Anda di halaman 1dari 19

ILMU AL-QIRAAT : ILMI DAN AMALI

Company
LOGO

Ahmad Zulfiqar Shah bin Abdul Hadi


zurifiqar@upsi.edu.my
05-4505139
4A18, Kompleks Malim Sarjana
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
MUQADDIMAH
• Ilmu al-Qiraat merupakan ilmu dari Allah Taala
dan bukannya merupakan ilmu yang direkacipta
oleh manusia atau Nabi Muhammad SAW. Ini
adalah kerana Nabi SAW merupakan seorang
yang ummi iaitu seorang yang buta huruf.

• Di Malaysia, apa yang menjadi keutamaan ialah


bacaan al-Quran bertajwid dan berlagu
dengan mengikut bacaan Qiraat Hafs bin
Sulayman al-Kufi dari Imam ‘Asim aliran Tariq
Syatibiyyah.
Definisi Ilmu al-Qiraat

• Ilmu Al-Qiraat ‫ت‬


( ‫ ) القراءا‬lafaz jamak kepada ( ‫) القراءة‬
bermakna bacaan atau wajah (bentuk) yang dibaca.

• Satu ilmu yang membicarakan tentang cara untuk


menyebut kalimah-kalimah Al-Quran serta kepelbagaian
dan perubahan yang berlaku (cth : panjang, pendek,tajwid
dsb) padanya dengan disandarkan kepada
periwayatannya.
Tajuk Perbincangan
• Membincangkan metodologi (manhaj) bacaan Imam al-
Qiraat (Usul al-Qiraat)

• (Farsy al-Huruf) Perubahan yang berlaku pada kalimah-


kalimah Al-Quran dari sudut sebutan bunyinya.

• Sab’ah Ahruf

• Perbincangan pengaruh al-Qiraat dalam hukum Syariat


dan bahasa.

• Perbincangan tentang biodata Imam dan perawinya.


‫ سبعة أحرف‬Tujuh Huruf

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perkara tersebut,


antaranya ialah :

‫ قال‬: ‫روى البخارى و مسلم فى صحيحيهما عن ابن عباس رضى هللا عنهما أنه قال‬
‫ فلم أزل‬, ‫ أقرأنى جبريل على حرف فراجعته‬: ‫رسول هللا صلى هللا عليه و سلم‬
‫أستزيده ويزيدنى حتى انتهى إلى سبعة أحرف‬

Yang Bermaksud : Daripada Ibn Abbas r.a : Sesungguhnya


Rasulullah SAW telah bersabda : Jibril telah membacakan padaku
satu huruf (bentuk bacaan) dan aku mengulanginya, dan aku
memintanya menambah (bentuk bacaan), maka dia telah
menambah bacaan padaku sehinggalah berakhir ke tujuh huruf
(bentuk bacaan).
(Muttafaq ‘Alaih)
• Tujuh perbezaan bacaan yang disebut dalam hadis ini bukan
bermaksud Qiraat tujuh, waiaupun Mujahid (wafat 324H) dan
Imam Syatibi mengehadkan jumlah Qiraat kepada tujuh Imam
sahaja.

• Imam Al-Jazari pula menyatakan ada sepuluh, Ad-Dimyatil


Banna' (wafat 1117H) pula menyatakan ada 14, Ibnu Jarir At-
Tobari (wafat 310H) pula menyatakan lebih dari 20 Qiraat
dalam tafsirnya dan pendapat-pendapat lain lagi yang
menunjukkan jumlah sebenar imam-imam Qiraat adalah
ramai dan tidak dapat dipastikan dengan tepat.

• Pendapat Imam Al-Jazari yang mengehadkan Qiraat kepada


sepuluh [mam sahaja adalah lebih terpilih daripada pendapat-
pendapat yang lain.
Makna Huruf

• Huruf dari sudut bahasa mempunyai banyak makna.


Diantaranya : Hujung sesuatu, Huruf Hija’iyyah,
sebahagian sesuatu atau satu pihak, bahasa atau lahjah
sesuatu bahasa, dan wajah-wajah (bentuk) qiraat yang
terdapat dalam Al-Quran.

• Manakala dari sudut istilahnya, ulamak berselisih


pendapat dalam memberi pengertian‫ سبعة أحرف‬dalam
hadis yang telah lalu. Di antara pendapat mereka :
• Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dengan memberi satu
makna.
• Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dan keseluruhan wajah
bagi kalimah-kalimah tidak terkeluar daripada 7 bahasa.
• Suruhan, tegahan, janji baik, janji buruk, perbantahan, kisah-kisah
dan perumpamaan.
• Atau suruhan, tegahan, halal, haram, muhkam, mutashabih, dan
perumpamaan.
• Tujuh ilmu iaitu : Ilmu mengada dan menjadikan, Tauhid dan Tanzih,
Sifat dan Zat Allah, perbuatan Allah, Pengampun dan Azab, ilmu
mengumpul manusia di mahsyar/hisab dan ilmu kenabian.
• Tujuh makna yang selari ( cth : @‫هلم‬,‫ت@@@ع@ا@@ل أ@قبل‬
, ) yang bermaksud sama
iaitu datanglah atau tampillah.
Pendapat Imam Abu Fakh al-Din al-Razi (Jumhur)

