Anda di halaman 1dari 18

 Perhubungan media dianggap sebagai salah satu aktiviti

perhubungan awam yang terpenting.


 Perhubungan media merupakan salah satu daripada kegiatan
komunikasi yang dirujuk sebagai kaedah atau penggunaan media
yang diaplikasikan oleh organisasi dalam kegiatan perhubungan
awam mereka untuk berkomunikasi dengan publik.
 Tugas perhubungan media di kalangan perhubungan awam adalah
berbagai jenis.
 Konsep perhubungan media adalah dirujuk sebagai suatu usaha
komunikasi yang dilaksanakan menggunakan saluran media dengan
melibatkan suatu pengurusan hubungan kerjasama antara agensi
atau institusi media yang diwakili oleh petugas-petugasnya.
 Proses perhubungan media mestilah melibatkan komunikasi dua
hala.
Pengurusan Perhubungan Media
 Melalui perhubungan media segala strategi komunikasi melibatkan
penggemblengan kaedah, mesej dan saluran media akan diselaras
oleh pengamal PR untuk menghasilkan suatu mekanisme
penyebaran maklumat atau berita kepada audiens.

 Audiens merupakan manusia biasa yang sentiasa hidup dan


berkomunikasi.

 Dianggarkam manusia menghabiskan masa harian sebanyak 75%


untuk berkomunikasi.

 Bagi mereka yang bekerja, komunikasi teragih kepada situasi untuk


mendengar 45%, bercakap 30%, membaca 15% dan menulis 10%.
Pengurusan perhubungan media adalah
dimatlamatkan untuk memenuhi dua tujuan yang
utama, iaitu:
1. Untuk mendorong berlakunya liputan media atau maklumat yang
akan dilakukan oleh orang media sama ada media cetak atau
elektronik.
2. Untuk membekalkan atau menyediakan berita atau maklumat
seperti yang diperlu atau diharapkan oleh pihak media.

Pendekatan yang biasa diaplikasikan oleh organisasi


bagi pelaksanaan aktiviti perhubungan media
adalah melalui:
1. Pengendalian sidang media atau sidang akhbar.
2. Penyediaan siaran media, siaran berita, siaran akhbar atau
kenyataan akhbar.
3. Penglibatan dalam sesi temubual media (radio dan televisyen).
Beberapa panduan perhubungan media perlu
dipatuhi dan atau diikuti. Antaranya ialah:

1. Bersikap jujur dan adil.


2. Menyediakan perkhidmatan yang baik.
3. Tidak memaksa atau mengemis untuk mendapatkan liputan.
4. Tidak meminta berita yang telah disebarkan kepada orang media
untuk disembunyikan.
5. Tidak membanjiri pihak media dengan siaran berita/akhbar.
6. Menyimpan maklumat mengenai agensi media yang terkini. Senarai
media harus sentiasa dekemaskinikan.
Penyediaan Berita untuk Perhubungan Media Berita yang
disediakan haruslah sesuai dengan media yang menjadi
sasaran. Contohnya, jangan hantar gambar bersama berita
kepada stesen radio. Editor radio dan televisyen yang
berpengalaman memberi panduan, antaranya:

1. Menghantar hanya satu isyarat sahaja, dan siaran tersebut perlu


dihantar kepada orang media yang b/jawab.
2. Menyediakan penulisan siaran berita dalam bentuk pertuturan yang
biasa, serta hadkan kandungan kepada apa yang boleh disampaikan
dalam masa siaran yang ringkas atau pendek.
3. Menghantar siaran berita tepat pada waktunya.
4. Membuat panggilan telefon kepada bahagian berita bagi tujuan
pengesahan penerimaan atau penyiaran.
5. Memahami audiens. Tidak menghantar berita mengenai ekonomi
dan sukan kepada stesen radio hiburan, atau berita fesyen kepada
editor ekonomi.
Bagi mengurus sesi sidang akhbar, seseorang pengamal PR perlulah
mematuhi beberapa prinsip atau panduan. Antara prinsip dan panduan
yang perlu dilakukan antaranya ialah:

1. Memilih dan membuat undangan kepada wartawan media


2. Menghubungi media melalui telefon sehari (24jam) sebelum majlis sidang
akhbar diadakan
3. Membuat catatan kehadiran di kalangan wartawn dan juga mereka yang
diundang
4. Jurucakap organisasi atau prgawai utama organisasi yang menjadi tuan
rumah perlu memahami dan mengetahui maklumat mereka yang hadir
serta subjek utama sidang akhbar
5. Membuat pilihan dan memastikan mereka yang bakal diundang secara teliti
agar sidang media/akhbar tidak dijadikan tempat untuk mendapatkan atau
menonjolkan publisiti di kalangan undangan
6. Merancang sidang media/akhbar secara terperinci agar penjadualan
aturcara dapat dilakukan dengan tertib bersesuaian dengan majlis
7. Memastikan bahan untuk sidang akhbar turut dihantar (selepas sesi)
kepada wartawan yang berminat tetapi tidak dapat hadir sebagai tanda
hormat dan strategi penyebaran maklumat.
Panduan penting bagi penyediaan draf siaran akhbar ialah:

1. Menyediakan draf yang ringkas


2. Pada bahagian atas, kiri dan kanan pastikan terdapat ruang kosong yang
bersesuaian bagi editor akhbar untuk menulis sebarang arahan yang
berkaitan dengan penerbitan
3. Mengelak daripada menyediakan siaran akhbar menggunakan ruang satu
langkau(single spacing) antara baris ke baris. Gunakan sekurang-kurangnya
satu setengah langkau atau sebaik-baiknya dua langkau.
4. Menulis siaran akhbar pada sebelah halamn kertas sahaja.
5. Menulis tarikh di bahagian atas bagi memudahkan editor mengetahui sama
ada berita berkenaan masih bersifat semasa atau sebaliknya.
6. Menulis maklumat “untuk siaran serta merta” di sebelah atas kanan,
kecuali penyiaran berkenaan ditentukan tarikh dan masa penyiarannya.
7. Menulis tajuk yang ringkas, berfakta dan boleh menarik perhatian.
8. Mengelak daripada menulis berdasarkan pendekatan pengenalan, isi dan
penutup.Penulisan berita tidak mengandungi bahagian penutup, Siaran
berita ditulis dengan maklumat penting dan berakhir dengan maklumat
sokongan.
Kebaikan Keburukan
 Tarikan secara tampak, bunyi  Mesej terbatas kerana masa yang
dan pergerakan terhad
 Membolehkan demonstrasi  Tidak ada ruang atau peluang
fizikal mengenai produk kepada audiens untuk merujuk
 Kepercayaan terhadap mesej mesej (kecuali dirakam)
yang dapat disampaikan dengan  Sukar untuk menyelaras waktu
cepat kerana tidak bertangguh tontonan dengan masa luang
 Penggunaan sumber yang banyak
 Mesej mengandungi impak yang
 Liputan yang terbuang
banyak/tinggi
 Kos penerbitan yang tinggi
 Jumlah audiens yang ramai  Pengaruh atau masalah tenikal
 Identifikasi produk yang lebih (pemancaran atau transmisi)
baik
 Saluran yang popular
Kebaikan Keburukan
 Dapat menentukan pilihan  Kos yang tinggi jika edaran
edaran mesej mengikut dibuat secara meluas
geografi  Hanya mesej yang singkat
 Mudah untuk  Pengedaran yang membazir
menukar/menjadual/memperb  Terdapat perbezaan format
aiki maklumat dan mesej dan pendekatan penyiaran
 Boleh dibaca oleh majoriti antara akhbar
peringkat audiens  Wujud perbezaan persepsi
terhadap akhbar
 Mempunyai faktor pengkali
 Terdapat masalh teknikal yang
sebaran mesej yang tinggi
di luar kawalan – reproduction
 Kos yang lebih murah warna yang tidak
 Perantara atau saluran yang menarik/seimbang
dianggap baik untuk
organisasi
pembuatan/pengedaran
barangan.
1. Kandungan: Analisis atau penilaian mengenai kandungan siaran berita
perlulah dapat menjawab soalan-soalan berikut:

 Adakah maklumat atau berita tersebut akan menarik minat audiens?


 Adakah maklumat yang terkandung dalamsiaran tersebut menjawab
kesemua persoalan yang mungkin dikemukakan oleh publik?
 Adakah kepentingan atau signifikan berita itu dijelaskan berdasarkan
persepsi audiens?
 Adakah siaran tersebut mempunyai nilai berita yang mencukupi dan
mampu bersaing dengan siaran lain?
 Adakah berita ini berguna kepada organisasi? Adakah ia dapat mencapai
objektif organisasi
 Adakah publisiti yang akan diperolehi menggambarkan karektor dan
jenis institusi yang diwakili?
 Adakah fakta, nama dan tarikh yang betul?
2. Gaya dan Struktur: Persoalan yang perlu dijawab untuk memastikan
gaya dan struktur siaran berita dapat dirancang dengan baikmerangkumi
persoalan yang berikut:

 Adakah pendulu berita itu mampu menarik perhatian dan minat pembaca
atau penonton?

 Adakah fakta dan penjelasan berita itu selaras dengan pendulu berita?

 Adakah siaran itu jelas, padat dan ringkas?

 Adakah siaran itu ditulis dengan cara dan gaya berita sehingga ia tidak
boleh dikatakan sebagai percubaan untuk mendapat iklan percuma?

