Anda di halaman 1dari 17

‫الضرار يزال‬

KEMUDHARATAN ITU HARUS


DIHILANGKAN
NUR ASYIKIN BINTI RAMLEE
NUR SITI AISHAH BINTI MOHD SHAH
AFIQAH BINTI ZAIDI
CABANG-CABANG

‫الضرورات تبيح المظورات‬


.1

KEMUDHARATAN ITU MENGHALALKAN LARANGAN-LARANGAN.

KAEDAH CABANG INI SEMAKNA DENGAN KAEDAH YANG BERBUNYI :

‫الحرام مع الضرورةوالكراهة مع الحاجة‬

TIDAK ADA KEHARAMAN BESERTA DARURAT DAN TIDAK ADA KEMAKRUHAN BERSAMA KEBUTUHAN.
Perkara- perkara yang diharamkan oleh syari’at, tetapi kerana perkara-
perkara itu sangat di hajatkan oleh manusia untuk meringankan malapetaka
yang melanda padanya, atau perkara-perkara yang semula dimakruhkan,
tetapi diperlukan oleh manusia, maka hilanglah keharaman dan kemakruhannya
untuk sementara waktu selama keadaan darurat dan keperluan itu masih
berlaku.

Contoh-contoh :

1. Orang yang dilanda bahaya kelaparan dibolehkan makan binatang tanpa


disembelih atau makan binatang yang diharamkan, contohnya: babi dan anjing.
2. Diperbolehkan merosakkan gedung dan alat-alat perlengkapan
perang milik musuh dalam suatu pertempuran.

3. Diperbolehkan membongkar kuburan untuk memandikan atau


menghadapkan kiblat mayat yang berada di dalamnya yang ketika di
kubur belum dimandikan atau belum dihadapkan kiblat.
‫وماابيح للضرورةيقدر بقدرها‬
2.

SESUATU YANG DIPERBOLEHKAN KERANA DARURAT DITETAPKAN HANYA


SEKADAR KEDARURATANNYA.

Hal ini adalah logik. Sebab yang membolehkannya itu adalah keadaan itu sendiri,
iaitu darurat dan krisis. Jadi, sekiranya keadaan darurat sudah dapat di atasi,
maka suasana berubah menjadi normal kembali dan kerananya hukum harus
kembali senormal suasana itu pula.
Contoh-contoh:

1. Seorang diperkenankan mengambil rumput milik orang lain tanpa


izinnya untuk memberikan makanan binatangnya yang dalam keadaan
kelaparan, tetapi tidak diperbolehkan mengambilnya lagi untuk dijual
kepada orang lain yang memiliki binatang yang dalam keadaan yang
sama.

2. Seorang doktor lelaki yang kerana darurat harus mengubati


sebahagian anggota seorang wanita tidak diperkenankan meneliti
anggota lain yang tidak perlu diubati.
‫وماجازلعذربطل بزواله‬3.
SESUATU YANG DIPERBOLEHKAN KARENA “UZUR” BATAL
LANTARAN HILANGNYA “UZUR

• Tayammum itu batal, apabila dijumpai air sebelum masuk waktu solat.
‫اضرراليزال بالضرر‬
4.

KEMUDHARATAN ITU TIDAK DAPAT DIHILANGKAN


DENGAN KEMUDHARATAN YANG LAIN
• SEORANG YANG DALAM KEADAAN TERPAKSA BERHAJAT KEPADA MAKANAN YANG TIDAK BOLEH
MAKAN IAITU MAKANAN MILIK ORANG LAIN.
• Dua orang terapung di atas lautan akibat kapal yang dinaiki karam.

• Salah seorang dari mereka mendapatkan sekeping papan untuk terapung di atas air
sehingga ada bantuan.

• Kawannya juga ingin berpaut pada papan tersebut.

• Oleh sebab papan itu tidak dapat menampung dua orang ia harus mengorbankan
kawannya yang sudah berada di atas papan.

• Tindakan orang yang merebut papan tersebut kerana darurat adalah tidak
dibenarkan oleh syari’at.
‫درء المفاسد مقدم على جلب المصالح‬
5.

