Anda di halaman 1dari 20

KACANG BOTOR

NAMA BOTANI: PSOPHOCARPUS TETTRAGONOLOBUS (L.) DC


FAMILI : LEGUMINOSAE
NAMA INGGERIS : WINGED BEAN
NAMA LAIN : KACANG KELISA
Pokok kacang botor dipercayai berasal dari dari kawasan Asia Tenggara dan merupakan
tumbuhan iklim panas. Pokok ini adalah sejenis saka tetapi biasanya ditanam sebagai
pokok semusim. Penanamannya menggunakan biji benih atau keratan batang dan ia
mudah tumbuh. Di kawasan rumah, tanaman ini biasanya ditanam berhampiran pagar
supaya ia dapat memanjat pagar tersebut. Lenggai lenggainya berukuran sehingga 35 cm
panjang dan keratan rentasnya seakan-akan empat persegi. Pada keempat-empat penjuru
lenggainya ada ‘kepak’. Lenggai-lenggainya muda dimakan sebagai sayur ulam mentah
atau direbus dan juga dibuat kerabu.
KACANG BUNCIS

NAMA BOTANI : PHASEOLUS VULGARIS L.


FAMILI : LEGUMINOSAE
NAMA INGGERIS : KIDNEY BEAN, FRENCH BEAN

Pokok kacang buncis merupakan tanaman semusim yang berasal dari Amerika Tengah. Pokok ini
tumbuh baik di kawasan cuaca panas. Pokoknya rimbun dan jenis memanjat. Penanamannya adalah
dengan menggunakan biji benih yang terdapat dalam beberapa warna seperti putih, coklat, hitam atau
bertompok dan ditanam terus di ladang. Penuaian hasil yang berupa lenggai muda dilakukan 6-7
minggu selepas ditanam mengikut varieti. Lenggai-lenggai ini berbentuk lurus atau bengkok sedikit
dengan hujungnya tajam seperti paruh burung. Terdapat beberapa biji benih di dalam satu lenggai.
Sayur ini biasanya dimakan setelah dimasak seperti dibuat sayur tumis atau dicampur di dalam kari atau
masak lemak.
KACANG PANJANG
KACANG SOYA

NAMA BOTANI : GLYCINE MAX (L.) MERRIL


FAMILI : LEGUMINOSAE
NAMA INGGERIS : SOYA BEAN

Pokok kacang soya berasal dari kawasan Asia Timur. Pokok tanaman semusim yang kecil ini tumbuh
tegak, mempunyai batang serta daun yang berbulu. Penanamannya menggunakan biji benih yang
ditanam terus di ladang. Pemetikan hasil biji benih dilakukan lebih kurang tiga bulan selepas ditanam.
Biji benih ini digunakan dalam pembuatan sayur pucuk dan tauhu yang boleh dibuat pelbagai masakan.
Tempe ini juga dibuat daripada kacang soya. Biji benih yang dicambahkan menjadi tauge kasar. Ada
juga varieti yang ditanam untuk kegunaan biji benih muda. Dalam hal ini, pokoknya dipotong 60-70 hari
selepas ditanam semasa lenggai masih hijau. Lenggai direbus dan biji benih dimakan sebagai sayur.
Makanan daripada kacang soya mengandungi protein yang tinggi.
KACANG HIJAU

NAMA BOTANI : VIGNA RADIATA (L.) WILCZK


FAMILI : LEGUMINOSAAE
NAMA INGGERIS : MUNG BEAN
Tanaman semusim ini berasal dari India. Pokoknya kecil, tumbuh tegak dengan daun bercabang tiga.
Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning dengan buah dalam bentuk lenggai kecil yang panjangnya
5-10 cm. Lenggai-lenggai ini diselaputi oleh bulu dan di dalamnya terdapat banyak biji benih yang
berwarna hijau. Penanamannya menggunakan biji benih. Biji benih ini kaya dengan protein dan
digunakan dalam pelbagai jenis kuih-muih. Sebagai sayuran, biji benihnya dicambahkan untuk
mengeluarkan anak benih yang dikenali sebagai tauge. Sayur tauge digunakan dalam pelbagai juadah
dan boleh juga menjadi bahan penghias yang dimakan mentah.
KAILAN
SAWI PUTIH
BAYAM
PAKU MIDING

NAMA BOTANI : STENOCHLAENA PALUSTRIS (BURM.) BEDD.


