Anda di halaman 1dari 25

Pengenalan

 Dikenali dalam bahasa Portugis sebagai Pedra Branca.


 Pulau Batu Puteh berkeluasan 92 140 kaki persegi terletak
kira-kira 7.7 batu nautika dari Pulau Penyusop, Johor dan
kira-kira 25 batu nautika dari sempadan Singapura.
 Manakala tuntutan terhadap pulau-pulau yang berhampiran
iaitu Batuan Tengah yang terletak 0.5 batu nautika dari
Pulau Batu Puteh dan Tubir Selatan yang terletak 1.7 batu
nautika dari Pulau Batuan Tengah dibuat di Singapura pada
tahun 1993.
 Dianggarkan seramai 1500 nelayan (Johor) Malaysia
berdaftar dengan Persatuan Nelayan Pengerang menangkap
ikan di kawasan 'lubuk emas' di Pulau Batu Puteh.
 Kawasan perairan tersebut kaya dengan sumber
marin seperti ikan bawal, jenahak, kurau, kerapu
dan sagai kerana kawasan tersebut mempunyai
banyak batu karang.
 Pulau Batu Puteh turut dijadikan tempat berteduh
bagi para nelayan Malaysia yang menghadapi
ombak besar dan ribut.
 Namun nelayan Malaysia tidak dibenarkan
menangkap ikan di situ apabila ia mula dikawal
oleh kapal-kapal peronda Singapura.
Sejarah Pulau Batu
Puteh
 Pihak British mengambil alih pulau Batu Puteh pada tahun
1847.
 British juga telah membina rumah api Horsburgh di pulau
Batu Puteh sempena nama seorang ahli hidrografi iaitu
James Horsburgh.
 Pembinaan bermula pada tahun 1850 dan mula
beroperasi pada 15 Oktober 1851.
 Rumah Api Horsburgh merupakan rumah api pertama
yang dibina di rantau Asia Tenggara.
 Pemilikan British terhadap pulau tersebut diakui oleh
Belanda dan kuasa-kuasa penjajah barat yang lain di Asia
Tenggara.
 Pengiktirafan Belanda terhadap pemilikan pulau Batu
Puteh oleh British adalah selaras dengan perjanjian
Inggeris-Belanda 1824 yang telah dipersetujui kedua-dua
belah pihak.
 Dalam perjanjian itu, Belanda mengiktiraf pengaruh British
di Singapura, Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
 Manakala British pula mengiktiraf pengaruh Belanda di
kepulauan Indonesia.
 Perjanjian ini ditandatangani disebabkan timbulnya
pelbagai isu antaranya penetapan sempadan pengaruh
kedua-dua kuasa tersebut serta hak untuk menguasai
sesuatu kawasan atau kepulauan.
 Oleh itu, pulau Batu Puteh terletak sekali dibawah
pentadbiran British di Singapura.
 Walau bagaimanapun, sebelum kedatangan
British, Kesultanan Johor merupakan pihak yang
pernah menguasai Singapura termasuk pulau
Batu Puteh.
 Kesultanan Johor mempunyai hak terhadap
kesemua pulau-pulau yang berada dalam
lingkungan kuasanya.
 Namun disebabkan penjajahan, empayar Johor
telah berpecah kepada 2 iaitu Riau-Lingga yang
berada dibawah pengaruh Belanda dan Johor
dibawah pengaruh British.
 Pada tahun 1851, pihak berkuasa British telah
membina rumah api Horsburgh di pulau Batu
Puteh.
 Rumah api tersebut berperanan dalam menjadi
petunjuk bagi kapal-kapal yang melalui kawasan
tersebut.
 Selepas rumah api tersebut siap pada tahun 1851,
British telah menyerahkan tanggungjawab untuk
mentadbir rumah api itu kepada Singapura.
 Selama 112 tahun Singapura telah berperanan
dalam mentadbir pulau Batu Puteh.
Pertikaian Bermula
 Pada 21 Disember 1979, Pengarah Pemetaan Negara Malaysia
telah menerbitkan sebuah peta yang bertajuk ‘Territorial Waters
and Continental Shelf Boundaries of Malaysia’ yang menunjukkan
bahawa pulau Batu Puteh atau Pedra Branca, Batuan Tengah &
Tubir Selatan terletak dalam perairan & sempadan Malaysia.
 Malaysia melakukan pemetaan dengan memasukan sekali pulau
Batu Puteh dalam wilayahnya kerana Kesultanan Johor tidak
pernah menyerahkan pulau tersebut kepada British pada tahun
1824.
 Walau bagaimanapun, Singapura telah menolak tuntutan Malaysia
terhadap pulau Batu Puteh pada 14 Februari 1980 dan telah
meminta peta tersebut diperbetulkan.
 Singapura mendakwa telah mentadbir pulau Batu Puteh dan
menguruskan Rumah Api Horsburgh sejak 1851, iaitu setelah
Singapura diperintah oleh British berikutan Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824.
 Ketika pusingan pertama rundingan pada Februari
1993, isu kedaulatan Batuan Tengah dan Tubir
Selatan juga dibangkitkan.
 Satu Perjanjian Khas berkaitan pertikaian hak
kedaulatan pulau-pulau tersebut antara Malaysia-
Singapura telah ditandatangani pada 9 Februari
2003.
 Oleh itu, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk
membawa isu pertikaian ini ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda.
1. Perbincangan Peringkat Menteri Malaysia
-Singapura
2. Membawa Isu Pertikaian ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (International Court of Justice)
Perbincangan peringkat
Menteri (Malaysia-Singapura)
 Pertemuan pertama antara  Tun Hussein Onn juga
Lee Kuan Yew dan Tun mengatakan bahawa
Hussein Onn diadakan Malaysia tidak bermaksud
pada 13 Mei 1980 bagi untuk mengambil alih pulau
membincangkan isu tersebut atau kawasan yang
tuntutan pulau Batu Puteh. disertakan dalam peta
 Tun Hussein Onn tersebut.
memberikan penjelasan  Beliau berjanji bahawa
berkaitan penerbitan peta kedua-dua belah pihak perlu
Malaysia pada tahun 1979. kembali mengkaji dokumen-
dokumen berkaitan pulau
yang dituntut.

