Anda di halaman 1dari 40

Topik 4 : Isu-Isu Global dan Kaitannya

Terhadap Negara
• Ketidakseimbangan kekayaan dunia dan
kemiskinan Dunia Ketiga
- Membincangkan ketidakseimbangan kekayaan
dunia dan kemiskinan Dunia Ketiga

• Isu pemakanan dan kesihatan


- Menganalisis kualiti pemakanan dan kesihatan
Dunia Ketiga
Hasil Pembelajaran:
• Menganalisis isu-isu global dan impaknya
terhadap peluang pendidikan untuk semua.
Ketidakseimbangan kekayaan dunia
dan kemiskinan Dunia Ketiga
• Negara maju / industri / utara merujuk kepada
negara yang berpedapatan per kapita tingg,
menikmati taraf hidup yang relatif tinggi melalui
teknologi canggih dan kegiatan ekonomi yang
merata. Contohnya Denmark, Belgium, Belanda,
Jerman, Perancis, UK, USA dan lain-lain lagi.
• Negara dunia ketiga / membangun / selatan
merujuk kepada negara yang per kapita rendah
(pendapatan yang rendah), infrastruktur yang
relatif terbelakang, taraf hidup rendah dan
kegiatan ekonomi yang minimum.
5 richest countries in the world
Gross Domestic Product (GDP) / KDNK 2013
1. Singapore
2. Norway
3. USA
4. United Arab Emirates
5. Switzerland
Singapore US$ 61,567 (S$ 77,457) per
household /isi rumah
Norway US$ 56,663 (S$ 71,288)
USA US$ 51,248 (S$ 64,475)
United Arab Emirates US$ 49,883 (S$
62,758)
Switzerland US$ 46,474 (S$ 58,469)
Malaysia 2012?
US$ 9970
(RM 30,000)
Kadar
Pertumbuhan
Ekonomi pd 5.6%
Hubungan negara utara (maju) dan negara
selatan (membangun)
• Terdapat hubungan yang terjalin antara negara-negara
maju dan negara-negara membangun dalam bidang
ekonomi.
• Bentuk hubungannya berupa kerjasama kedua negara maju
dan membangun.
• Biasanya negara maju akan menanamkan modal di negara
membangun dalam bentuk industri-industri asing.
• Keuntungan akan diterima kedua pihak. Negara penerima
modal (negara membangun) akan menerima keuntungan
berupa peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.
• Sedangkan negara pemberi modal (negara maju) akan
mendapat sumber alam dan bekalan buruh. Negara utara
sangat maju dan memiliki teknologi, namun kekurangan
sumber alam. Sedangkan negara membangun terdapat
sumber alam yang melimpah, namun teknologi minimum.
• Kerjasama dan kejayaan ekonomi antara negara maju
dan negara membangun dapat dilihat melalui
beberapa siri usahasama Utara-Selatan yang
menghasilkan perjanjian komoditi antarabangsa
seperti:
(a) Perjanjian Getah Asli Antarabangsa
(b) Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa
(c) Perjanjian Koko Antarabangsa
• Biasanya negara maju mengimport bahan mentah dari
negara membangun dan menjual barangan siap kepada
negara membangun.
• Bentuk kerjasama antara negara maju dan negara
membangun adalah pemberian pinjaman modal.
Pinjaman modal diberikan oleh negara membangun
untuk membantu meningkatkan pembangunan
ekonomi dalam negeri.
Ketidakseimbangan kekayaan
• Isu ekonomi melibatkan ketidakseimbangan kekayaan.
• Negara maju menguasai 75% kekayaan dunia
berbanding hanya 25% kekayaan dikuasai oleh
majoriti negara membangun.
• Oleh itu, pelbagai pertubuhan telah diwujudkan untuk
melibatkan usahama Utara-Selatan seperti:
(a) Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD)
(b) Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC)
(c) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
(d) Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
(OECD)
Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)
• Mendapatkan kesepakatan-Kesepakatan tuntutan
melalui Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) yang
bertujuan untuk:
(a) membetulkan ketidakseimbangan dalam
susunan ekonomi antara negara dan
kedudukan ekonomi antarabangsa
(b) menghapuskan jurang perbezaan antara dua
kelompok negara yang semakin meluas, iaitu,
negara-negara membangun dan negara-
negara maju.
• Tuntutan NIEO melalui Dialog Utara-Selatan adalah :
(a) Rundingan semula beban hutang luar negara
membangun
(b) Penentuan semula syarat perdagangan dengan
hasrat menstabilkan pasaran dan harga barangan
serta deficit perdagangan
(c) Perluasan pasaran barangan negara membangun
(d) Pemindahan teknologi dari utara ke selatan
(e) Penglibatan negara membangun semasa membuat
keputusan dalam Tabung Kewangan Antarabangsa
(IMF)
(f) Saluran bantuan kewangan dari negara maju.
• Walau bagaimanapun, keseluruhan hasil
usahasama Utara-Selatan dianggap gagal
kerana terdapat :
(a) beberapa pertelingkahan daripada kedua-
dua pihak berhubung dengan soal
perdagangan dan politik
(b) Pencapaian penubuhan Kerjasama Selatan-
Selatan yang tidak memenuhi kehendak
sebagaimana yang dipersetujui dalam
usahasama dengan negara maju
• Usahasama Utara-Selatan telah membawa kepada
usahasama Selatan-Selatan.
• Tujuan usahasama Selatan-Selatan adalah untuk:
(a) memelihara kepentingan bersama negara-negara
membangun dalam menghadapi ketidakadilan dan
layanan negara maju.
(b) mengatasi tekanan daripada negara maju.
- Tekanan yang dihadapi Kerjasama Selatan-Selatan
melibatkan :
i. kegagalan menembusi pasaran negara maju
ii. pembelian bahan mentah dari negara
membangun oleh negara maju dengan harga
yang rendah atau tidak setimpal
(c) Beban hutang yang semakin meningkat dengan
pelbagai syarat yang membebankan oleh negara
maju
- Revolusi Penyelesaian Selatan-Selatan adalah :
(a) membaiki keadaan ekonomi negara
membangun agar tidak terlalu ketinggalan dan
gagal berkembang
(b) mengatasi masalah ketidaktentuan harga
bahan mentah
(c) mencari jalan melunaskan hutang negara
membangun
(d) menubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan
Isu pemakanan dan kesihatan

