Anda di halaman 1dari 36

MEMERTABATKAN

AMALAN GURU
MATEMATIK
Tn. Hj. Jalani bin Hj. Hussain, M.Mgt(UPM),B.Sc(UTM),Dip.Sc(UTM)
PENGENALAN
 Memaksimum keberhasilan murid bagi setiap
ringgit adalah agenda penting memperkasa
pendidikan negara. Pada 2011, 16% daripada bajet
tahunan negara dibelanjakan untuk pendidikan dan
ia merupakan bahagian paling besar antara semua
kementerian.
 Keberhasilan murid menyentuh kualiti ilmu dan
kemahiran yang meningkat, upaya literasi subjek
dan numerasi yang bertambah, literasi ICT yang
sifatnya terkini, daya komunikasi yang membina
asas persefahaman dan perpaduan dan kualiti etika
serta akhlak yang boleh dijadikan sumber ikutan.
 Antara strategi yang paling penting ialah memanfaatkan
peluang kecekapan dengan mengagihkan peruntukan
kepada bidang yang amat relevan, iaitu peningkatan
kemahiran dan latihan keguruan.
 Sifat ilmu dan kemahiran adalah dinamik terutama dalam
bidang sains, teknologi dan ICT. Keperluan latih-semula
(retraining), perkasa semula (retooling) adalah penting
supaya ada relevannya apa yang diajar dengan
keperluan semasa pasaran.
 Keluarga berpendapatan rendah akan terus menerima
bantuan yang diperlukan bagi memastikan anak-anak
mereka terus bersekolah, manakala keluarga
berpendapatan lebih tinggi, yang lebih berkemampuan
pula akan menerima bantuan lebih rendah.
 Perbelanjaan permulaan operasi sebanyak RM1 bilion
bagi tempoh 2013-2015 telah dikenal pasti untuk
penjimatan dan penjajaran semula, dan pada masa sama
kajian semula perbelanjaan pembangunan akan terus
dijalankan. Strategi keberhasilan murid bagi setiap ringgit
ini diharapkan menjadikan proses mengurus pendidikan
lebih telus, berhemat dan cermat.
 Kita memerlukan generasi penerus yang memiliki kualiti
ilmu dan kemahiran yang sifatnya sezaman dan dalam
masa sama memiliki watak dan sahsiah yang menjadi
sumber teladan dan ikutan.
PERANAN ANDA DALAM
MEMAKSIMUMKAN
KEBERHASILAN MURID
 Keberhasilan murid ialah pembangunan modal insan
yang berkualiti.
 Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat
sekolah yang paling penting bagi keberhasilan murid.
 Sebaik mana kualiti sesuatu sistem pendidikan itu
dirangka dan dibangunkan tidak memberi sebarang
makna jika kualiti individu guru itu sendiri tidak terlebih
dahulu dipertingkatkan dari aspek komitmen dan
kompetensi
FUNGSI DAN TUGAS GURU
PROFESIONALISME
 Menyerahkan kebudayaan kepada anak didik berupa
kepandaian, kecakapan dan pengalaman-pengalaman
 Membentuk kepribadian anak yang harmonis sesuai cita-
cita dan dasar negara kita.
 Menyiapkan pelajar menjadi warga negara yang baik.
 Sebagai perantara dalam belajar.
 Guru adalah sebagai pembimbing untuk membawa
pelajar ke arah kedewasaan.
 Guru sebagai penghubung antara sekolah dan
masyarakat.
 Guru sebagai penegak disiplin.
 Guru sebagai perencana kurikulum
 Guru sebagai pemimpin.
 Guru sebagai sponsor dalam kegiatan anak-anak
1. Fasilitator
Sebagai fasilitator guru dapat menjadi fasi yang memberi
kemudahan dalam Pdp.

2. Motivator
Sebagai motivator guru mesti membimbing pelajar agar
bersemangat dan aktif belajar.

3. Informator
Sebagai informator guru boleh menjadi pusat informasi
perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi selain
bahan pelajaran untuk setiap mata pelajaran.
4. Rolemodel
Sebagai contoh yang baik dari setiap sudut
terutamanya akhlak dan sahsiah.

5. Inisiator
Sebagai inisiator guru boleh menjadi pencetus
kepada idea-idea kemajuan dalam pendidikan.

6. Demonstrator
Guru boleh menjadi demonstrator dengan
menunjukkan secara lansung contoh isi pelajaran.
Contohnya subjek Kemahiran Hidup.
7. Pengurus
Guru boleh mengawal kelas dengan baik karana kelas
adalah tempat utama berkumpulnya pelajar dan di situ
tempat paling utama pelajar menerima isi pelajaran
dari guru.

8. Supervisor
Guru hendaklah membantu pelajar memperbaiki dan
menilai secara kritis terhadap proses PdP.
CABARAN GURU ABAD KE-21
 Melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam
komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).
 Guru-guru perlu terlebih dahulu melengkapkan diri
dengan kemahiran-kemahiran tersebut sebelum dalam
melaksanakan pengajaran dengan berkesan.
 Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang
diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai
kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan
lebih mendalam
CIRI-CIRI GURU ABAD 21

Antara ciri-ciri guru abad 21 ialah:

 Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum.

 Memiliki kemahiran kaunseling.

 Menggunakan teknologi terkini.

 Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka

 Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi.

 Memahami psikologi pembelajaran.


PERKEMBANGAN PROFESIONAL DI
KALANGAN GURU

 Deskriptif : Perkembangan profesional merujuk


kepada cara bagaimana evolusi seorang guru
mengambil tempat atau berperanan sepanjang
kariernya.

