Anda di halaman 1dari 25

PERSAMPELAN

DISEDIAKAN OLEH :

NIK NUR IDDAYA BINTI ZURIZA

NUR AZWA NASHRA BINTI ADNAN

IDING ANAK CHANGGAU

SITI NURRAISYAH BINTI IBARAHIM


SAMPEL
– Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang
menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji.

– Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai 1200 orang pelajar Sains,


maka kumpulan tersebut dikenali sebagai populasi dan 240 orang
pelajar daripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan,
maka 240 orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel.
– Realitinya, keinginan pengkaji adalah untuk menyelidik populasi yang telah
dikenal pasti dalam sesuatu penyelidikan.
– Tetapi, faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai dan meliputi
kawasan yang luas menyukarkan pengkaji untuk berbuat demikian.
– Aktiviti mencari dan menghubungi semua ahli populasi akan memakan
masa dan perbelanjaan yang tinggi.
– Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa memilih sampel untuk diselidiki.
POPULASI
Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan
memperoleh manfaat daripada dapatan yang diperoleh hasil
pengkajian saintifik ke atas sampel.
POPULASI SASARAN

– Populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta
dijadikan asas untuk membuat generalisasi.
– Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat diperoleh.
– Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan
ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006).
POPULASI CAPAIAN

– Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan pengkaji
dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan kajian.

– Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran, populasi capaian dan sampel adalah
seperti berikut:

– Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan Komputer


terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor.
– Populasi sasaran: semua murid tahun lima di Selangor
– Populasi capaian: semua murid tahun lima di daerah Hulu langat, Selangor
– Sampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat, Selangor.
PERSAMPELAN

– Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat, atau


fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji.
– Persampelan merupakan proses memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat, atau
fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar (orang,
institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih.
– Tujuan persampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi (orang,
institusi, tempat, atau fenomena).
– Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi
dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji
mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi
berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut.
– Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah
berkenaan dari populasi yang disasarkan.
Persampelan Kebarangkalian
(secara rawak)

– Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis


kuantitatif.
– Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel
secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang
terdapat dalam populasi kajian.
– Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu
mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi.
– Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah
persampelan rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan
kebarangkalian.
Persampelan bukan
kebarangkalian (secara tak rawak)

– Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya


diguna pakai oleh pengkaji dalam penyelidikan bersifat kualitatif.
– Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel
daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan
kriteria yang ditetapkan.
– Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti
pendapat guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar.
– Beliau memilih 30 orang guru daripada populasi guru seramai
180 orang yang telah mengajar di sekolahnya.
- Guru-guru berkenaan dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut;
(a) pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun,
(b) ahli koperasi guru,
(c) pernah menjadi ahli jawatankuasa penggubalan dasar
sekolah.
- Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri
tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi
sampel penyelidikan pengetua.
Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis persampelan kebarangkalian
dan persampelan bukan kebarangkalian.
Persampelan Kelompok

 Digunakan apabila timbul kesulitan seperti sukar mendapat senarai


ahli populasi, atau tiada peruntukan untuk pergi ke semua lokasi
kajian.
 Perkara yang disampelkan ialah kelompok orang, peristiwa dan
sebagainya.
 Sampel dipilih mewakili sampel lain yang tidak dilibatkan dalam
kajian.
 Kumpulan atau kelompok dipilih secara rawak dan bukannya
individu.
 Lebih praktikal dan ekonomi jika dibandingkan dengan kaedah
persampelan lain.
 Berkemungkinan besar pemilihan sampel tidak mewakili penduduk.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai