Anda di halaman 1dari 12

Pemikiran Komputasional

Apakah itu pemikiran komputasional? Menurut


pencetus dan pengasas pemikiran komputasional,
Jeannate M Wing, pemikiran ini boleh ditafsirkan
sebagai Membina kuasa dan proses penyelesaian
secara pengkomputeran, sama ada dilaksanakan
oleh manusia atau mesin
Model pemikiran komputasional memberikan kita
kelebihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
yang kompleks dan rumit.
Pemikiran ini menjawab beberapa persoalan
berkaitan keupayaan manusia untuk menyelesaikan
masalah melalui kaedah yang lebih baik daripada
komputer dan apa yang komputer boleh bantu
untuk penyelesaian sesuatu masalah.

Pemikiran Komputasional
Pemikiran komputasional adalah kemahiran asas
yang penting bagi semua orang, bukan hanya
untuk saintis atau pakar komputer sahaja.
Pemikiran komputasional boleh dilibatkan dalam
banyak proses - menyelesaikan masalah , mereka
bentuk sistem, dan memahami tingkah laku
manusia dengan menggunakan konsep asas sains
komputer.
Pemikiran komputasional dapat menyusun,
menganalisis dan mempersembahkan data atau
idea secara logik dan sistematik.
Pemikiran ini menggunakan teknik Leraian
(Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern
Recognition), Peniskalaan (Abstraction) dan

CONTOH PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL
CONTOH 1: AISKRIM

Anda ingin membeli aiskrim scoop yang mempunyai susunan 3


perisa sama seperti gambar disebelah
Penyataan manakah yang paling sesuai semasa memesan aiskrim
tersebut?
Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Bluebery dan Strawbery
Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Strawbery dan Bluebery
Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Coklat dan Bluebery
Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Bluebery dan Coklat
Jawapannya adalah penyataan:
[4] Saya ingin aiskrim perisa Strawbery, Bluebery dan Coklat

Keterangan
Keterangan:

Perkara yang paling utama mesti dinyatakan yang terakhir, sebagaimana perisa
aiskrim yang paling atas (dan mungkin perisa yang paling kita gemari) hendaklah
dinyatakan yang terakhir semasa memesan aiskrim yang kita kehendaki.
Susunan adalah penting; jika kita memesan aiskrim dalam susunan berbeza, maka
kita akan mendapat aiskrim scoop yang berbeza perisanya.
Oleh yang demikian, pemikiran komputasional menerusi teknik peniskalaan
(abstraction) dan pengitlakan (generalization) boleh memudahkan kita menyusun
langkah penyelesaian masalah mengikut susunan dan ketetapan yang sesuai.
Satu perkara utama dalam pembelajaran sains komputer adalah kepentingan
susunan penyelesaian yang tepat dan memahami kehendak orang lain terhadap
kaedah penyelesaian yang dikemukakan.

CONTOH 2: RANTAI MUTIARA YANG


AJAIB

Keterangan

Rantai mutiara ajaib ini adalah contoh susunan objek yang telah diikat
bersama-sama. Mutiara tersebut disusun mengikut corak tertentu yang boleh
dikenal pasti melalui atribut corak yang telah ditetapkan. Bagi mengenal
pasti rantai ajaib, kita boleh melihat atribut atau corak yang telah ditetapkan.
Begitu juga dalam pemikiran komputasional, teknik pengecaman corak
merupakan kaedah atau strategi bagi mengenal pasti corak yang sama untuk
sumber atau objek yang berbeza.

Perwakilan Data
Maklumat Digital
Apabila anda menghantar e-mel kepada
seseorang, mesej yang anda hantar akan
tersebar ke seluruh dunia, namun dalam
bentuk satu siri nombor yang panjang.
Bagaimanakah teknologi digital seperti
komputer menukarkan perkataan anda ke
dalam bentuk digit?

Perwakilan Data
Berubah Kepada Nombor
Sebarang bentuk maklumat; perkataan,
gambar, senarai, perngiraan, bunyi boleh
diubah kepada nombor. Hal ini dilakukan
dengan menggunakan kod.
Bayangkan anda cuba membuat mesej
rahsia menggunakan nombor untuk
mewakili huruf tertentu.

Perwakilan Data
Contohnya:
A diwakili oleh 1, B oleh 2 dan C oleh 3 dan
seterusnya.
Kemudian, anda dapat menggantikan huruf
dalam perkataan DIGITAL dengan angka,
iaitu
D digantikan dengan 4, I oleh 9 dan
seterusnya sehingga huruf L diwakili oleh 12.
Dengan menggunakan kod, kita boleh
menggantikan maklumat dalam satu bentuk,
seperti perkataan bertulis DIGITAL, kepada

Perwakilan Data

endigitalkan Maklumat

Penerangan rajah:
Nombor perpuluhan 23 ialah 3 satu dan 2 sepuluh. Ini
juga boleh diwakilkan dalam bentuk perduaan sebagai
00010111, iaitu (dari kanan ke kiri) ialah 1; satu, 1; dua,
1; empat, 0; lapan dan 1; enam belas. Ia juga boleh
diwakilkan melalui suis yang diwakili oleh sama ada
BUKA (1) atau TUTUP (0). Dalam sesebuah computer,

Anda mungkin juga menyukai