 Preskriptif : menghubungkan faktor latihan dalam


mencorak sikap profesionalisme sebagaimana
yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993).
 Day (1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai
hasil dari suatu proses pemikiran profesional dan
tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses
ini melibatkan penyemakan semula, pembaharuan dan
peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen
perubahan terhadap tujuan pengajaran.
 Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses
yang berterusan berserta latihan yang membina yang
membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah
dalam pemdidikan. Ia juga membolehkan guru mendidik
pelajar sehingga pelajar mampu berdepan dengan
cabaran hidup di luar sekolah dan juga memikul
tanggungjawab di zaman kerjanya nanti pada tahap yang
membanggakan (AFT, 2000).
Ciri-ciri
Guru Profesional

SAHSIAH KETERAMPILAN ILMU


PEMBANGUNAN MODAL INSAN

 Pembangunan modal insan : proses pembangunan


sumber manusia yang mampu menyumbang secara
aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara (Khalijah Mohd Salleh, 2007).

 Al-Na’miy (1994) : manusia sebagai insan yang


disempurnakan sifatnya dengan akal, potensi diri dan
kemahiran bertujuan untuk memahami, menguasai ilmu
dan menonjolkan keupayaan seseorang serta mampu
untuk meneroka kehidupannya dan menjauhkan mara
bahaya dari menimpanya.
CABARAN YANG MEMPENGARUHI
GURU DALAM PERKEMBANGAN
PROFESIONALISME.
 Cabaran Daripada Pihak Sekolah
 Cabaran Daripada Murid

 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu


bapa.
 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan
Negara
 Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa

 Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan


PEMBELAJARAN

PEMENTORAN KURSUS

PROGRAM

CADANGAN MEMBANGUNKAN
PROFESIONALISME GURU

BIMBINGAN

REFLEKSI MODEL BARU

KERJA
KUMPULAN
KESIMPULAN
 Perkembangan profesional guru ini sangat penting
kerana gurulah yang mendidik anak bangsa kita. Harus
diingat bahawa pendidikan itu adalah nyawa, roh dan
nadi pada sesuatu bangsa dan negara. Identiti sesuatu
bangsa ditentukan oleh pendidikan. Ertinya
pendidikanlah yang akan menentukan maju atau
mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun atau tidak,
berani atau penakut, bersatu atau berpecah, berjiwa
besar atau kecil dan ada cita-cita atau tidak. Pendidikan
jugalah yang akan menentukan hala tuju sesuatu
bangsa di sesebuah negara samada bangsa itu menjadi
satu bangsa yang baik atau jahat, lembut atau kasar,
bangsa yang individunya memikirkan diri sendiri atau
memikirkan bangsa, agama dan negaranya.
SEKIAN TERIMA KASIH
ARIGATOU GOZAIMATSU
THANK YOU
Sistem Pementoran
 Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana
seorang guru yang lebih berpengalaman bertindak
sebagai ‘role model’, penasihat dan pembimbing
kepada guru lain yang kurang berpengalaman
untuk memindahkan perkembangan profesional
dan peribadinya.

BACK
Pembelajaran Seumur Hidup
 Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada
guru membaca, menulis dan membuat penyelidikan
tindakan. Guru yang mempunyai berijazah boleh
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

BACK
Program Perkembangan Staf
 Mengadakan program perkembangan staf. Diantara
peranan yang dimainkan oleh perkembangan staf
termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan
ilmu, ketrampilan dan kepakaran staf, membina
semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

BACK
Kursus Jangka Pendek
 Menjalankan kursus jangka pendek seperti Kursus
Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus.
Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan
kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-
kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan
trend-trend pengajaran dan pembelajaran.

BACK
Amalan Refleksi
 Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan
reflektif di kalangan guru di sekolah.
 Refleksi ini ialah satu proses ingin tahu terhadap sesuatu
secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik
terhadapnya. Guru yang berjaya adalah guru yang
menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan
hariannya.
BACK
Bimbingan Rakan Sekerja
 Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program
Bimbingan Rakan Sekerja. Ia adalah satu program untuk
melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah
melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan
komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan
perkongsian amalan pengajaran.
BACK
Kerja Berkumpulan
 Membudayakan kerja berkumpulan di sekolah masing-
masing. Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang
guru bekerja bersama untuk merancang, melaksanakan
dan menilai aktiviti pembelajaran untuk sekumpulan
pelajar yang sama.
 Kelebihan cara ini ialah dapat meningkatkan prestasi
pelajar dari sudut bertambahnya tanggungjawab
terhadap pembelajaran. Pendedahan kepada skil dan
pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh
membina kefahaman yang lebih matang.

BACK
Menjalankan Model Baru
 Pihak kementerian atau pihak swasta diharapkan tampil
dengan model-model baru dalam meningkatkan
pembangunan profesional guru.
 Model Kitar Penyelesaian Masalah

 TRIZ – Theory of Inventive Problem Solving

BACK
Sahsiah
a. Bertaqwa
b. Berakhlak
c. Berperibadi mulia
d. Mempunyai komitmen
e. Bersopan santun
f. Bersikap positif
g. Berkebolehan memimpin BACK
h. Mengamalkan budaya ilmu
Keterampilan
a. Merancang PdP
b. Mengurus PdP
c. Memilih strategi PdP
d. Kemahiran teknologi
e. Kemahiran generik
f. Kemahiran Kaunseling
g. Menilai PdP
BACK
Ilmu
a. Isi kandungan subjek
b. Pedagogical Content Knowledge
c. Bahan Bantu Mengajar
d. Kaedah Pembelajaran

BACK

Anda mungkin juga menyukai