 Adakah semua maklumat dipersembahkan secara dramatik tanpa


berlebih-lebih?
Penulisan Perhubungan Awam

◦ Dilaksanakan bagi mewujudkan sifat positif di antara organisasi


dan publik.
◦ Penulisan PR digunakan untuk memberitahu orang ramai secara
jujur tentang sesebuah organisasi.
◦ Penulisan PR dibahagikan kepada dua aspek tertentu iaitu
maklumat yang boleh dikawal dan maklumat yang tidak boleh
dikawal.
◦ Maklumat yang boleh dikawal merupakan segala maklumat yang
dikeluarkan oleh organisasi dan dapat dikawal dari segi proses
penyiaran dan penerbitannya.
◦ Maklumat yang tidak boleh dikawal pula merupakan maklumat
yang tidak dapat dikawal penyiarannya oleh organisasi.
 Terdapat beberapa bentuk dan kriteria penulisan PR. Antaranya:

1. Penulisan mengenai maklumat terbaru, khususnya apabila terdapatnya


produk atau perkhidmatan terbaru yang diperkenalkan oleh organisasi.
2. Maklumat mengenai perubahan latar belakang organisasi.
3. Maklumat tambahan mengenai produk atau perkhidmatan yang telah sedia
ada dalam pasaran.
4. Pengiklanan institusi.
5. Penulisan PR turut dihubungkan dengan penulisan rencana artau artikel untuk
disiarkan.
6. Penerbitan tambahan. Penulisan untuk tujuan penerbitan tambahan tersebut
dilakukan berdasarkan sesuatu special event yang dijalankan oleh organisasi.
7. Laporan tahunan dianggap sebagai bentuk penulisan PR yang paling signifikan.
8. Laporan kewangan. Penerbitan laporan kewangan dianggap penting kerana
melalui laporan tersebut, prestasi organisasi dinilai dari segi untung rugi
operasinya.
9. Teks ucapan. Penulisan PR sesebuah organisasi melibatkan peulisan teks
ucapan, khususnya teks ucapan ketua eksekutif (CEO) sesebuah organisasi
berkenaan.
 Strategi Pengurusan Penulisan Perhubungan Awam
 Setiap penulisan PR perlulah melibatkan:

 Proses perancangan yang melibatkan aspek-aspek berikut


1. Pernyataan masalah atau isu
2. Penganalisisan tajuk
3. Penganalisisan audiens sasaran
4. Penentuan objektif penulisan
5. Penentuan saluran penulisan
 Proses penulisan yang melibatkan perancangan
1. Struktur mesej
2. Penentuan pendekatan gaya
3. Pengurusan unsur teks dan visual
 Penggabungan elemen perubahan kognitif dan tingkahlaku audiens, kesan
daripada
1. Penyebaran maklumat
2. Proses mentafsir dan menganalisis maklumat
 Terdapat berbagai kaedah untuk menganalisis proses pengurusan
penulisan. Antara kaedah yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti dan mengkaji tajuk.


2. Menganalisis situasi
3. Tindakbalas merangka objektif dan kaedah tafsiran
4. Membuat pemilihan saluran media. Pemilihan perlu dilakukan dengan
melihat kesesuaian saluran yang dipilih dengan;

i. Minat audiens
ii. Keperluan audiens
iii. Kepuasan audiens
iv. Sokongan audiens
v. Tindakbalas audiens
 Penulisan Perhubungan Awam dan Aras Keterbacaan Audiens

 Penulisan yang dianggap berkesan mestilah difahami dan disukai oleh audiens.

 Dari segi perspektif penulisan, seseorang penulis perlu mengetahu tahap


keterbacaan audiens yang majoriti untuk memastikan bahawa majoriti audiens
dapat mengetahui dan memahami maklumat yang dsampaikan melaui penulisan
tersebut

 Strategi untuk menilai tahap keterbacaan audiens ialah melalui kaedah


pengukuran

 Kaedah pengukuran penulisan PR dan amalan kewartawanan yang biasa


digunakan ialah Indeks Formula Fog Gunning.

 Selain daripada Formula Indeks Fogs Gunning, Formula Flesch turut digunakan
untuk menilai tahap keterbacaan seseorang audiens bahan penulisan
Rumusan

 Perhubungan media merupakan komponen yang amat penting dalam kerja-kerja


seharian seorang pengamal PR.
 Pengamal PR dianggap sebagai orang tengah di antara tiga pihak iaitu organisasi,
publik dan media.
 Pengamal PR bergantung kepada media untuk publisiti manakala media
bergantung kepada pengamal PR untuk berita.
 Hubungan pengamal PR dengan pihak media adalah saling menguntungkan dan
perlu saling mempercayai.
 Hubungan antara organisasi dengan pelanggan di kalangan publik adalah sering
berubah.
 Antara masalah yang wujud dalam perhubungan media adalah tertumpu kepada
masalah menjaga kepentingan.
 Walau apapun perspektif penilaian mengenai perhubungan media tersebut, usaha
untuk memulakan perhubungan media yang harmoni perlu dimulakan oleh
pengamal PR sendiri.

Anda mungkin juga menyukai