Anda di halaman 1dari 54

Topik 4 : Isu-Isu Global dan Kaitannya

Terhadap Negara

• Isu keganasan antarabangsa


- Membincangkan isu keganasan antarabangsa dari segi
punca-punca dan kesan-kesan

•  Isu pemerdagangan manusia


- Menganalisis kegiatan pemerdagangan manusia di
peringkat antarabangsa dan kaitannya dengan Malaysia

 
Hasil Pembelajaran:
• Menganalisis isu-isu global dan impaknya
terhadap peluang pendidikan untuk semua.
Keganasan antarabangsa
Isu keganasan antarabangsa
• Keganasan bererti penggunaan cara yang ganas dan
zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan
penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik
daripada sesuatu pihak.
• Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan
ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau
pertentangan dengan pihak pemerintah.
• Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain
mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.
• Selepas perang dunia, zaman orde baharu
telah muncul di mana Amerika Syarikat telah
menjadi kuasa yang paling kuat dan
menguasai ekonomi, politik dan sosial dunia.
• Berakhirnya perang dingin antara Soviet Union
dengan Amerika Syarikat dan blok Barat, China
dan Islam dianggap musuh utama dunia.
• Dengan peristiwa pengeboman bangunan World
Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001 di AS,
bermulalah keganasan global tanpa institusi konkrit
seperti negara dan pertubuhan berdaftar.
• Yang ada adalah al Qaeda dan Osama Bin Laden yang
penuh misteri dan kabur dalam kabus kekeliruan.
• Semua fakta yang boleh diragui telah dijadikan alasan
untuk membalas keganasan dan kekerasan dengan
kekerasan.
• Inilah fasa baharu keganasan global yang akan
menggugat kedamaian dunia.
Serangan 11 September 2001
• Kedua-dua menara berkembar World Trade
Center tumbang pada 11 September 2001,
kesan serangan 11 September 2001 angkara
al-Qaeda
• Pengganas yang bersekutu dengan al-Qaeda
merampas 4 buah kapal terbang penumpang
komersil, kemudian menghempaskan sebuah
ke dalam Menara Utara dan satu lagi ke
Menara Selatan.
• Menara Selatan runtuh pada 9:59 pagi, tak
lebih sejam selepas dihempas oleh pesawat
yang dirampas itu.
• Kemudian pada 10:28 pagi, Menara Utara pula
runtuh.
• Kesan serangan ke atas menara-menara ini, 2,752
orang terkorban, termasuk semua 157
penumpang dan kru yang menaiki kedua-dua
kapal terbang.
• Keruntuhan menara berkembar juga
menyebabkan kerosakan menyeluruh di seluruh
kompleks dan bangunan-bangunan yang
berdekatan.
• Sisa runtuhan daripada menara yang runtuh itu
dengan begitu teruk merosakkan dan
menghancurkan puluhan binaan yang
berdekatan.
Pengeboman Bali 2002
• Pengeboman Bali berlaku pada 12 Oktober
2002 di bandar Kuta di pulau Bali, Indonesia,
mengorbankan 202 orang dan mencederakan
240 yang lain, kebanyakannya merupakan
pelancong asing.
• Insiden serangan bom ini merupakan yang
paling teruk dalam sejarah pengganas di
Indonesia ekoran jumlah korban yang banyak
serta kemusnahan yang diakibatkan daripada
letupan bom - bom tersebut.
• Mereka yang terlibat mempunyai kaitan
dengan gerakan militan Islam bernama
Jemaah Islamiyah yang bergiat aktif disekitar
nusantara Asia Tenggara, termasuk Filipina
dan Selatan Thailand.
• Tiga daripada mereka telah pun dijatuhi
hukuman mati dan beberapa pejuang yang
lain samada telah ditangkap atau pun
ditembak mati oleh pasukan polis Indonesia.
• Serangan termasuk ledakan tiga jenis bahan letupan; 8
biji bom paip yang disulam pada vest dan diletupkan oleh
seorang pengebom berani mati, sebuah bom kenderaan
yang besar serta sebuah lagi peranti kecil yang diledakan
di luar kedutaan Amerika Syarikat di Denpasar , Bali.
• Bahan tersebut cuma mengakibatkan kerosakan kecil dan
ia dilaporkan padat dengan najis manusia.
• Kononnya, sebuah kaset audio kecil dipercayai
mengandungi pesanan suara dari Osama bin Laden
menyatakan bahawa serangan bom Bali adalah sebagai
pembalasan langsung ke atas sokongan Amerika Syarikat
ke atas 'War on Terror' serta peranan Australia dalam
pemisahan Timor Timur dari Indonesia.
Letupan Bom Stesyen Keretapi Bawah Tanah London 2005
• 4 letupan berlaku di stesyen keretapi bawah
tanah dan bas di pusat kota London, UK pada
pagi 7 Julai 2005 mulai jam 8:50 waktu
tempatan.
• Tiga gerabak bawah tanah London diletupkan
dalam masa setengah jam, manakala sebuah
bas dua tingkat London diletupkan 30 minit
kemudian.
• Seramai 56 orang terkorban dan 700 orang
