Anda di halaman 1dari 10

LAUNG AGUNG

Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah


digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk
menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis
Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada
pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah
diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK
Menandakan permulaan atau tamat sesuatu
perjumpaan
Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di
seluruh dunia
Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan
serta membina disiplin
Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis
Baik"
1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali
kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia
2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu
sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke
bahu mengeliling Akela.
3. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak
megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat
bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil
berpegangan tangan.
5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela
turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.
6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK
mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara
serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke
hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan
hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang
ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT
HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK suadah
bangun tegak dalam keadaan sedia.
7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada
Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?"
8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab
"KAMI BUAT HABIS BAIK"
9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak
berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga
Akela menjatuhkan tangannya.
10. Istiadat Bendera dalam Laung Agung. Akela akan berkata
"BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli
dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad)
menuju ke tiang bendera.
11. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu
langkah di hadapan tiang bendera.
12. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1
kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan
selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta
diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang
dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.
13. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara
serentak n menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan
kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke
dalam bulatan seperti asal.
14. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam
Sekawan Bertugas) berkata "AP" sebagai isyarat menadah
tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala
dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama
masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam
Sekawan Bertugas) berkata "AP" sebagai isyarat turunkan
tangan.
15. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada
Ketau Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.
16. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan
membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat
pengumuman.
AKEL
A

PEN.KETUA
SEKAWAN
BERTUGAS
KETAU
SEKAWAN
BERTUGAS
SEKAWA
N BENDE
BERTUG RA
AS

PEMIMPIN-
PEMIMPIN
Disediakan oleh
UNIT PENTADBIRAN
Pengakap Daerah Tampin

Anda mungkin juga menyukai