FAMILI : BLECHNACEAE
NAMA INGGERIS : MAIDEN FERN
Pokok paku miding terdapat tumbuh dengan sendiri di kawasan hutan, kebun atau
tanah lapang yang lembap. Pokok paku ini tumbuh menjalar di atas permukaan
tanah dan akan memanjat sekiranya ada batang pokok berhampiran. Daunnya jenis
pinat. Daun yang tidak terdapat spora, mempunyai tepi yang bergerigi. Saiz daun
pinat yang subur lebih kecil dan spora terdapat di bahagian bawah daun. Daun baru
pokok ini berwarna kehijau-hijauan atau kemerah-merahan. Bahagian yang dimakan
ialah pucuk daun yang boleh dimakan sebagai ulam rebus, kerabu, masak lemak atau
masak goreng belacan. Pucuk paku ini dipercayai mempunyai nilai perubatan
tradisional seperti boleh mengubati demam.
KANGKUNG

NAMA BOTANI : IPOMEA AQUATICA FORSK, IPOMEA REPTANS (L.) POIR


FAMILI : CONVOLVULACEAE
NAMA INGGERIS : WATER SPINACH, WATER GLORYBIND

Pokok kangkung banyak terdapat tumbuh melata di tanah lembap atau berair. Tumbuhan ini dipercayai
berasal dari kawasan selatan China. Dahulunya ia merupakan rumput tropika, tetapi sekarang telah
menjadi sayuran yang digemari. Pokok ditanam menggunakan biji benih atau keratan batang. Hasil
kangkung boleh dituai 30-40 hari selepas ditanam. Pokok ini dituai dengan memotong batang muda di
atas permukaan tanah. Terdapat dua jenis kangkung iaitu kangkung air dan kangkung darat yang boleh
ditanam di atas batas. Kangkung darat mempunyai daun yang kecil dan panjang runcing sementara
daun kangkung air pula lebih lebar. Sayur kangkung dibuat masak tumis kicap, masak lemak putih,
direbus atau dimakan dengan sambal dan pecal.
CEKUR MANIS

NAMA BOTANI : SAUROPUS ANDROGYNUS MERR.


FAMILI : EUPHORBIACEAE
NAMA INGGERIS : SWEET SHOOT
NAMA LAIN : ASIN-ASIN
Pokok cekur manis merupakan pokok jenis saka yang boleh hidup dalam pelbagai jenis tanah.
Pembiakannya adalah dengan menggunakaan keratan batang atau biji benih. Penanaman daripada biji
benih akan mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan hasil. Jika menggunakan keratan,
batang yang separa keras di tanam di tempat semaian terlebih dahulu atau ditanam terus di ladang.
Penuaian hasil dilakukan empat bulan selepas ditanam. Hasil yang dipetik ialah tunas dan daun muda
yang batangnya tidak berkayu. Untuk pengeluaran daun muda yang berterusan, pokok perlu dicantas
dari masa ke semasa. Daun cekur manis dimakan sebagai sayur rebus atau dibuat gulai lemak putih
bersama-sama ubi keledek.
UBI KELEDEK

NAMA BOTANI : IPOMEA BATATAS (L.) LAM


FAMILI : CONVOLVULACEAE
NAMA INGGERIS : SWEET POTATO
Pokok keledek ialah tanaman saka di kawasan tropika. Batangnya menjalar di atas permukaan tanah,
sementara sebahagian akarnya yang terdapat berhampiran permukaan tanah membengkak menjadi ubi.
Penanamannya boleh dilakukan dengan dua cara iaitu iaitu menggunakan ubi atau keratan batang.
Penuaian hasil ubi dilakukan 4-5 bulan selepas ditanam. Terdapat banyak jenis keledek dengan bentuk
daun atau ubi yang berlainan. Selain itu bunga atau isi ubi juga mempunyai warna yang berlainan.
Sebagai sayuran, ubi keledek dicampur dalam gulai lemak atau sayur manis. Selain itu, daun pucuk pula
dibuat ulam rebus yang dimakan dengan sambal.
LOBAK MERAH

NAMA BOTANI : DAUCUS CAROTA L.SUBSP. SATIVUS


FAMILI : UMBELLIFERAE
NAMA INGGERIS : LOBAK MERAH

Tanaman dua musim ini berasal dari kaawasan Asia Barat. Pada amnya pokok lobak merah merupakan
tanaman hawa sejuk yang ditanam juga di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika. Pokok ini
memerlukan suhu yang rendah untuk pengeluaran bunga dan seterusnya untuk pembentukan biji benih.
Bunganya banyak dan kecil membentuk ‘kepala’ menyerupai bentuk payung yang terbuka. Penanaman
pokok ini mengunakan biji benih. Bahagian yang dimakan ialah akar tunjang yang membesar menjadi
ubi yang berwarna kuning atau merah. Saiz atau warna ubi berbeza-beza mengikut varieti. Ubi merah
yang kaya dengan beta karotena, boleh dimakan mentah atau dimasak.
UBI KENTANG

NAMA BOTANI : SOLANUM TUBEROSUM L.


FAMILI : SOLANACEAE
NAMA INGGERIS : IRISH POTATO
Tanaman jenis herba semusim ini berasal dari benua Amerika. Pokok ubi kentang kecil dan bercabang
dengan buah jenis beri yang tidak boleh dimakan. Di pangkal batang di bawah tanah terdapat ubi.
Pembentukan ubinya dipengaruhi oleh suhu dan panjang hari. Biasanya suhu yang rendah dan iklim
yang lembap menggalakkan pembentukan ubi. Oleh itu tanaman ini terdapat di kawasan iklim
sederhana dan di tanah tinggi tinggi di kawasan tropika. Pada ubinya terdapat banyak mata tunas. Oleh
itu ia boleh digunakan sebagai bahan tanaman. Penuaian ubi kentang dilakukan apabila daun dan
batang di atas tanah bertukar menjadi kuning. Ubi kentang digunakan dalam pelbagai hidangan seperti
gulai daan kuih-muih.
LOBAK PUTIH

NAMA BOTANI : RAPHANUS SATIVUS L. VAR. / HORTENSIS BACKER


FAMILI : CRUCIFERAE
NAMA INGGERIS : CHINESE RADISH
Lobak ialah tanaman jangka pendek. Daun pokok ini berpasangan dan berlekuk-lekuk. Penanamannya
menggunakan biji benih di atas batas, dan kemudian dijarangkan. Hasilnya dituai 7-9 minggu kemudian
mengikut jenis. Tanah peroi lebih baik untuk pembentukan ubi. Bahagian yang dituai ialah akar yang
membengkak yang membentuk ubi. Ubi ini berwarna putih dan berbentuk panjang tirus. Ubi ini dituai
semasa masih muda dan lembut. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayuran. Ubi ini boleh dibuat
karii, gulai lemak, sup atau tumis berlada.
UBI KAYU

NAMA BOTANI : MANIHOT ESCULENTA CRANTZ


FAMILI : EUPHORBIACEAE
NAMA INGGERIS : TAPIOCA ; CASSAVA
Pokok ubi kayu merupakan tumbuhan tropika jenis saka. Pokok ini ditanam dengan dengan mudah iaitu
menggunakan keratan batang. Akarnya membesar menjadi ubi yang dituai 6-12 bulan selepas ditanam.
Ubi biasanya berbentuk silinder panjang dan meruncing ke hujung. Isi ubi berwarna putih dan kuning.
Buahnya jenis kapsul keras dan mengandungi beberapa biji. Daun muda dimakan sebagai sayur rebus
bersama-sama sambal atau dibuat gulai lemak.
TOMATO
TERUNG
PETOLA SEGI

NAMA BOTANI : LUFFA ACUTANGULAR (L.) ROXB.


FAMILI : CUCURBITACEAE
NAMA INGGERIS : ANGLED LUFFAH
Tanaman semusim ini berasal dari India. Pokok petola segi ialah jenis memanjat dan mempunyai bunga
jantan dan bunga betina yang berasingan. Penanamannya menggunakan biji benih yang berbentuk
bujur, leper dan berwarna hitam. Hasil buah muda mula dituai selepas dua bulan ditanam. Buah petola
berbentuk bujur panjang sehingga 60 cm dan mempunyai alur-alur memanjang. Terdapat banyak biji
benih di dalam buah petola. Buah-buah muda dituai dan dimakan sebagai sayuran selepas dimasak.
Semakin tua, buah menjadi keras, kering dan kulit buah bertukar kepada warna coklat.
KUNDUR

NAMA BOTANI : BENINCASA HISPIDA (THUNB.) COGN.


FAMILI : CUCURBITACEAE
NAMA INGGERIS : WAX GOURD
Pokok kundur ialah tanaman semusim yang berasal dari Indonesia. Pokok jenis herba ini mempunyai
batang yang berwarna hijau, bersegi dan berbulu serta mengeluar sulur paut yang digunakan untuk
memanjat. Terdapat bunga jantan dan bunga betina yang berasingan dan daunnya pula mempunyai
tangkai daun yang besar. Penanamannya menggunakan biji benih. Buah muda diselaputi bulu-bulu
yang halus dan setelah matang, kulit buah ini akan dilitupi oleh sejenis debu putih. Buahnya berbentuk
bulat dan panjang. Bahagian yang digunakan di dalam masakan ialah buah muda yang masih kecil atau
buah yang telah mencapai saiz matang dan juga pucuk daun.

Anda mungkin juga menyukai