MENOLAK DARURAT DIDAHULUKAN DARIPADA MENARIK


KEMASLAHATAN

• Kaedah ini menjelaskan bahawa jika terdapat perbahasan antara


darurat dan kemaslahatan dalam suatu keadaan, maka larangannya
yang harus didahulukan untuk di tinggalakan.
• Berkumur dengan memasukkan air yang berada didalam mulut sampai
kepangkal tenggorokan dan menghirup air lewat hidung dalam
melaksanakan wudhu adalah disunnahkan. Tetapi hal itu dilakukan oleh
orang yang sedang berpuasa dimakruhkan, sebab untuk menjaga jangan
sampai air tersebut terus masuk sampai keperut hingga membatalkan
puasa.
• Bersuci dengan menekan-nekankan jari basah di sela-sela pangkal rambut
disunnahkan. Tetapi hal itu dimakruhkan bagi orang yang sedang
menjalankan ihram.
‫تعارض مفسدتان روعى أعظمهما صررابارتكاب أخفهما‬6.‫اذا‬

APABILA DUA BUAH KEROSAKAN SALING BERLAWANAN,


MAKA HARUSLAH DIPELIHARA YANG LEBIH BERAT
MUDHARATNYA DENGAN MELAKSANAKAN YANG LEBIH
RINGAN DARIPADANYA

• Menurut kaedah ini jika satu perbuatan mempunyai dua kemudharatan


atau lebih, hendaklah dipilih manakah diantara kemudharatan-
kemudharatan itu yang lebih ringan.
• Seorang memotong pohon orang lain adalah perbuatan merosak. Tetapi
seandainya hal itu tidak dilakukannya, maka pohon yang meliuk
dijendelanya akan mengganggu bergantinya udara di kamarnya hingga
membuat kelembaban udara yang sangat membahayakan kesihatan. Oleh
karena itu, memotong tanaman orang lain yang mengganggu
diperkenankan.
• Seorang doktor diperbolehkan membedah perut seorang mayat, apabila
ia berkeyakinan bahwa didalam perut itu terdapat seorang bayi yang
diharapkan akan hidup apabila ia berhasil dikeluarkan. Membedah perut
adalah perbuatan merosak sebagaimana halnya membiarkan mati bayi
didalam perut. Tetapi kerosakan akibat dari membedah perut masih
dipandang lebih ringan dibandingkan membiarkan bayi mati lantaran
tidak dikeluarkannya.
‫تعارض المصلحة والمفسدةروعى أرحجهما‬7.‫اذا‬
APABILA TERJADI PERLAWANAN ANTARA KEROSAKAN
DAN KEMASLAHATAN, MAKA HARUS DIPERHATIKAN
MANA YANG LEBIH RAJIH (KUAT) DIANTARA KEDUANYA

• Minum-minuman keras dan berjudi biarpun ada manfaatnya untuk


kesihatan badan atau untuk memperoleh keuntungan bila menang dalam
perjudian,
• Namun karena kerosakan yang ditimbulkan oleh kedua perbuatan itu
lebih banyak daripada kemanfaatannya, maka kedua perbuatan itu
dilarang oleh islam
‫الحاجة تنزل منزلة اضرورة عامةكانت أوخاصة‬
8.

KEPERLUAN ITU DITEMPATKAN PADA TEMPAT


DARURAT, BAIK KEPERLUAN ITU BERSIFAT UMUM
ATAU KHUSUS
CONTOH YANG BERSIFAT UMUM

• Orang lelaki diperkenankan berhadapan muka dengan wanita yang


bukan muhrimnya dalam pergaulan hidup sehari-hari dalam
bermu’amalah, seperti :
• Berjual beli, bekerja atau mengajar.
• Karena semuanya itu merupakan keperluan umum dalam
bermasyarakat.
CONTOH YANG BERSIFAT KHUSUS

• Seorang perempuan memerlukan satu-satunya doktor lelaki untuk


mengubati penyakitnya yang terletak pada bahagian tubuhnya,
adalah diperbolehkan.

Anda mungkin juga menyukai