Anda di halaman 1dari 18

Gejala Vandalisme

Oleh: NURAINI BINTI RAMLI Definisi Vandalisme Gejala sosial merupakan satu masalah yang semakin berleluasa sejak dahulu sehingga kini. Gejala sosial sering kali dikaitkan dengan golongan remaja. Namun kita harus sedar bahawa tidak semua remaja terlibat di dalam gejala ini. Hanya segolongan kecil sahaja yang sering melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah ini. Apa yang dimaksudkan dengan vandalisme? Sebagaimana yang kita tahu vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan atau merosakkan harta benda awam dan harta benda orang lain. Perkataan vandalisme ini berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, iaitu Vandal.

Vandalisme juga merujuk kepada penambahan, penghapusan, atau pengubahan dengan sengaja. Pada lazimnya, vandalisme dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh segolongan manusia yang tidak merasa berpuas hati terhadap keadaan masyarakat.

Vandalisme biasanya merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti papan tanda, telefon awam, kerusi, dinding dan juga tandas awam. Kelakuan seperti ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja yang terlibat dalam budaya lepak. Hal ini kian menular di negara kita saban hari. Harta benda awam telah dirosakkan sewenang wenangnya. Perbuatan yang tidak

bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi dengan pelbagai pihak, dimana pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta juta ringgit untuk memperbaiki kemudahan awam yang telah dirosakkan oleh individu yang tidak mempunyai perasaan memilik setiap kemudahan yang telah disediakan.

Mengapa berlakunya vandalisme??

Motif utama berlakunya gejala ini adalah disebabkan emosi. Vandalisme biasanya dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina ini. Faktor-faktor berlakunya vandalisme

Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala vandalisme ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:i) Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah terikut dan senang terpengaruh dengan rakan mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat selepas ibu bapa. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. ii) Ibu Bapa dan Keluarga Ibu bapa merupakan pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Mengapa? Sebagai contoh, ketika bersiar-siar atau berjalan bersama keluarga, didapati, ada sesetengah ibu bapa membuang sampah atau sisa makanan di merata-rata di depan anak-anak mereka, maka berkemungkinan besar anak mereka juga akan berkelakuan seperti itu. Selain itu, sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme ini berasal daripada keluarga yang bermasalah atau

keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang inginkan kebebasan dan berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak di dalam gejala negatif ini. iii) Pengaruh Media Massa Media massa mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan akan meninggalkan kesan yang sangat kuat dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah untuk meniru dan mengikut apa yang dilihat di sekeliling termasuklah media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

iv) Sikap tidak peduli, Individualistik dan Materialistik Masyarakat Remaja merupakan produk sistem sesebuah masyarakat. Sikap sesetengah masyarakat kini yang hanya mementingkan soal kebendaan dan tidak mengambil berat terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia ada. Menurut kajian, masalah vandalisme banyak berlaku di bandar-bandar. Golongan remaja amat gemar menconteng dan merosakkan harta benda awam yang ada. Mereka bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar agak sukar untuk dikawal. Di kawasan bandar, sesetengah penduduknya tidak mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk melakukan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Jenis-jenis vandalisme Pelbagai jenis vandalisme yang dapat kita lihat saban hari di negara ini. Jenis vandalisme yang paling umum adalah menukar tulisan yang sedia ada dengan perkataan lain yang boleh mengubah maksud asal perkataan tersebut dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Hal ini makin berleluasa di sana-sini. Kita dapat melihat papan tanda dilebuh raya misalnya selalu menjadi mangsa kerana tulisan asal telah ditukar atau dipadam sesuka hati oleh mereka yang tidak mempuyai akal yang waras ini.

Bagi yang gemar mengumpul barangan plastik, aluminium, besi keluli dan tembaga pula mereka mampu manghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Ada diantara mereka sanggup melakukan jenayah ini semata-mata untuk memenuhi dan mancapai cita-cita dengan menambahkan lagi koleksi yang sedia ada. Mereka tidar sedar bahawa kelakuan mereka ini merupakan satu kesalahan dan tergolong dalam kegiatan vandalisme. Sebagai contoh, kejadian mencuri klip besi bagi mengikat landasan kereta api di sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu dari utara hingga selatan. Hal ini amat merunsingkan pengguna perkhidmatan ini kerana sejak dahulu lagi mereka telah memanfaatkan kereta api sebagai salah satu pengankutan awam yang selamat. Selain itu, bagi industri barang lusuh dan kitar semula pula, semenjak ia berkembang pesat, secara tidak langsung dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada pengumpul barang-barang dengan harga pasaran bagi besi dan keluli yang semakin tinggi, ia kini sudah mencapai tahap membahayakan keselamatan awam kerana setiap kali terjumpa sahaja logam sama ada yang terbiar

atau tidak, nescaya akan ada orang yang berminat dan sanggup mendapatkannya dengan cara yang tidak halal.

Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada projek pengindahan persekitaran yang menggunakan arca-arca keluli, lampu-lampu jalan berkerawang, penutup longkang, papan tanda dan pelbagai lagi yang diilhamkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini bakal menguntungkan pengumpul barangan dalam industri ini selagi lesen terus dikeluarkan dan tidak dipantau dengan

rapi oleh pihak berkuasa.

Hukuman kepada pesalah vandalisme!! Kepada mereka yang terlibat dengan gejala vandalism ini, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan sebagai satu cara pencegahan yang paling baik. Pelbagai hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka yang melakukan vandalisme ini. Ada cadangan daripada pihak masyarakat mencadangkan dimana mereka mahu supaya para pesalah didenda dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan awam seperti membersihkan tandas dan sebagainya. Denda ini adalah sebagai pengajaran kepada individu lain agar menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme. Mereka juga perlu dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

Hukuman yang setimpal dengan perbuatan itu juga perlu diambilkira kerana kebanyakan perkataan yang digunakan mempunyai unsur lucah dan memalukan kaum wanita. Setiap kali terbaca perkataan lucah di dinding jambatan, bangunan dan tempat awam hati seorang wanita akan merasa kecewa dengan sikap segelintir mereka yang tidak matang ini. Mereka sanggup mengeluarkan perkataan sebegitu tanpa rasa segan silu. Perkara ini amat memalukan dan terfikir mengapa perkara seperti ini harus berlaku? Dan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada mereka? Hal ini dapat menimbulkan perasaan bimbang dan takut kepada masyarakat sekeliling kerana takut ia akan menular kepada kanak-kanak dewasa ini.

Selain itu, kita juga boleh mengambil contoh dari negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah vandalisme. Justeru itu, langkah bersama yang boleh diambil adalah mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Langkah-langkah mengatasi vandalisme.. i) Peranan Ibu Bapa dan Keluarga Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta benda awam. Ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah diingatkan dengan perkara ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran juga perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa. ii) Penguatkuasaan Undang-undang Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak yang berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak

melebihi setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalahpesalah vandalism perlu menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah). Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah vandalisme agar menjadi tauladan kepada rakan-rakan atau individu lain. iii) Peranan Media Massa Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu memainkan peranan yang sangat penting dan mempunyai pengaruh yang kuat dari segi menanam kesedaran untuk memperoleh kerjasama dan menyampaikan maklumat mengenai vandalisme dalam apa jua bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat di dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dengan mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati mesej yang disampaikan dalam kempen tersebut. Contoh kempen yang boleh dianjurkan seperti Cintailah Harta Awam. iv) Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting dengan memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah perlu memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya kepada pelajar mengenai kepentingan harta benda awam. Mereka

perlu diterangkan dengan lebih mendalam tentang tanggungjawab terhadap harta benda awam kerana sedikit sebanyak ia akan memberi gambaran kepada mereka betapa pentingnya sikap dan tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Kesimpulan Gejala vandalisme yang berlaku ini berpunca daripada kewujudan mereka yang suka melepak tanpa sebarang haluan sehingga menjadikan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, papan tanda dan telefon awam dijadikan sasaran. Perbuatan ini bukan sahaja menyusahkan orang ramai tetapi secara tidak langsung menggambarkan masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik. Tidak semua vandalisme dilakukan dengan kasar. Sebaliknya tidak semua perubahan besar dan kontroversial merupakan vandalisme. Hal ini memerlukan ketelitian untuk menentukan apakah satu data atau informasi baru itu benar atau ia merupakan vandalisme. Sehubungan itu, orang ramai juga diharap dapat memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai sebarang perbuatan vandalisme. Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti mencabul kehormatan, rogol dan melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, perbelanjaan

yang tinggi diperlukan untuk membersihkan tempat atau kawasan yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak. Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Sejauh manakah kebenaran ini? Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Jika perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan lagi perbuatan vandalisme ini. Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan tiada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya, remaja yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat demikian. Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Apabila menyedari hakikat bahawa pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan satu kempen yang diberi tajuk Harta Benda Awam Milikku-Milikmu. Pertandingan seperti ini amat penting dan perlu dilakukan untuk menanamkan sifat lebih bertanggungjawab dan secara tidak langsung dapat menyemaikan perasaan sayang dan cinta terhadap harta benda awam.

Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dengan memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Contohnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja sepatutnya mendidik anak-anak mereka dengan contoh tauladan yang baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak menimbulkan fenomena kebosanan dan kekosongan di hati mereka. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja yang berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa kelak

Penderaan kanak-kanak Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan media-media massa. Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental. Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. Keadaan itu perlu diambil serius memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa. Pada bulan Mac 2010 kita dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan dalaman yang kritikal sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut telah didapati bersalah dan telah di jatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka

perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari tekanan ekonimi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau menyakiti anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan. Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya (anak-anak) dengan baik. Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anakanak. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang. Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaraan mereka.

Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa. Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anakanak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukum mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

DISEDIAKAN AKMALHANA BT TIMBALAN PENDAKWA RAYA MELAKA

OLEH MOHAMMED

PENDERAAN KANAK-KANAK

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana Ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan

menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang. Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anakanak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti Ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita. Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen "Keluarga Bahagia" bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anakanak. Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anakanak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita

untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti Read more: http://wiki.answers.com/Q/Contoh_karangan_isu_penderaan_kanakkanak#ixzz1yX2AuOWP
SIKAP BERDIKARI

Sikap Berdikari
Sikap berdikari bererti kita tidak bergantung kepada orang lain atau mengharapkan pertolongan mereka sewaktu melakukan sesuatu. Sikap ini perlu ada pada setiap orang agar mereka tidak perlu bergantung kepada orang lain dalam melaksanakan sesuatu kerja. Ini amat menyusahkan kerana kita terlalu mengharapkan orang lain sehingga hasilnya tidak begitu memuaskan. Sikap berdikari akan membentuk sikap yang seimbang sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Kita akan sentiasa bersikap sedia bagi menghadapi sebarang risiko dan menangani masalah dengan sebaik mungkin. Kita juga tidak teragak-agak untuk membuat pilihan. Ini kerana kita yakin terhadap kemampuan kita sendiri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sikap ini akan menjadikan kita seorang yang kreatif serta berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti. Kita akan sentiasa berfikir untuk menaik taraf hidup dan berusaha memperbaiki diri sendiri. Kesimpulannya, sikap berdikari amat penting dalam diri setiap manusia untuk memantapkan diri dan menyediakan kekuatan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
BERDIKARI

Kemajuan seseorang pelajar di sekolah bergantung kepada dirinya sendiri. Setujukah kamu dengan pendapat ini. Beri alasan-alasan untuk menguatkan pendapat kamu. Di dalam kamus Dewan, kemajuan bermaksud sesuatu yang bertambah lebih naik, perubahan yang baik and lebih ke depan. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa kemajuan seseorang pelajar di sekolah itu bergantung

kepada dirinya sendiri dan bukan orang lain. Hanya usaha yang kuat dan gigih boleh memajukan seorang pelajar di dalam peringakat mahupun karakter seseorang. Jikalau seorang pelajar tersebut tidak mahu tahu dengan pelajaran di sekolah dan tidak mengulang kaji pelajaran, maka pelajar tersebut tidak boleh maju dan berjaya dalam peperiksaan. Banyak kajian yang telah dibuat bahawa kemajuan seseorang di dalam hidupnya bergantung kepada diri sendiri. Oleh kerana itu, setiap pelajar harus memiliki sikap berdikari dan keinginan untuk maju. Ini disebabkan setiap pelajar mempunyai pilihan sama ada mereka mahu berjaya ataupun tidak. Walaupun pentinya sikap yang positif dan usaha yang gigih pada pelajar tersebut, tanpa bantuan guru, ibu bapa dan rakan-rakan mereka tidak pasti akan maju dan berjaya. Peranan guru sebagai seorang yang mendidik pelajar amat penting di dalam memastikan kejayaan dan kemajuan seseorang pelajar. Guru yang baik tidak hanya mengajar mereka di dalam bidang akademik, tetapi juga memotivasi diri pelajar untuk maju di dalam pelajaran mahupun di dalam hidup mereka. Jika seseorang pelajar tidak mempunyai guru untuk mengajar mereka, maka pelajar tersebut tidak akan maju dengan banyak. Keadaan di sekeliling dan pengaruh rakan-rakan juga boleh mempengaruhi kemajuan seseorang pelajar. Rakan yang baik boleh mempengaruhi kita untuk berusaha lebih gigih. Mereka akan menghibur dan juga memotivasi kita sewaktu mengalami kegagalan. Bagi rakan yang lebih berhasil dalam pelajaran, mereka dapat memotivasi kita unutk belajar lebih giat untuk menjadi setanding dengan mereka. Saya ingin menyimpulkan bahawa kemajuan seoarang pelajar di sekolah bergantung kepada diri sendiri walaupun masih ada aspek-aspek lain yang dapat membantu pelajar tersebut untuk maju kerana pelajar mempunyai pilihan untuk berjaya ataupun tidak. Posted by vii at 8:38 AM

Anda mungkin juga menyukai