Anda di halaman 1dari 21

-Undang-undang tanah baru diperkenalkan pada 1879-1889 berasaskan peraturan tanah Perak yang digubal oleh Maxwell -Tanah

diletakkan di bawah empat (4) kategori iatu tanah pertanian, tanah pajakan Melayu (tanah adat), tanah pembangunan bandar dan kampung dan tanah simpanan perlombongan

Perubahan besar berlaku dalam pemilikan tanah untuk orang-orang Melayu. Pengesahan pemilikan berdasarkan petempatan dan penggunaan / perusahaan tanah. Tanah diukur dan didaftarkan dalam mukim Register dikenali sebagai Entrance to the Mukim Register (EMR) Pemilik diberi sijil (geran) Tanah kurang dari 100 ekar digelar kebun kecil dan melebihi 100 ekar digelar ladang.

Pada 1897 satu enakmen tanah bagi semua negeri Melayu di bawah persekutuan (Federation Malay States) diluluskan untuk selaraskan semua peraturan tanah dan mudah dalam pengutipan cukai tanah. Penggunaan tanah ditawarkan dengan mudah tanpa bayaran premium untuk galakkan pertanian komersil seperti gambir, lada, ubi kayu, kopi, kelapa, buah pinang. Dasar penting dalam pertanian adalah untuk galakkan peladang Eropah.

kesimpulannya
Pada akhir abad ke-19 dasar ekonomi dan pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu (NNM) Semenanjung yang dijajah adalah: 1. Pentadbiran dibuat secara tidak langsung. Sultan masih sebagai ketua negeri tetapi hanya menjadi ketua pada agama Islam dan adat istiadat Melayu. 2. Sultan masih menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri tetapi dipandu dan dipengaruhi disebalik dasar penasihatan Residen British.

Antara kesannya: - British melindungi masyarakat Melayu untuk menjaga keamanan dan penerimaan mereka dan mentadbir negeri mellaui pemimpinpemimpin Melayu yang dilantik sebagai pentadbir British. - Masyarakat Cina ditadbir oleh kapitan mereka sendiri untuk memudahkan British dan mengurangkan kos pentadbiran. Pegawai perlindungan orang-orang Cina dilantik untuk selaraskan pentadbiran dan mengawal keadaan.

Dasar ekonomi laissez faire mementingkan pelaburan dan ekonomi eksport bijih timah dan hasil pertanian dan hutan. Galakan ke atas perburuhan untuk mengeluarkan hasil dan pembangunan (jalanraya, jalan keretapi) serta petempatan dibuat melalui bantuanbantuan undang-undang dan pinjaman.

Galakan khas untuk pelabur Eropah dalam pertanian perdagangan dibuat melalui pinjaman dan perundangan yang memudahkan pemberian tanah. Pemodal-pemodal cina digalakkan untuk perlombongan, perdagangan dan buruh, melalui pinjaman dan pemberian tanha yang mudah.

Bagi masyarakat Melayu dasar ekonomi diasaskan kepada kepentingan ekonomi dan juga politik. Mereka diberikan tanah kecil-kecilan dengan mudah (untuk padi),pinjaman untuk pertanian komersil dan sara diri. Orang Melayu dilindungi dari segi politik untuk keamanan dan penerusan pentadbiran British.

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN NEGERINEGERI MELAYU BERSEKUTU (Federated Malay States)

A. Sebab-sebab

Perkembangan politik, ekonomi dan sosial di NNM yang diperintah British tidak seimbang. Perkembangan perhubungan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan Keselamatan dan ketenteraman tidak dapat dijamin dengan baik. Residen mentadbir negeri masing-masing nengikut keupayaannya tanpa penyelarasan.

Contoh apabila warga negara British Negerinegeri Selat (NNS), Go Hui dibunuh di luar istana Sultan Ahmad,Pahang pada Feb 1888, tidak dapat diselesaikan oleh agen British. Maka gabenor NNS Cecil Clementi Smith mencadangkan supaya seorang penasihat Residen dihantar ke Pahang. Pada Oktober 1888,J.P. Rodger dilantik sebagai penasihat Residen Pahang.

Campurtangan British ditentang pembesarpembesar Pahang seperti orang kaya,Pahlawan Semantan, Tok Bahaman, Mat Kilau dll Tentangan terhadap British berterusan ke awal 1890-an dengan tambahan sokongan dari pembesar lain. Ia bertambah buruk dengan pembunuhan kakitangan British, Haris & Stewart dari syarikat Pahang Exploration Company.

Tentangan Pahang dikhuatiri merebak ke negeri-negeri lain Perak, Selangor, Negeri Sembilan. Pembiayaan untuk mengatasi masalah di Pahang ditanggung Britain. Ia tidak disenangi Pejabat Tanah Jajahan. Sebuah Persekutuan dapat menggunakan kekayaan Perak dan Selangor untuk membantu.

Cadangan penubuhan Persekutuan sejak 1893 ditandatangani sultan-sultan pada Julai 1895. Perak, Selangor, N.9 dan Pahang terangkum dalam Persekutuan tersebut digelar NNM yang dilindungi ( Protected Malay States)

B. Di bawah Perjanjian Persekutuan itu ada 6 perkara penting.

- mengesahkan semua perjanjian yang teradahulu dengan NN Semua negeri bersetuju diletakkan dalam persekutuan dan akan dinasihati oleh kerajaan British. Kuasa sultan terhad di dalam negerinya sahaja. Sultan-sultan dan YD Besar bersetuju menerima Residen-Jeneral British.

Residen-Jeneral itu tertakluk kepada Gabenor NNS. Namun ini tidak jejaskan peranan Residen di negeri masing-masing Hendaklah ada persepakatan kewangan di antara NN dan Sultan-sultan bersedia untuk menghantar pasukan tentera India yang lengkap dan terlatih.

Tidak ada mana-mana perkara di atas mengurangkan kuasa sultan-sultan. Pada hakikatnya sultan hilang kuasa

C. Kesan
Dari segi praktiknya semua kuasa eksekutif di pegang Residen-Jeneral (R-J). R-J pertama adalah Frank Swettenham Gabenor NNS digelar High Commisioner (Pesuruhjaya Tinggi) yang tidak banyak kuasa kecuali semua perkara mengenai Federated Malay States (NNMB) hendaklah melaluinya

Secara tidak langsung NNS terpisah dari NNMB Dengan itu juga kedudukan sultan tidak terletak di bawah Setiausaha Tanah Jajahan di Singapura. Pengurusan kewangan negeri ditentukan oleh Persekutuan(walaupun dinyatakan Majlis Mesyuarat Negeri boleh menentukannya)

Kekayaan Perak dan Selangor diurus secara lebih luas dan selaras dalam undang-undang dan pelaksanaannya, Pahang akan dibantu dengan kumpulan wang Persekutuan Pemusatan kuasa dan kewangan di tangan Persekutuan dibantah oleh Sultan Idris di Perak.

D. perkara-perkara lain yang diselaraskan di bawah Persekutuan : - undang-undang dan penggunaan tanah-tanah dikhaskan kepada tanha perlombongan, tanah pertanian,tanah adat (orang Melayu) - Pengimportan buruh beramai-ramai untuk kurangkan dominasi buruh Cina. - Pengenalan pendidikan vernakular (Melayu, Cina dan Tamil). Sekolah Inggeris adalah untuk melatih anak-anak tempatan sebagai pentadbir British.

Anda mungkin juga menyukai