dilaporkan cedera.
• Letupan ini berlaku pada hari pertama pertemuan
G8 diadakan di Scotland, sehari selepas London
dimaklumkan menjadi penganjur Olimpik 2012
dan seminggu selepas Britain menjadi presiden
Majlis Kesatuan Eropah.
• Kejadian ini merupakan serangan pengganas
terburuk kedua di Britain sejak pengeboman
pesawat Pan Am Penerbangan 103 pada tahun
1988 di mana 270 orang terkorban.
• Serangan ini telah membuatkan banyak negara
Barat menaikkan tahap keselamatan di negara
masing-masing.
Serangan Mumbai November 2008
• Satu siri serangan pengganas teratur yang
berlaku di Mumbai, iaitu pusat kewangan dan
bandar raya terbesar di India.
• Serangan bermula pada 26 November 2008 dan
berakhir pada 29 November 2008 apabila
pasukan keselamatan India melancarkan
Operasi Black Tornado untuk mengawal semula
semua tempat kejadian.
• Sekurang-kurangnya 188 orang terbunuh
menakala sekurang-kurangnya 293 lagi cedera
dalam kejadian.
• Lapan serangan berlaku di kawasan Mumbai
Selatan, iaitu Stesen Keretapi Chhatrapati
Shivaji Terminus, Hotel Oberoi Trident, Hotel
Taj Mahal Palace & Tower, Leopold Cafe,
Hospital Cama, Rumah Nariman milik Yahudi
Ortodoks, Metro Cinema, dan sebatang lorong
di belakang bangunan Times of India di
belakang Kolej St. Xavier. Letupan juga terjadi
di limbungan Mazagaon di kawasan pelabuhan
Mumbai.
• Insiden kesepuluh merupakan letupan teksi di
Vile Parle berhampiran lapangan terbang.
• Ajmal Kasab, seorang pengganas yang ditawan
hidup-hidup, mendedahkan identiti penyerang
sebagai ahli-ahli Lashkar-e-Taiba, iaitu
pertubuhan militan di Pakistan yang
diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas
oleh India, AS dan UK.
• Satu perbicaraan mahkamah pada 6 Mei 2010
menjatuhkan hukuman mati terhadap Ajmal
Kasab atas lima dakwaan.
ISIS / IS & Keganasan 2014
• Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS) atau Negara
Islam Iraq dan Levant (ISIL) atau Islamic State
(IS) merupakan sebuah kumpulan pejuang Islam
yang aktif di Iraq dan Syria.
• Ia ditubuhkan pada tahun-tahun awal Perang
Iraq pada tahun 2003 dan berjanji setia dengan
kumpulan al-Qaeda pada tahun 2004.
• Matlamat IS adalah untuk menubuhkan sebuah
kekhalifahan dalam kawasan majoriti
berfahaman Sunni di Iraq dan kemudiaannya
termasuklah Syria seterusnya ke seluruh dunia.
• Mereka mensasarkan kerajaan dan tentera Iraq. Ahli
bertambah kepada 2,500 orang, termasuk pejuang-
pejuang dari negara-negara lain (Cth: Australia,
Malaysia, UK).
• Pada awal Jun 2014, berikut perbalahan di Iraq, ISIS
dilaporkan telah merampas kuasa kebanyakan
bangunan di Mosul, bandar kedua paling ramai
penduduk di Iraq, wilayah Nineveh dan bandar
Fallujah.
• ISIS turut mengambil alih kawalan di Tikrit, wilayah
Salah Din, dengan matlamat menguasai Baghdad, ibu
kota Iraq.
• Beribu nyawa terkorban termasuk perempuan
dan anak-anak dikubur hidup-hidup di kuburan
massal yang tersebar di dalam dan sekitar Sinjar.
• Sinjar merupakan rumah bagi etnis Yazidi yang
dianggap sebagai masyarakat “pemuja setan”
oleh militan ISIS. Kelompok ini mengancam
Yazidi untuk masuk Islam atau mati.
• Militan IS yang beroperasi di Iraq dan Syria
menawan sebahagian besar bahagian utara Iraq
selepas melancarkan satu serangan kilat pada
Jun lalu.
• Lebih 200,000 penduduk yang majoriti
penganut Yazidi dan Kristian melarikan diri
selepas militan berkenaan membunuh
penduduk yang menentang mereka.
• Menurut Wakil Ketua MUI (Majlis Ulama
Indonesia) Karuf Amin, ISIS menjadi haram
lantaran apa yang dilakukan kelompok
tersebut seperti melakukan tindakan
kekerasan untuk mencapai sebuah tujuan
sudah keluar dari ajaran Islam.
• Najib: Malaysia "strongly condemns" the
actions of Islamic State militants in Syria and
Iraq who have committed crimes under the
name of Islam. (STAR 28 August 2014)
Punca-Punca Keganasan Antarabangsa
1. Politik
- Politik adalah sumber utama kepada kekacauan dunia.
- Jika bicara tentang politik, ia selalunya melibatkan
percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku
keganasan.
- Contoh: Algeria
Apabila gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS) yang telah memenangi
pilihanraya di Algeria telah dinafikan kemenangannya apabila pihak tentera
membatalkan keputusan pilihanraya. Natijahnya, FIS bangkit menentang secara
bersenjata dan pengemboman.
Perang saudara yang bermula pada 1991 telah mengorbankan antara 44,000 hingga
150,000 nyawa.
- Contoh: IS di Iraq
- Contoh: Konflik Gaza
2. Agama

