Anda di halaman 1dari 39

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan

saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-


bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan
dan perawakan manusia.
(Woolfolk & Margetts,2007)

Semasa pembesaran, kanak-kanak akan
mengalami perubahan dalam ketinggian, berat
badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan
diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi
tingkah laku kanak-kanak secara langsung
dan tidak langsung (hurlock,1978).

Secara langsung, perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak
melakukan sesuatu, misalnya keupayaan
mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam
sukan atau permainan.
Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing,
ia mungkin mengakibatkan mereka disisih
daripada kumpulan rakan sebaya mereka.
Secara tidak langsung, perkembangan fizikal
mempengaruhi keyakinan terhadap diri
sendiri dan orang lain.
kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan
mungkin mempengaruhi perkembangan
personalitinya.

Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur
badan dan otak menjadi asas kepada
perkembangan kognitif dan emosi.
Prinsip asas perkembangan fizikal
1. Perkembangan bermula dari kepala
dan beransur ke kaki.
- Selepas kelahiran, saiz kepala bayi
berkembang dahulu diikuti dengan
perkembangan badan, kaki dan tangan.
- kanak-kanak dapat mengawal pergerakan
kepalanya terlebih dahulu diikuti dengan lengan
dan seterusnya kaki.
- Bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan
ekspresi muka dalam masa dua bulan
selepas lahir.
- Dalam beberapa bulan bayi boleh
meniarap dan mengangkat
badannya menggunakan lengan.
- Pada usia 6-12 bulan, bayi boleh
mengawal kakinya,dapat
merangkak, berdiri seterusnya
- berjalan.

2. Arah perkembangan berlaku daripada
tengah badan dan berterusan keluar.
- Perkembangan bermula pada tulang
belakang dan menuju ke arah luar badan.
- Pada peringkat pre-natal, jantung dan
organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan
tangan.
- Otot halus pada jari tangan dan kaki
merupakan bahagian akhir dalam
perkembangan fizikal badan.
- Bayi selepas kelahiran cuba mencapai
objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana
masih tidak dapat mengawal otot-otot
tangan.
- Selepas beberapa bulan, bayi boleh
menggunakan kedua-dua tangan untuk
menggenggam objek.
- Bayi akan dapat memegang objek dengan
sebelah tangan menggunakan jari kerana
otot tangan sudah berkembang.

3. Kebolehan bayi bertambah jelas
dan spesifik
- Sekiranya kepala bayi terhantuk
sesuatu,bayi akan menangis dengan
kuat.
- Selepas beberapa bulan, jika insiden
sama berlaku, bayi masih akan
menangis tetapi boleh menunjuk
kepada kepalanya yang sakit.
- Apabila bayi boleh menguasai
kebolehan bahasa, bayi akan dapat
memberitahu kepalanya yang sakit.

4. Aspek perkembangan fizikal berkembang
pada tahap yang berbeza.

- Kaki dan tangan mencapai tahap
perkembangan maksimum semasa
peringkat remaja tetapi bahagian bahu
mengambil masa lebih lama.
- Kreativiti misalnya berkembang dengan
cepat dan mencapai tahap maksimum
pada peringkat remaja.
PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN
Prenatal

Sperma bapa akan bersatu dengan ovum
ibu.
Wanita dilahirkan dengan simpanan telur di
dalam ovarinya.
Akil baligh 1 ovum akan mencapai tahap
kematangan setiap 28 hari.
Memasuki tiub falopio, dipanggil proses
ovulasi.
Ovum yang tidak disenyawakan dalam masa
48 jam akan dikeluarkan sebagai haid.
Ovum disenyawakan oleh sperma
dinamakan zigot.
Wanita hasilkan lebih daripada 1 telur,
secara semulajadi atau ransangan dadah.
Dua ovum dan dua sperma berbeza
menghasilkan kembar bersaudara.
Ovum disenyawakan bercerai kepada dua
bahagian dipanggil kembar seiras
(monozigot)
Kembar monozigot terhasil daripada zigot
yang sama.
sperma
ovum
Pembahagian sel berlaku secara
berulang kali sehingga membentuk
embrio
zigot
I. Fasa
Pembenihan
Bermula daripada proses persenyawaan
sehingga zigot melekat pada dinding.
Tempoh selama 2 minggu.
Selepas persenyawaan , zigot akan
bergerak ke rahim.
Zigot mempunyai 23 kromosom daripada
sperma bapa dan 23 kromosom daripada
ovum ibu.

