Anda di halaman 1dari 14

AHMAD SHAHRIR BIN ABDUL HALIM

(118594)
MUHAMAD MUNDZIR BIN M. KHALID
(118650)
NIK MOHAMAD SHAFIQ BIN MUSA
(118679)

soalan :
Sekularisasi dan Modenisasi Mustafa
Kemal Artaturk sering dikritik
sedangkan beliau sekadar " mengawal
dan menyelamatkan " institusi agama
yang telah lama diperalatkan serta
menghapuskan kediktatoran institusi
khalifah dan feudalisme yang telah
menghancurkan Turki . Nilaikan .

BIODATA
- nama penuh beliau Gazi Mustafa Kemal Pasha
-dikenali sebagai al - Ghazi (orang yang memerangi)
-nama "kemal " diberikan oleh gurunya semasa di sekolah
"atarturk" membawa maksud bapa turki yang diberikan
sejurus selepas kejayaan Khalifah Uthamaniyyah
-beliau dikenali sebagai bapa pemodenan Turki
-mencetuskan gerakan Turki Muda dan akhirnya berjaya
-menjatuhkan institusi Khalifah Uthamaniyyah pada 1923 pada masa itu khalifah yang terakhir ialah Sultan
Mehmed IV meninggalkan Turki dan hidup dalam
buangan.

- ketika berusia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah


Tentera Solonika kemudian Akademi Tentera Monasitar
1302H ( 1885M )
- 1322H ( 1905 M ), memasuki Kolej Tentera Istanbul dan
menamatkan ketenteraan pada tahun 1325H (1907M)
dan ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di
Salonika.
- merupakan Presiden Republik Turki yang pertama.
- sebelum beliau menjadi presiden, Negara Turki
sebelumnya adalah sebuah negara yang diketuai oleh
seseorang khalifah (sulthan) yang didampingi oleh
Syaikhul Islam.
- beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934.
- Meninggal dunia pada tahun 1938

SEKULARISASI dan MODENISASI


SEKULARISASI
pendirian yang menolak nilai - nilai keagamaan dalam kehidupan
sosial manusia dan pemikiran yang memisahkan agama dari
kehidupan.
sebuah ideologi yang menyatakan bahwa sebuah institusi atau
badan atau negara harus berdiri terpisah dari agama
- ada 22 Ideologi yang di kenali dengan Kemalisme yang di wujudkan
setelah kelahiran Repubik Turki Moden
MODENISASI
bentuk transformasi dari keadaan yang kurang maju atau kurang
berkembang ke arah yang lebih baik dengan harapan akan tercapai
kehidupan masyarakat yang lebih maju, berkembang, dan makmur.
- mengubah kefahaman, adat, dan institusi - institusi sesuai dengan
keadaan baru mengikut ilmu pengetahuan dan teknologi moden.

ENAM PRINSIP
1) Republikanisme
Merujuk kepada Empayar Uthmaniayah telah digantikan
dengan penubuhan republik di mana setiap warganegara
mempunyai hak dan juga menerima perlindungan
keselamatan serta kesejahteraan.
2) Nasionalisme
Menyokong idea Penturkian dan mengistiharkan Anatolis
sebagai ibu pertiwi bangsa Turki.
3) Revolusionisme
Melambangkan azam rejim itu untuk melakukan
perubahan mendadak daripada perubahan evolusi
dengan penolakan nilai tradisi.

4) Sekularisme
Merujuk kepada pemisahan agama daripada badan kerajaan,
pembentukan sistem baru bagi perundangan dan pendidikan
serta penghapusan kuasa pada kedua-keduanya, agama dan
mereka yang memegang peranaan keagamaan.
5) Etatisme
Berusaha ke arah ekonomi sara diri melalui ekonomi
campuran yang dikuasai oleh industri di bawah kawalan
segera.
6) Populisme

bertujuan untuk mengukuhkan dan menekankan


kesaksamaan politik serta penglibatan dalam pemerintahan
negara melalui kerajaan berpewakilan.

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH SEKULARISASI


dan MODENISASI
SOSIAL
membawa segala peradaban dari Barat dan dimasukkan ke negara
Turki dengan alasan peradaban Moden mengkehendaki sesebuah
masyarakat membuat perubahan dalam diri sendiri
masyarakatnya di ubah menjadi masyarakat yang mempunyai
peradaban barat dan segala kegiatan penyebaran islam harus di
hancurkan
memisahkan nilai agama dari kehidupan seperti yang di lakukan di
barat.
menukar hari cuti umum daripada hari jumaat kepada hari ahad
menukar kalendar tahun hijrah kepada kalendar tahun masihi
seperti yang diamalkan di barat menyebabkan umat islam
melupakan tahun Hijrah dan cuti umum pada hari jumaat.

PENTADBIRAN
Mustafa Kamal Attaturk telah menghapuskan lembaga
Kesultanan dan jabatan khilafah telah di hapuskan
Sultan Abdul Hamid II dipaksa meninggalkan Turki untuk
mengelakkan terjadinya dualisme dalam pemerintahan
di Turki
beliau memindahkan jabatan Syariah dan lembaga
wakaf di bawah pentadbiran Perdana Menteri.
Megeluarkan atau menghapuskan sesiapa sahaja
penyokong Khalifah.
Mengguna pakai perlembagaan Turki yang baru yang
bersifat sekular sebagai ganti kepada perlembagaan
Turki lama yang mengikut syariat Islam

UNDANG - UNDANG
Pada tahun 1924, Mahkamah Syariah dan Undangundang Syariat Islam telah diganti dengan Western
Legal Code yang diambil dari Undang-Undang Sivil
Swiss, Hukum Jenayah Itali dan Undang-Undang
Perdagangan Jerman
segala urusan termasuk perkahwinan tidak lagi menurut
Syariat Islam tetapi menurut undang-undang Sivil
Switzerland.
apa yang dilakukan merupakan usaha kearah
melaksanakan perjanjian Luzan dan menghalang syariat
Islam dari dilaksanakan di dalam pemerintahan Turki.

PENDIDIKAN
segala bentuk pengawasan atas sekolah-sekolah oleh
lembaga Islam diserahkan kepada kementerian
pendidikan
Sedikit demi sedikit pelajaran agama di kurangi dari
kurikulum pendidikan sehingga di hapuskan sepenuhnya
pada tahun 1935
Semua madrasah-madrasah di tutup dan pelajaran
bahasa Arab di tukar dengan Latin.

KEBUDAYAAN DAN ADAT ISTIADAT


Rakyat Turki di larang memakai topi khas mereka iaitu
tarbus dan di gantikan dengan memakai topi barat iaitu
topi keras seperti dipakai oleh Kristian.
Pakaian Keagamaan diganti dengan pakaian barat
Warga negara Turki di wajibkan mempunyai nama
belakang seperti orang barat.
memaksa perempuan membuka atau mendedahkan
aurat , membuka hijab, mengharamkan pemakaian
tudung, dan mengalakkan memakai pemakaian ala
wanita barat.

KEAGAMAAN
menukar Masjid Ayasophia kepada muzium dan
ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
menutup masjid serta melarang dari
mengadakan sembahyang jemaah.
agama islam digugurkan daripada menjadi
agama rasmi negara.
azan ditukarkan ke dalam bahasa Turki dan
memaksa masyarakat melakukan azan dalam
bahasa tersebut,
Al - Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan
menggunakan tulisan rumi, telah melanggar
persepakatan ulama Islam yang mengharamkan
Al-Quran ditulis selain daripada bahasa arab.

Anda mungkin juga menyukai