- Sebenarnya, semua agama mengajar erti kedamaian.


- Tindakan kekerasan terjadi apabila agama digunakan sebagai
sumber kekuatan menentang musuh.
- Contoh: Agama Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk
menentang Kerajaan Komunis China di Tibet.
- Contoh: Gerila IRA (Irish Republican Army) Katolik
menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di Ireland Utara.
- AS pasca 11 September telah melancarkan new crusade ke
atas umat Islam.
- Osama Ben Laden yang mengetuai al Qaeda di dakwa
melakukan keganasan global.
- Di peringkat Asia Tenggara, Jamaah Islamiah telah didakwa
mendalangi pengeboman di Jakarta dan Bali.
3. Ideologi

- Ideologi telah terbukti antara sumber keganasan


gobal.
- Komunisme telah dimulakan dengan ganas semasa
Revolusi Rusia oleh Lenin.
- Ideologi ini telah diimport oleh negara dunia ketiga.
Malaysia juga tidak terlepas daripada pengaruh
komunisme sehingga kerajaan mengisytihar darurat.
Komunisme yang dipelopori oleh Parti Komunis Malaya
(PKM) telah menggunakan keganasan bagi
menubuhkan Republik Soviet Tanah Malaya.
- Keganasan fahaman komunis juga di lakukan oleh
pendokong komunis di Filipina dan Thailand.
• - Ideologi Fasis juga mengalakkan keganasan
seperti pemerintahan Hitler di Jerman.
• Fasisme ialah satu ideologi politik yang radikal
dan autoritatrian.
• Selepas Perang Dunia Kedua, timbul golongan
Neo Nazi yang mendukungi fahaman Fasis
yang mengagungkan nasionalisme tempatan.
Golongan ini juga melakukan keganasan dan
bersifat perkauman.
4. Ekonomi dan Sosial