Peringkat prenatal selama 9 bulan, terbahagi
kepada 3 fasa, pembenihan, embrio dan fetal.
Kromosom kromosom ini akan
berpasangan.
Setiap pasang kromosom mempunyai gen-
gen yang mengandungi cetakan trait dan ciri-
ciri kebakaan ibu bapa.
Zigot seterusnya mengalami proses
pembahagian sel atau mitosis.
Sel-sel baru yang terbentuk akan menjadi
bahagian-bahagian sistem saraf, otak dan
bahagian-bahagian lain badan.
Sel baru akan menerima salinan gen
daripada ibu bapa.
Unjuran dikeluarkan untuk lekatkan diri pada dinding uterus PROSES
PENEMPELAN.
II. Fasa Embrio
Selepas pembenihan, fasa perkembangan
prenatal bermula.
Fasa ini bermula dari minggu ketiga hingga
minggu ke lapan selepas persenyawaan.
Organisma yang terbentuk akan dipanggil
embrio.
Minggu keempat, perkembangan otak
bermula, mata, telinga dan mulut terbentuk.
Minggu kelapan embrio mempunyai sistem
organ yang asas, rupa muka, jari tangan dan
kaki.
Embrio menerima
makanan melalui tali
pusat.
Peranan tali pusat amat
penting, boleh juga
menyebabkan kecacatan
melalui pengambilan
dadah.
Pada fasa ini sistem
asas dan struktur badan
terbentuk.
Embrio
III. Fasa
Fetal
Bermula pada bulan ketiga selepas
persenyawaan hingga kelahiran bayi.
Pada fasa ini di panggil fetus, organ-organ
utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf
mula terbentuk.
Perkembangan antara bulan ketiga sehingga
bulan ke enam agak pesat.
Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu.
Pada bulan ke tujuh, jika bayi lahir, ia akan
berpeluang untuk hidup tetapi mempunyai
masalah pernafasan.
Berat badan dan panjang bayi bertambah
pada peringkat ini.
Fetus berubah arah kedudukan sebelum
lahir dengan kepalanya pada dasar rahim.
3 bulan
Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu.
(menendang & berpusing)
Bulu mata dan kening mula terbentuk.
Organ seks dapat dikenal pasti.
Boleh batuk dan tersedu.
Organ dalaman mulai matang.
Perkembangan berlaku dengan pesat.
Kemungkinan untuk hidup jika dilahirkan.
4 hingga 6 bulan
Lemak mula berkumpul di bawah
kulit fetus.

Otak membesar dan semakin
kompleks.

Fetus tidur 90 % - 95 % sehari.

Kuku jari tangan dan kaki mulai
tumbuh.
o Bayi (lahir hingga 2 tahun)
Pada 2 tahun yang pertama pertumbuhan
bayi berlaku pada kadar yang pesat.
Berat badan dan ketinggian bayi
bertambah.
Saiz dan kompleksiti otak bertambah, sel-
sel neuron dalam otak berkembang.
Gigi susu akan kelihatan apabila bayi
berumur 6-8 bulan.
Pertumbuhan gigi pada gusi bawah
dahulu diikuti pada gusi atas.

Bayi mula menunjukkan autonomi dan
kekuatan melalui pergerakan seperti
memusingkan badan, merangkak dan berjalan.
Pergerakan mempengaruhi interaksi bayi
dengan ibu bapa dan persekitarannya.
Perkembangan otot-otot halus yang
membolehkan bayi mencapai, menggengam
dan mengkoordinasi antara mata dan tangan
mula kelihatan.
Di akhir tahun kedua, bayi sudah boleh
melakukan aktiviti yang kompleks.
Implikasi kepada pembelajaran
dan perkembangan bayi
Stimulasi visual dan pendengaran perlu
untuk bahagian-bahagian otak terbabit
menyusun maklumat.
Pengalaman harian biasa dapat
merangsangkan organisasi perkembangan
otak.
Bayi yang tidak menerima stimulasi
mempunyai risiko kegangguan
perkembangan otak.
Awal kanak-kanak (2 6 tahun)

