Anda di halaman 1dari 31

-942Kaedah Menjawab Soalan

Konsep
Kaedah MJK
(Mudah Jawab Soalan Konsep)

Contoh Soalan Konsep (kertas 1)


Apakah yang dimaksudkan dengan sistem
suria?
Jelaskan secara ringkas konsep hanyutan
benua?
Takrifkan tekanan udara.
Apakah yang dimaksudkan dengan
kerpasan?
Apakah yang dimaksudkan dengan solstis
musim sejuk?

Contoh soalan Konsep (kertas 1)


Apakah yang dimaksudkan dengan
pemendapan sungai?
Apakah yang dimaksudkan dengan
atmosfera?
Apakah yang dimaksudkan dengan
pemanasan global?

Contoh soalan konsep (kertas 2)


Apakah yang dimaksudkan dengan
industri asas tani?
Apakah yang dimaksudkan dengan
pengurusan alam sekitar?
Apakah yang dimaksudkan dengan
migrasi antarabangsa?
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar
pertumbuhan penduduk?
Takrifkan transformasi desa?

Soalan Konsep
Calon sering kali tidak menjawab dengan
tepat dan ringkas. Acap kali calon
menjawab dengan panjang lebar meliputi
beberapa perenggan tetapi markah yang
diperolehi hanya 1 atau 2 markah sahaja
atau tidak ada markah langsung.

Empat Kaedah MJK

ABC
ABS
ABK
ACC

Kaedah MJK

ABC Apa, Bagaimana dan Contoh


ABS Apa, Bagaimana dan Sebab
ABK Apa, Bagaimana dan Kesan
ACC Apa, Ciri dan Contoh

Kaedah MJK
Apa membawa maksud apa yang
ditanya tentang sesuatu perkara atau
kejadian itu secara tepat.
Bagaimana cara apa perkara dan
kejadian itu berlaku mengikut proses
tertentu dan bertepatan dengan kehendak
sesuatu perkara dalam soalan yang
ditanya.

Kaedah MJK
Contoh membawa maksud contoh dari segi
lokasi dan jenis sesuatu perkara atau kejadian
itu.
Sebab membawa maksud sebab berlakunya
sesuatu perkara atau kejadian itu yang mana
menyebabkan berlakunya sesuatu proses
tertentu.
Kesan akibat yang terjadi jika sesuatu perkara
atau kejadian itu berlaku secara berleluasa dan
berlebihan daripada keadaan yang sepatutnya
berlaku.

Contoh Kaedah MJK - ABC


Soalan Apakah yang dimaksudkan
dengan luluhawa kimia?
Jawapan: Luluhawa kimia bermaksud
proses pereputan dan penyepaian batuan
yang melibatkan perubahan kimia batuan
tersebut di sesuatu tempat secara insitu
oleh agen-agen atmosfera seperti hujan,
suhu dan matahari contohnya proses
larutan, pengoksidaan dan pengkarbonan.

ABC
Apa proses pereputan dan penyepaian
batuan yang melibatkan perubahan kimia
batuan tersebut di sesuatu tempat.
Bagaimana secara insitu oleh agenagen atmosfera seperti hujan, suhu dan
matahari
Contoh proses larutan, pengoksidaan
dan pengkarbonan.

ABC
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan
pergerakan jisim?
Jawapan: Pergerakan jisim bermaksud proses
pergerakan bahan regolit yang mengalami
pergerakan ke bawah cerun secara besarbesaran disebabkan oleh pengaruh tarikan
graviti dan air bertindak sebagai pelicin serta
kekurangan litupan tumbuhan. Contoh kesotan
tanih,tanah runtuh dan gelangsaran.

ABC
Apa Proses pergerakan bahan regolit
yang mengalami pergerakan ke bawah
cerun.
Bagaimana secara besar-besaran
disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti
dan air bertindak sebagai pelicin serta
kekurangan litupan tumbuhan.
Contoh Kesotan tanih, tanah runtuh dan
gelangsaran.

Kaedah MJK - ABS


Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan
jerebu?
Jawapan: Jerebu bermaksud partikel terampai di
atmosfera dalam ketebalan yang tinggi. Partikel
terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca
kering dan udaranya yang stabil yang
menghasilkan satu lapisan kabus nipis
menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu
kawasan. Ia disebabkan aktiviti manusia dan
faktor semulajadi seperti aktiviti perkilangan dan
letusan gunung berapi.

ABS
Apa jerebu bermaksud partikel terampai di
atmosfera dalam ketebalan yang tinggi.
Bagaimana partikel terampai ini terbentuk di
dalam keadaan cuaca kering dan udaranya
yang stabil yang menghasilkan satu lapisan
kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di
sesuatu kawasan.
Sebab ia disebabkan oleh aktiviti manusia dan
faktor semulajadi seperti aktiviti perkilangan dan
letusan gunung berapi.

