Anda di halaman 1dari 15

Pemanasan Global

Sia Lei Ching


Angela Chiew Yieng King
Wee Chong Hock
Apakah itu Pemanasan Global?
• Pemanasan global (Global Warming) merupakan
satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai
gas rumah hijau yang mana kumpulan gas (karbon dioksida,
karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana,
nitrogen oksida ) ini menghalang dan memerangkap haba
bumi daripada terbebas keluar ke angkasa.
• Kumpulan gas ini membenarkan bahangan matahari
menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula
bahangan bumi ke atmosfera.
• Semakin banyak haba yang terperangkap oleh lapisan gas
lalu meningkatkan suhu udara secara global.
PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL?
Perindustrian

• Aktiviti perindustrian merupakan


punca utama kepada fenomena
pemanasan global. Pembakaran
bahan api fosil seperti minyak, gas
dan arang batu bagi
menggerakkan mesin dan jentera
telah mengeluarkan banyak gas
rumah hijau terutamanya gas
karbon dioksida.
Pengangkutan

• Penggunaan kenderaan bermotor yang


menggunakan minyak petrol sebagai bahan
untuk menggerakkan enjin banyak
membebaskan gas karbon dioksida.
Penjanaan Tenaga Elektrik
• Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga
elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah
menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak.
Keseluruhan negara di dunia termasuk Malaysia
menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga
elektrik.
• Malaysia menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga
elektrik melalui pembakaran bahan api fosil dan 20% melalui
penjanaan hidro elektrik.
KESAN-KESAN
PEMANASAN GLOBAL
Kenaikan aras laut

Kebanjiran

KESAN
Pencairan Glasier

Memberi penyakit kepada manusia


Langkah-langkah penyelesaian
pemanasan global
1) Peranan negara
• Penguatkuasaan undang-undang
-undang-undang yang lebih proaktif dan efektif perlulah
dilaksanakan oleh kerajaan.
-sebagai contoh: mewajibkan penggunaan
kenderaan bermotor yang mempunyai penapis gas ekzos
kenderaan masing-masing.Hal ini sudah tentu akan menjamin
kebersihan gas yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan
terutamanya di kawasan bandar adalah selamat
dan mesra alam.
2) Peranan masyarakat
• Saling memberi maklumat
-Masyarakat haruslah saling memperingati dan memberi maklumat
tentang keseriusan isu pemanasan global terhadap orang lain.
-Masyarakat perlu memberikan respon positif terhadap seruan
kerajaan bagi menangani masalah ini.
-Ajakan untuk sama-sama memberi komitmen terhadap alam sekitar
oleh masyarakat setempat adalah amat penting
supaya semua lapisan masyarakat akan sedar dan tahu akan
tanggungjawab masing-masing
dalam memelihara alam sekitar.
3)Peranan sekolah

• Memberi pendidikan tentang alam sekitar


-pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar perlu
diberi dan didedahkan sejak di bangku sekolah lagi. Hal
ini demikian kerana genarasi muda harus tahu akan kepentingan menjaga alam
sekitar dan melalui pendedahan mengenai isu pemanasan global sejak mereka
bersekolah lagi sekurang-kurangnya dapat memberi mereka idea tentang apa
yang perlu mereka lakukan sebagai tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.
• Mewujudkan kelab pencipta alam sekitar
-Kelab pencinta alam sekitar sebagai aktiviti kokurikulum dalam sekolah
-para pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu tentang penjagaan alam
sekitar di sekolah.
-Mereka tidak hanya duduk dan mendengar tentang tanggungjawab
ini dari mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi
sebaliknya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada waktu
petang, iaitu semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
-Penubuhan kelab ini turut akan dapat menanam sedikit sebanyak
perasaan cinta para pelajar terhadap alam sekitar pada usia sejak
muda lagi.

Anda mungkin juga menyukai