o Awal kanak-kanak biasanya bermula
daripada 2-6 tahun.
o Pertumbuhan fizikal perlahan
berbanding pertumbuhan pada
tahun pertama kanak-kanak.
o Ketinggian adalah dua kali
ketinggian semasa lahir dan berat
adalah empat kali ganda.
o Otot kasar sudah berkembang
berbanding dengan otot halus.
o Kadar perkembangan kanak-kanak
perempuan cepat berbanding kanak-kanak
lelaki.
o Perubahan dalam kebolehan psikomotor
adalah mengikut
aturan.

Perkembangan
psikomotor
2 Tahun > Menaiki tangga dengan bantuan.
Memegang objek besar seperti bola.

3 Tahun > Melambung bola
Menunggang basikal roda tiga.

4 Tahun > Melompat dan berlari.
Naik turun tangga tanpa bantuan.

5 Tahun > Menggunakan kasut roda
Menulis huruf atau perkataan yang
mudah.

Implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas
Membantu kanak-kanak tetapi hanya
setakat mana yang perlu.
Kanak-kanak berkembang pada tahap
berbeza. Elakkan daripada membanding
antara kanak-kanak.
Menyediakan aktiviti seperti bermain
bola dan berlari.
Aktiviti yang disediakan perlu
mengambilkira perkembangan otot,
khususnya otot kecil.
Kanak-kanak (7-12 tahun)
Kadar pertumbuhan dan
perkembangan tidak begitu pesat
berbanding sebelumnya.
Perkembangan lebih bercorak
penambahbaikkan kemahiran-
kemahiran psikomotor.
Pertumbuhan gigi kekal bermula,
dan gigi susu akan di ganti.
Ketinggian kanak-kanak permpuan
bertambah pada umur 8-10 tahun
dan kemuncak pada umur 12
tahun.
Ketinggian kanak-kanak lelaki bertambah pada
umur 8-10 tahun dan kemuncak pada umur 15
tahun.
Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih
kurus.
Umur 11 tahun kanak-kanak menghampiri akil
baligh.
Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata
dan tangan sudah mencukupi untuk mereka
menulis dengan kemas.
Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada
permainan lasak.
Implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas
Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat
muzik dan aktiviti seperti melukis.
Melibatkan mereka dalam aktiviti permainan
dan latihan seperti berenang dan gimnastik.
Menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-
kanak lelaki. Permainan yang sesuai untuk
kanak-kanak perempuan.
Terapkan aktiviti senaman dan pemakanan
yang sesuai.

Awal remaja (12-15 tahun)
Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah
cepat dan pesat.
Perubahan fizikal mula ke arah dewasa seperti
ketinggian, saiz dan bentuk badan.
Remaja permpuan, perubahan saiz berlaku
dengan cepat bermula 1 atau 2 tahun sebelum
akil baligh.
Akil baligh- bentuk badan perempuan mula
menunjukkan sifat kewanitaan.
- remaja lelaki akan mengalami
perubahan suara.
Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku
pada remaja perempuan terlebih dahulu
sebelum lelaki.
Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja
lelaki mengakibatkan lelaki lebih kuat secara
fizikal berbanding perempuan.
Implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas
Aktiviti seperti ceramah dan kaunseling yang
dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa
dan bentuk badannya.
Menyediakan latihan untuk membina daya
tenaga dan daya tahan.
Memberi kesedaran tentang gaya hidup yang
sihat.
Rancang aktiviti senaman sebagai aktiviti sosial
yang sihat.
Sediakan bilik persalinan yang terasing.


Kurangkan peluang remaja lelaki
memerhati pelajar perempuan semasa
aktiviti senaman.
Menyediakan kursus dan ceramah
tentang aktiviti seksual dan sistem
pembiakan.
Menyediakan peluang untuk remaja
berbincang dan bertanya tentang
perubahan diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai