hingga 30 April 2024.

B. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah dengan


kerjasama guru, ibu bapa/penjaga.
2. Foto yang dimuat naik mestilah berserta dengan mutiara kata yang menarik
dan menepati tema.
3. Foto mestilah asli, kreatif dan mengikut tema pertandingan.
4. Foto perlu dimuat naik melalui Google Form yang disediakan.
5. Mencipta mutiara kata yang ringkas, kreatif dan menarik tidak melebihi 30
patah perkataan.
6. Peserta boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
7. Mutiara kata disediakan di dalam Bahasa Melayu dan merupakan karya asli
peserta.
8. Foto hendaklah tidak menyentuh unsur sensitiviti agama, kaum, orang
perseorangan dan subversif mana-mana pihak.
9. Semua peserta akan menerima e-sijil penyertaan.
10. Kesemua penyertaan adalah hak milik penganjur.
11. Setiap foto yang dihantar untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan.
12. Segala kos terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah tanggungan
para peserta sendiri.
13. Perpustakaan KPM berhak menggunakan semula, menerbit atau
mempamerkan penyertaan dalam apa jua bentuk media atau medium
samada tempatan atau antarabangsa tanpa notis.

C. KRITERIA PENILAIAN

1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim professional bebas yang
dilantik oleh pihak penganjur.
2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat
pertandingan seperti yang digariskan.
3. Foto pertandingan akan dinilai berdasarkan tema, keaslian dan kreativiti.

D. PENYAMPAIAN HADIAH
Pemenang akan diumumkan pada Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada
7 Mei 2024.

E. PERTANYAAN
Urus setia pertandingan yang boleh dihubungi:

1. Puan Zuliana binti Ab Rashid - 0388846524


2. Cik Kadiah anak Guyep – 0388846422
3. E-mel: librarykpm@moe.gov.my.

Anda mungkin juga menyukai