- Menganalisis kualiti pemakanan dan


kesihatan Dunia Ketiga
Konsep pemakanan
• Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk
berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan
berzat dan perseimbangan makanan.
• Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga
kepada manusia untuk terus hidup.
• Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh
badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, garam mineral dan
gentian.
• Pemakanan seimbang perlu mengandungi
nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak,
vitamin dan garam galian pada kadar yang
betul.
• Kekurangan nutrien boleh menyebabkan
berlakunya malnutrisi.
Konsep kesihatan
• Pada asalnya, konsep 'kesihatan' bermakna dalam
keadaan sihat dan selamat, bebas daripada
kecederaan, kecacatan dan penyakit.
• Pada tahun 1948, Badan Kesihatan Sedunia (WHO)
mendefinisikan kesihatan ialah satu tahap atau
keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai
kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental
dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari
penyakit atau tidak berdaya.
• Pembangunan sosioekonomi dilihat sebagai
gambaran kepada pencapaian dan kemajuan
sesebuah masyarakat dan negara.
• Kebanyakan status pembangunan sosio ekonomi pula
diukur berdasarkan kepada beberapa indikator yang
tertentu. Antaranya ialah pencapaian tahap
kesihatan dan pendidikan serta kadar pendapatan
tahunan isi rumah dan sebagainya.
• Dari segi kesihatan, aspek jumlah atau kadar
kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang
rendah di kalangan ibu bersalin dan bayi yang baru
lahir adalah menjadi ukuran.
• Semakin tinggi kadar kelahiran dan rendah kadar
kematian, maka semakin membangun dan majulah
sistem perkhidmatan dan penjagaan kesihatan negara
itu.
• Ia menggambarkan nisbah doktor dan pesakit yang
mencukupi dan mengikuti piawaian kesihatan. Ia juga
menunjukkan jumlah rakyat yang mampu untuk
mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan
semakin meningkat lantaran mudah diperolehi di
samping kekukuhan pendapatan isi rumah.
• Keadaan seperti ini tidak berlaku di kebanyakan negara
miskin dan mundur yang menyaksikan jumlah kematian
yang tinggi dan sistem perkhidmatan kesihatan yang
amat mundur dan tidak sempurna.
• Pembangunan dalam bidang sosioekonomi juga diukur
dari segi pencapaian tahap pelajaran dan pendidikan
serta celik huruf di kalangan rakyat.
• Ia diukur berdasarkan kepada jumlah tempoh
pengajian dalam proses pendidikan dan pembelajaran
formal yang diikuti oleh rakyat.
• Semakin panjang tempoh pelajaran formal yang diikuti,
maka semakin tinggilah tahap pendidikan seseorang
dan semakin berpendidikanlah mereka.
• Jika semakin ramai rakyat yang berpendidikan tinggi,
maka semakin bijak dan berkualitilah mereka sebagai
seorang rakyat. Mereka pula adalah merupakan aset
yang paling penting untuk negara. Rakyat yang bijak
dan berkualiti sudah pasti akan dapat memberi
sumbangan yang terbaik dalam menghasilkan
kemajuan dan pembangunan mapan kepada negara.
• Jumlah rakyat yang semakin ramai memiliki
pendidikan formal dan asas, malah dapat pula
belajar hingga ke peringkat tertinggi,
menunjukkan bahawa peluang pendidikan dan
pelajaran itu terbuka luas dan setiap lapisan
masyarakat berpeluang untuk menikmatinya
tanpa sebarang sekatan atau kepayahan.
• Keadaan seperti ini sudah pasti tidak berlaku
di kalangan masyarakat yang hidup dalam
negara miskin.
Krisis makanan
• Pada tahun 2012, masalah krisis makanan global
telah semakin mendapat perhatian para
pemerhati ekonomi dunia.
• Antara perkara yang menjadi perhatian adalah
peningkatan harga makanan di pasaran global
yang telahpun memberi kesan langsung terhadap
harga pasaran bahan makanan tempatan serta
masalah kebuluran yang telahpun mula muncul di
beberapa wilayah berasingan di dunia.
• Edaran nota – Krisis Makanan Dunia
Krisis Makanan Dunia

• Pertambahan jumlah
Kekurangan penduduk dunia pesat
Bekalan Makanan • Kekurangan sumber
(Pengeluaran) alam spt air, tanah
• Perubahan iklim dunia
(kemarau, banjir)

• Kenaikan harga minyak


Peningkatan Harga dunia
Makanan • Kenaikan kos pengeluaran
& pemasaran
• Kebuluran di Timur Afrika pada tahun 2011
menyebabkan ramai mati kebuluran.
• Kemarau paling teruk dalam tempoh 60 tahun
menyebabkan krisis makanan di seluruh Somalia,
Habsyah dan Kenya dan mengancam kehidupan lebih
12 juta orang .
• Sebilangan penduduk selatan Somalia melarikan diri ke
Kenya dan Ethiopia. Negara-negara lain di Tanduk
Afrika termasuk Djibouti, Sudan, Sudan Selatan dan
sebahagian Uganda juga terjejas oleh krisis makanan .
• Pada 20 Julai 2011, PBB secara rasminya telah
mengisytiharkan kebuluran di Tanduk Afrika. Berpuluh-
puluh ribu orang dipercayai sudah mati di selatan
Somalia.
• Kebuluran dan kekurangan makanan di
Somalia meragut sekitar 258,000 nyawa
antara Oktober 2010 hingga April 2012. Ini
termasuklah 133,000 orang kanak-kanak
berusia bawah lima tahun.
• Somalia merupakan negara Afrika paling teruk
terjejas selepas benua itu dilanda kemarau
pada 2011 dengan lebih 13 juta orang terjejas.
• Hujan tidak turun di Kenya dan Ethiopia dan di
Somalia. Ketiadaan hujan membawa kepada
kegagalan tanaman dan kerugian meluas
ternakan, setinggi 40% -60%. Hasil tuaian
semakin kurang.
• Perubahan iklim telah menyumbang kepada
krisis makanan ini. Keadaan panas dan kering di
sub-Sahara Afrika .
• Sekolah-sekolah di rantau ini telah ditutup kerana
tidak ada makanan untuk anak- anak.
• Kira-kira 385,000 kanak-kanak di Kenya sudah
kekurangan gizi , bersama-sama 90,000 wanita
yang hamil. Lagi 3.5 juta orang di Kenya
dianggarkan berada pada risiko malnutrisi.
Bayi 7 bulan (3.4 kg)
Indeks kesihatan di Malaysia
• Dalam tempoh 1990-2002, taraf kesihatan telah
meningkat dengan ketara seperti yang ditunjukkan
oleh peningkatan indeks kesihatan.
• Indeks kesihatan diukur berdasarkan:
- kadar kematian bayi,
- jangka hayat
- nisbah doktor penduduk
• Ini adalah hasil daripada perlaksanaan program untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.
Kadar kematian bayi
• Kadar kematian bayi merupakan petunjuk utama taraf
kesihatan dan pemakanan berkhasiat di sesebuah negara .
• Kadar kematian bayi di Malaysia telah bertambah baik
daripada 13.3 bagi setiap seribu kelahiran hidup pada tahun
1990 kepada hanya 5.7 pada tahun 2002, menunjukkan
pencapaian negara setanding dengan negara-negara
maju.
• Program kesihatan awam di luar bandar seperti penjagaan
kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak, pemakanan
berkhasiat, bekalan air bersih dan pendidikan kesihatan telah
menyumbang kepada kemajuan ini.
Jangka hayat semasa lahir
• Jangka hayat telah meningkat daripada 68.9
kepada 70.4 bagi lelaki dan daripada 73.5
kepada 75.3 bagi perempuan dari tahun 1990
kepada tahun 2002.
• Ini terutamanya hasil daripada kemajuan
ketara dalam akses kepada perkhidmatan
kesihatan dan perubatan serta penekanan
yang lebih tinggi ke atas perkhidmatan
penggalakan dan pencegahan.
Nisbah doktor
• Nisbah doktor-penduduk juga telah meningkat
daripada seorang doktor bagi setiap 1,406 orang
pada tahun 2002 kepada 750 orang pada tahun
2012.
• Peningkatan bilangan doktor ini adalah hasil
daripada usaha bersepadu yang dilaksanakan
dalam tempoh tersebut, termasuk penambahan
pengambilan pelajar tempatan ke institusi
perubatan tempatan, pelantikan doktor dan
pakar asing serta pengambilan semula secara
kontrak doktor dan pakar yang telah bersara.

Anda mungkin juga menyukai