Anda di halaman 1dari 14

“Pemikiran Tasawuf Modern

Tasawuf Hamka”

NAMA PENSYARAH
Dr. Razali Bin Musa

NAMA PELAJAR
Ahmad Rauf Bin Juantin (039640)
Azham Bin Abd Razak (039652)
Muhammad Razzrin Irfan Bin Ramli (040017)
Definisi Tasawuf
Menurut Hamka
Hamka menyebut bahawa tasawuf adalah satu disiplin “ilmu” yang telah
sebati di dalam kajian Islam.

Ilmu tasawuf yang dimaksudkan itu, tidak lain adalah penyucian jiwa
menurut ajaran Islam. Akan tetapi, Hamka di dalam kesusasteraanya tidak
menggunakan istilah Tazkiyatun Nafs sebagaimana yang sering dipakai oleh
sebahagian ulama’.

Walau bagaimanapun, masih boleh difahami bahawa di dalam definisi


tasawuf menurut Hamka mempunyai makna yang sama dengan
istilah Tazkiyatun Nafs.
Dalam bukunya “Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam”, Hamka menjelaskan
tasawuf adalah: “Shifa’ul Qalbi iaitu membersihkan hati, pembersihan budi pekerti
dari perangai yang tercela, dan menghiasi diri dengan perangai yang terpuji.”

Dalam bukunya “Tasawuf Modern”, Hamka menjelaskan bahawa, “Kita menegakkan


niat asal tasawuf adalah untuk membersihkan jiwa, mendidik dan meningkatkan
darjat budi, menindas segala cubaan kerakusan, memerangi syahwat yang terlebih
dari keperluan diri”.

Dalam bukunya “Tasawuf dari Abad ke Abad”, Hamka menjelaskan tasawuf sebagai,
“Orang yang membersihkan jiwa dari pengaruh benda dan alam, akan mudah menuju
kepada Allah.”
Terdapat persamaan maksud di antara Tazkiyatun Nafs dan tasawuf di mana
keduanya menginginkan satu percubaan iaitu pembersihan diri atau jiwa
seseorang dari perangai buruk dan dosa yang di anggap buruk oleh syari’at
Islam. Oleh sebab itu, penjelasan di atas adalah sejajar dengan apa yang telah
dijelaskan oleh Hamka ketika menafsirkan ayat berikut:

“Sungguh beruntung orang yang mensucikan (jiwa itu). Dan sungguh rugi
orang yang mengotorinya”.
(QS. Asy-Syams: 9-10)
Meskipun Hamka menggunakan istilah tasawuf, akan tetapi tasawuf yang
dikemukakan Hamka bukanlah tasawuf sebagaimana yang difahami oleh
kebanyakan orang. Tasawuf yang dikembangkan oleh Hamka adalah tasawuf yang
memiliki dasar Tasawwuf Masyru’.

Oleh sebab itu, menurut Hamka, tasawuf tidak mempunyai sumber lain melainkan
bersumberkan daripada agama Islam itu sendiri.

Hamka sangat menekankan bahawa setiap individu perlu melaksanakan tasawuf


agar dapat mencapai budi pekerti yang baik sebagaimana yang telah dijelaskan
oleh Hamka berdasarkan definisi tasawuf menurut al-Junaid iaitu; “Keluar dari budi
pekerti yang tercela, dan masuk kepada budi pekerti yang terpuji.”
Untuk menimbulkan persepsi yang berbeza dikalangan orang ramai
tentang tasawuf, Hamka kemudian membawa istilah tasawuf moden.
Penggunaan istilah tasawuf yang ditambah dengan perkataan
“moden”, sebenarnya merupakan suatu kejayaan kerana tidak
terdedah terhadap kritikan.

Hal ini disebabkan oleh ketokohan Hamka yang lahir dari pergerakan
kaum modernis yang bergabung dengan gerakan Muhammadiyah,
dimana di dalam fahaman keagamaan organisasi ini menentang
amalan-amalan tasawuf pada umumnya.
Analisis
Buku Tasawuf Modern
• Pada Bab 1 (halaman 8-47), Hamka banyak berbicara tentang pedapat para
tokoh-tokoh Barat dan Timur tentang erti bahagia yang mereka fahami dan
rasai, termasuk juga di dalamnya Hamka membandingkan dengan
kebahagiaan yang di alami oleh Rasulullah.

• Tokoh-tokoh yang diangkat oleh Hamka dalam bab ini adalah Aristoteles,
Hendrik Ibsen, Thomas Hardy, Leo Tolstoy, Bertrand Russel, George Bernard
Shaw, Ibnu Khaldun, Abu Bakar Ar Razi, dan Imam al Ghazali.
• Pada Bab2 (halaman 48-115), Hamka membuat tajuk “Bahagia dan Agama.”

• Pada Bab 3 (halaman 116-139), Hamka memberi tajuk pembahasannya


dengan tajuk: “Bahagia dan Utama.”

• Pada Bab 4 (halaman140-196) ini Hamka berbicara mengenai masalah


kesihatan jiwa secara lebih terperinci dan kesihatan badan yang diperlukan
jiwa. Hamka memberi tajuk “Kesihatan Jiwa dan Badan.”

• Pada Bab 5 (halaman 197-227), Hamka membicarakan tentang


permasalahan harta benda dan aspek-aspek yang berkait dengan
kebahagiaan yang disebabkan kekayaan harta benda yang dimiliki manusia.
Analisis Isi Buku Tasawuf Modern

• Dalam membangunkan hidup bertasawuf, Hamka berlandaskan dengan


kekuatan Aqidah.

• Sebab dengan kekuatan inilah, perjalanan tasawuf akan terhindar dari


bentuk-bentuk kemusyrikan yang sering kali terjadi pada seorang sufi.
• Hamka menyedari, bahawa perjuangan dakwah di Indonesia ini telah
halangan, atau dalam bahasa Hamka “macet” dengan sebab
utamanya iaitu pengaruh ajaran tasawuf yang telah bertukar daripada
tauhid beralih ke fahaman ittihad atau wihdatul wujud.

• Dalam pengertian al-Iman, Hamka mendefinisikan dengan makna


percaya. Percaya bahawa ia dibina berdasarkan amalan yang dimiliki
oleh perbuatan luaran dan batin.
Konsep Tasawuf
Menurut Hamka
1. Konsep Hawa Nafsu
2. Konsep Ikhlas
3. Konsep Khauf
4. Konsep Zuhud
5. Konsep Tawakkal

Anda mungkin juga menyukai