Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI PERSATUAN

Persatuan didefinisikan sebagai “sesuatu entiti kumpulan yang


berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di
peringkat sekolah persatuan biasanya dianggotai oleh murid-murid
sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan
yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu
dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-
cita serta matlamat yaqng telah ditetapkan dan dipersetujui bersama
bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan masing-masing. Persatuan juga didefinisikan sebagai
satu gabungan, ikatan dan kumpulan.
• Kamus Oxford Edisi Kedua - sejenis perkumpulan, gabungan atau
perikatan yang dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai
tujuan dan matlamat yang sama.
KONSEP PERSATUAN
• Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan
bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara
bertulis MESTILAH menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut
iaitu:

Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam Peraturan


Pendidikan
Hobi dan rekreasi
Sukan dan permainan
Badan beruniform Atau
Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
• Satu pembelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja terancang
dan dilakukan semasa persekolahan.
• Dilaksanakan di luar waktu darjah secara tidak langsung atau tidak
formal.
Ciri-Ciri
• Mempunyai satu kesan jangka panjang.
• Boleh dipraktikkan dalam kehidupan seseorang.
• Ia bertujuan untuk :
• Memberi faedah dan manfaat kepada ahli-ahli kelab/persatuan.
Keberkesanan • Tidak membuang masa, wang ringgit dan tenaga ahli-ahli kelab/persatuan.
• Sebagai contoh persatuan Bahasa Inggeris diadakan di sekolah bertujuan untuk
membantu murid-murid agar dapat berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dengan
lancar.

• Jangka masa yang ditetapkan adalah mengikut persetujuan ahli kelab/persatuan.


Jangka masa • Ia bertujuan untuk :
• Mengelakkan rasa tidak puas hati antara ahli kelab/persatuan.
dan • Supaya tidak bercanggah dengan aktiviti lain.
• Suatu projek di kendalikan persatuan pelajar haruslah dilakukan secara berterusan.
berterusan • Sebagai contoh perjumpaan kelab/persatuan diadakan 2 kali seminggu, persembahan budaya
diadakan pada setiap tahun dan sebagainya.
• Apabila suatu aktiviti dijalankan kedua-dua peserta dan ajk akan
mempunyai perkembangan sama ada dari segi ilmu ataupun kemahiran.
• Ia bertujuan supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada
Peluang pembelajaran aktiviti yang dijalankan. Maka, aktiviti yang dijalankan akan berjaya.

• Aktiviti kelab/persatuan yang dijalankan hendaklah terbuka dan tidak


tertumpu di dalam satu institusi sahaja.
• Ia bertujuan untuk perkongsian ilmu yang lebih banyak.
Interaksi/pendedahan

Anda mungkin juga menyukai