ABS
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan
pulau haba?
Jawapan: Pulau haba bermaksud perbezaan
suhu antara pusat bandar dengan pinggir
bandar. Biasanya suhu lebih tinggi di pusat
bandar berbanding pinggir bandar yang
disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil
dan bangunan tepu bina serta kekurangan
litupan tumbuhan.

ABS
Apa pulau haba bermaksud perbezaan suhi
antara pusat bandar dengan pinggir bandar.
Bagaimana biasanya suhu lebih tinggi di pusat
bandar berbanding dengan pinggir bandar.
Sebab yang disebabkan oleh pembakaran
bahan api fosil, bangunan tepu bina dan
kekurangan litupan tumbuhan.

Kaedah MJK - ABK


Soalan Apakah yang anda tahu berkaitan
putaran bumi?
Jawapan: putaran bumi bermaksud bumi
berputar pada paksinya seniri dengan
kecondongan 23 daripada satah tegak dari
barat ke timur selama 23 jam 56minit bagi satu
pusingan 360 dengan kelajuan 1700km/jam di
khatulistiwa dan di kutub kelajuannya sifar.
Akibat kejadian ini, berlaku kejadian siang dan
malam, perbezaan zon waktu dan fajar dan
senja.

ABK
Apa bumi berputar pada paksinya sendiri.
Bagaimana dengan kecondongan 23
daripada satah tegak dari barat ke timur selama
23 jam 56 minit bagi satu pusingan 360 dengan
kelajuan 1700km/jam di khatulistiwa dan di
kutub kelajuannya sifar
Kesan akibat kejadian ini, berlaku kejadian
siang dan malam, perbezaan zon waktu dan
fajar dan senja.

ABK
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan
peredaran bumi?
Jawapan: Peredaran bumi bermaksud bumi
beredar dalam satu orbit yang berbentuk bujur
dengan kecondongan 66 dalam masa 365
hari dengan kelajuan 107 280 km/jam mengikut
lawan jam. Kesannya menyebabkan berlaku
kejadian empat musim dan kejadia siang dan
malam yang tidak sama panjang.

ABK
Apa bumi beredar dalam satu orbit yang
berbentuk bujur
Bagaimana dengan kecondongan 66
dalam masa 365 hari dengan kelajuan
107 280 km/jam mengikut lawan jam
Kesan kesannya menyebabkan berlaku
kejadian empat musim dan kejadian siang
dan malam yang tidak sama panjang.

Kaedah MJK - ACC


Soalan Apakah yang dimaksudkan
dengan sumber alam?
Jawapan: Sumber alam bermaksud
sumber semula jadi yang terdiri daripada
semua bahan asli yang bermanfaat
kepada manusia. Terbahagi kepada dua
jenis iaitu yang boleh diperbaharui dan
yang tidak boleh diperbaharui seperti air,
hutan, gas asli dan bijih timah.

ACC
Apa Sumber alam bermaksud sumber
semula jadi yang terdiri daripada semua
bahan asli yang bermanfaat kepada
manusia.
Ciri terbahagi kepada dua jenis iaitu
yang boleh diperbaharui dan tidak boleh
diperbaharui.
Contoh air, hutan, gas asli dan bijih
timah.

ACC
Soalan Apakah yang dimaksudkan
dengan bandaraya global?
Jawapan: Bandaraya global bermaksud
bandar yang menempatkan pelbagai
aktiviti ekonomi yang bertaraf global, pusat
pasaran saham sedunia, pusat kewangan
dunia, persidangan antarabangsa, mercu
tanda global, contohnya London,
Tokyo,New York dan Paris.

ACC
Apa Bandar yang menempatkan
pelbagai aktiviti ekonomi bertaraf global
Ciri pusat pasaran saham sedunia,
pusat kewangan dunia, persidangan
antarabangsa, mercu tanda global.
Contoh London, Tokyo,New York dan
Paris.

Bagaimana pelajar boleh memnbuat


pilihan atau menentukan sama ada
menggunakan ABC, ABS, ABK atau ACC?

ABC
Amat sesuai digunakan untuk soalan
konsep yang melibatkan soalan berkaitan
proses yang berlaku terhadap sesuatu
kejadian atau perkara. Misalnya pada
contoh luluhawa kimia dan pergerakan
jisim.

ABS
Merupakan kejadian atau fenomena yang
melibatkan berlakunya campur tangan
aktiviti manusia, kebanyakannya berpunca
daripada aktiviti manusia dan sedkit
sebanyak juga berpunca daripada faktor
semulajadi, misalnya jerebu dan pulau
haba.

ABK
Sesuai untuk menjawab soalan berkaitan
dengan kejadian atau bahan semula jadi
dan membawa kesan kepada manusia di
bumi dalam melakukan aktiviti bagi
meneruskan kelangsungan hidup.
Contohnya kejadian putaran bumi dan
peredaran bumi.

ACC
Kaedah ini agak istimewa iaitu hanya
digunakan untuk menjawab soalan
konsep dalam Geografi kertas 2.

SEKIAN
TERIMA KASIH!!!

Anda mungkin juga menyukai