- Dasar ekonomi dan sosial antara punca


kemunculan radikalisme dalam masyarakat dunia.
- Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak
adil menyebabkan sifat perkauman semakin
menebal dan api dendam mula membara.
- Perkara ini bertambah hangat apabila digauli
dengan faktor agama dan politik.
- Keganasan di Selatan Thailand disebabkan oleh
dasar ekonomi dan sosial Kerajaan Thailand.
Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam
di Selatan Thailand sebagai warganegara kelas dua.
Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan
utara negara tersebut.
- Kemudahan sosial rakyat yang tidak terbela dan
dilatari sejarah permusuhan Melayu-Islam dengan
Thai-Buddha menyebabkan keadaan semakin tidak
terkawal. Akibatnya berlaku demonstrasi berdarah
di Tak Bai dan pengeboman di Sungai Golok.
Kesan-Kesan Keganasan Antarabangsa
1. Ketakstabilan Politik

- Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan


pemulihan sistem dan struktur politik sesebuah negara akan
terbantut.
- Contohnya sistem politik Afghanistan kucar-kacir akibat
tiada pemerintahan berpusat selepas kejatuhan Kerajaan
pro-Rusia pimpinan Najibullah. Afghanistan dibahagi-
bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang.
- Begitu di Somalia dan Iraq. Tindakan kekerasan oleh
pejuang terutamanya pengeboman berani mati dan
peperangan gerila bandar telah menggugat pilihan raya dan
kerajaan baharu Iraq.
2. Ekonomi dan Sosial

- Ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan


permusuhan antara kaum akan berlaku secara
berpanjangan.
- Tuntutan Gerakan Aceh Merdeka, Barisan
Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan
Pembebasan Rakyat Patani juga menyatakan hak-
hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah tuntutan
mereka.
- Tuntutan sukar diterima oleh pihak pemerintah
menyebabkan peperangan terus berlaku.
3. Agama Islam

- Agama Islam menghadapi kesan paling teruk


dengan keganasan global yang semakin membiak
pesat.
- Islam melalui seruan jihadnya dianggap
punca keganasan.
- Media massa Barat selalu menuding setiap
keganasan didalangi oleh pejuang Islam.
Perkara ini menjejaskan kredibiliti agama Islam
di mata dunia.
4. Pengorbanan nyawa dan kerosakan harta
benda
• Peristiwa 911 – 3000 nyawa terkorban,
bangunan World Trade Centre runtuh
• Keganasan ISIS
- pengeboman berani mati ke atas orang ramai
- penganayiaan ke atas minoriti Yazidi dan
minoriti Christian – lebih 100,000 nyawa
terkonban. (dibunuh, wanita dan kanak-kanak
dikebumikan secara hidup, dirogol jika tidak
mahu masuk Islam)
Langkah-Langkah Mengatasi Keganasan
Antarabangsa

Sila lihat edaran nota.


Isu Pemerdagangan Manusia
Isu Pemerdagangan Manusia
Isu Pemerdagangan Manusia
• "Pemerdagangan Manusia" ialah
pengambilan, pengangkutan, pemindahan
seseorang dengan ancaman atau kekerasan;
atau lain-lain bentuk paksaan seperti
penculikan, penipuan atau muslihat bagi
tujuan eksploitasi demi apa jua bentuk
keuntungan.
• Menurut laporan TIP (Trafficking In Persons) Jun 2011,
Malaysia diletakan di Senarai Pemerhatian Tahap 2
(2WL). Di mana, dalam tahap 2WL ini, Malaysia
diklasifikasikan:
- mempunyai bilangan mangsa pemerdagangan yang
ketara dan semakin meningkat.
- tiada usaha berterusan dalam memerangi jenayah
pemerdagangan manusia.
- dalam pemerhatian bagi memastikan negara
melaksanakan usaha untuk mematuhi piawaian
minimum Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan
(TVPA), berdasarkan komitmen kerajaan dalam
mengambil langkah penambahbaikan masa hadapan.
 