Pertemuan Pertama Malaysia-Singapura


 Pertemuan kedua  Kemudian pertemuan
diadakan pada 17 kali ketiga diadakan
Disember 1981 antara pada 16 Oktober 1991
Tun Dr. Mahathir antara Tun Dr.
Mohamad dengan Lee Mahathir dengan Goh
Kuan Yew. Chok Tong.
 Dalam pertemuan kali ini  Mereka telah bertemu
kedua-dua belah pihak di Harare, Zimbabwe
telah bersetuju untuk dan Mahathir serta
melakukan pertukaran
Goh bersetuju untuk
dokumen bagi
melakukan pertukaran
menyelesaikan isu
dokumen.
tuntutan.

Pertemuan Kedua Pertemuan Ketiga


Malaysia-Singapura Malaysia-Singapura
 Pertemuan kali Faktor-faktor Kelewatan dalam Pertukaran
keempat Dokumen Berkaitan Pulau Batu Puteh
diadakan antara
Mahathir dengan 1. Hubungan Malaysia-Singapura pada
Goh Chok Tong pertengahan tahun 80-an terjejas
pada 25 Januari disebabkan lawatan PM Israel, Chiam
1992. Herzog ke Singapura pada November 1987.
 Tun Dr. Mahathir Lawatan itu telah menimbulkan kemarahan
sekali lagi dan rasa curiga Malaysia terhadap
bersetuju untuk Singapura.
melakukan
2. 4 warganegara Singapura telah dituduh
pertukaran
dokumen mencabuli kedaulatan wilayah Malaysia.
mengenai pulau 3. Singapura menuduh pihak Malaysia tidak
yang dituntut mempunyai dokumen-dokumen yang boleh
Malaysia dan membuktikan pulau Batu Puteh terletak
Singapura. dalam sempadan negara serta bukti yang
Pertemuan mampu untuk menyokong tuntutan
Keempat Malaysia- Malaysia.
Singapura
The 21
September
1953 letter
from the
Acting
State
Secretary
of Johor
to the
Colonial
Secretary
of
Singapore
indicating
that Johor
"does not
claim
ownership
of Pedra
Branca".
Keputusan ICJ

23 Mei 2008
Kedaulatan Pedra Branca atau pulau
Batu Puteh adalah milik Singapura
Kedaulatan Batuan Tengah adalah milik
Malaysia
Tubir Selatan masih tidak diputuskan
pemiliknya
Pangkalan Maritim Abu Bakar (Batuan
Tengah)
 10 Ogos 2017: Malaysia menempatkan kapal tentera laut
pertamanya iaitu KD Perdana sepanjang 47 meter dan
mampu membawa lebih 30 anak kapal di Pangkalan Maritim
Abu Bakar, Batuan Tengah.
Pulau Batu Puteh

Batuan Tengah

RSS Sovereignty
Perkembangan Semasa
 2 Februari 2017: Malaysia memfailkan permohonan
semakan semula penghakiman ICJ ke atas Pulau
Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle
Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).
 Dalam permohonan itu, Malaysia mengemukakan
penemuan tiga dokumen di Arkib Negara United
Kingdom (UK) dalam tempoh 4 Ogos 2016 hingga
30 Januari 2017 sebagai fakta baharu.
1. Surat menyurat pihak berkuasa Singapura pada tahun
1958 kepada setiausaha negara Britain bagi tanah
jajahan yang tidak menganggap pulau Batu Puteh
sebagai sebahagian daripada Singapura.
2. Satu insiden difailkan pada tahun 1958 oleh
seorang pegawai tentera laut Britain yang merujuk
kepada ketidakupayaan tentera laut Britain
membantu sebuah kapal Persekutuan Tanah
Melayu yang diekori bot pembedil Indonesia
berdekatan pulau Batu Puteh kerana ia masih
berada dalam perairan Johor.
 Ini menggambarkan pengiktirafan Britain bahawa
perairan di sekitar pulau Batu Puteh sebagai milik
Johor dan mereka tidak menganggap perairan
sekeliling pulau Batu Puteh sebagai milik
Singapura.
3. Peta bertarikh 1962 menggambarkan bahawa
perairan Singapura tidak sampai ke perairan pulau
Batu Puteh.

Anda mungkin juga menyukai