• Laporan ini menunjukkan bahawa isu
pemerdagangan manusia di Malaysia berada
di paras yang bahaya dan sesuatu tindakan
berkesan perlu dibuat bagi membanteras
gejala pemerdagangan manusia.
• Malaysia telah menjadi destinasi utama bagi
pemerdagangan manusia dari beberapa
negara seperti Indonesia, China, Thailand dan
Filipina. Mereka ini telah di paksa menjadi
hamba seks. Manakala di beberapa negara
lain seperti India, kanak-kanak telah di kerah
menjadi buruh paksa.
• Sindiket ini banyak di kuasai oleh kumpulan
kongsi gelap bagi tujuan pelacuran dan
pengedaran dadah.
• Kebanjiran mangsa kes pemerdagangan
manusia ini telah memberi implikasi negatif
terhadap kedaulatan negara.
• Laporan TIP (Trafficking In Persons) 2014 telah
meletakkan Malaysia di Senarai Pemerhatian
Tahap 3 (3WL).
Punca-Punca Pemerdagangan Manusia
1. Terpengaruh dengan tawaran kerja
- Mereka terpedaya dengan janji-janji manis
sindiket yang bertopengkan egen mencari
pekerjaan.
- Mereka yang tidak menyelidik dan kurang
pengetahuan mudah terpengaruh dengan
tawaran gaji yang lumayan.
- Mereka tidak berfikir panjang dan akhirnya
terjebak dalam kegiatan ini.
2.Materialistik
- Teruja untuk menikmati kehidupan yang serba
mewah dan menggunakan barangan berjenama.
- Mudah menerima tawaran tanpa menyiasat
kesahihannya.
3. Taraf Pendidikan
- Kebanyakkan mangsa yang terlibat dalam kegiatan
ini mempunyai taraf pendidikan yang rendah.
- Hal ini membuatkan mereka mudah diperdaya oleh
pelbagai sindiket tertentu,
- Mangsa tidak tahu tindakan yang perlu diambil dan
saluran yang betul untuk mengatasi masalah ini.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang yang
lemah
- Kurang penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
- Ada kalanya penguat kuasa ini terlibat
dengan gejala rasuah dan mereka tidak
mengambil sebarang tindakan terhadap
kegiatan ini.
- Kesannya, kegiatan ini semakin berleluasa
dan sukar untuk dikesan.
Kesan-Kesan Pemerdagangan Manusia
1. Mencemarkan imej negara di mata dunia
- Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara
berprestasi buruk dalam mengekang isu
pemerdagangan manusia mencemarkan imej
negara di mata dunia.
- Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan
menguat kuasakan undang-undang.
- Negara Malaysia dianggap sebagai sarang jenayah.
2. Mengancam keselamatan dan keamanan
negara
- Jenayah yang semakin berleluasa mengancam
keselamatan terutamanya wanita dan kanak-
kanak.
- Golongan ini sering diperalatkan untuk tujuan
tertentu seperti pelacuran, pengemis, pusat
hiburan, rumah urut dan sebagainya.
- Sindiket yang terlibat juga akan melakukan
aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan
kekayaan.
3. Peningkatan masalah sosial
- Masalah sosial bertambah dan merebak
dalam masyarakat.
- Seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas,
minum arak dan sebagainya.
- Meningkatnya keruntuhan akhlak dalam
kalangan masyarakat.
4. Penularan penyakit berjangkit
- kemasukan pendatang asing kemungkinan
membawa penularan wabak penyakit.
- Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi,
penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya
akan kembali menular dalam kalangan
masyarakat.
- Hal ini semestinya suatu yang amat
membimbangkan.
Langkah-Langkah Mengawal
Pemerdagangan Manusia

Lihat edaran nota

Anda mungkin juga menyukai