1. Kepelbagaian pada kata nama sama ada dengan tunggal atau jamak
seperti{‫} والذىألمانتهم و عهدهم راعون‬

2. Kepelbagaian pada wajah-wajah I'rab seperti {‫} فتلقىءادم منربه كلمت‬

3. Kepelbagaian pada tasrif seperti {‫فقالوا ربنا باعد بين أسفارنا‬ }

4. Kepelbagaian dalam mendahulukan dan mengakhirkan kalimah


seperti {‫} فيقتلونويقتلون‬

5. Kepelbagaian dengan berlaku penukaran kalimah. Sama ada huruf


dengan huruf atau kalimah dengan kalimah {‫} ننشزها وانظر إلى العظام كيف‬
6. Kepelbagaian dengan penambahan dan pengurangan seperti {‫وأعد‬
‫} لهم جنت تجرى تحتها األنهر‬

7. Kepelbagaian lahjah dengan tafkhim dan tarqiq, fathah dan imalah,


izhar dan idgham, tashil, ishmam dan sebagainya. Ini adalah
merupakan perkara terpenting kerana ia menunjukkan Allah memberi
kemudahan dan keselesaan kepada umat Arab yang mengandungi
perbezaan loghat. Datangnya al-Quran itu menghormati setiap lahjah
atau dialek kabilah agar tidak menimbulkan sebarang kesulitan
dalam membaca al-Quran. Namun ianya tetap mengikut bahasa
Arab Quraisy.

• Menurut Dr. Subhi Salleh berdasarkan semua pendapat ialah : Tujuh


wajah bacaan yang dilonggarkan oleh Allah Taala kepada umat
Islam. Maka setipa orang boleh memilih mana-mana wajah bacaan
yang disukainya kerana semua wajah itu betul semuanya.
Qiraat, Riwayat dan Toriq
• Qiraat, Riwayat dan Toriq adalah istilah yang digunakan bagi
memastikan kesahihan bacaan yang mereka ambil tanpa sebarang
perubahan dan sampai kepada Rasulullah s.a.w.

• Perbezaan Qiraat, Riwayat dan Toriq ini tidak boleh disamakan


keadaannya dengan mazhab-mazhab Fiqah yang berbeza-beza,
yang menjadi ikutan umat Islam mengikut kedudukan geografi dan
kesesuaian masing-masing. Ini kerana perbezaan mazhab-mazhab
Fiqah adalah suatu yang berbentuk Ijtihad (fatwa) imam-imam
berdasarkan apa yang mereka fahami menerusi dalil-dalil dari al-
Quran atau Hadis.

• Sedangkan Qiraat bukan suatu fatwa, tetapi ia adalah bacaan al-


Quran yang diambil terus dari Rasulullah s.a.w. secara riwayat
tanpa diubahsuai sedikit pun. Berlakunya perbezaan kerana
Rasululiah s.a.w. sendiri yang membenarkan perubahan tersebut.
Perbezaan itu pula tidak diterima jika ia direka setelah wafat
Rasulullah s.a.w.
HUBUNGAN DI ANTARA AL-QURAN DAN
AL-QIRAAT

• Ulama berselisih pendapat dalam persoalan adakah kedua-duanya


merupakan perkara yang sama atau sebaliknya.

• Imam Badr al-Din Al- Zarkasyi menyatakan bahawa Al-Quran dan


Al-Qiraat adalah dua hakikat yang berlainan. Ini kerana Al-Quran
adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai
mukjizat dan keterangan. Sebaliknya Al-Qiraat pula adalah
kepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedah
pembacaan seperti takhfif dan tashdid. Al-Qiraat mestilah diambil
melalui proses talaqqi dan mushafahah.

• Dr. Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa Al-Quran


dan Al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. Berdasarkan
Al-Quran adalah masdar yang seerti dengan Al-Qiraah. Al-Qiraat
pula jamak kepada Al-Qiraah. Maka bagi beliau kedua-duanya
adalah mempunyai satu makna.
Rukun Bacaan Qiraat Yang Sahih

1. Bacaan tersebut hendaklah menepati kaedah


Bahasa Arab dalam salah satu bentuknya.

2. Menepati tulisan dalam salah atu kaedah


Rasm Uthmani

3. Diterima secara mutawatir dari Rasulullah


SAW.

4. Cara Pengambilan bentuk bacaan ini


hendaklah secara Talaqqi dan Musyafahah.
Senarai Imam al-Qiraat
Imam al-Qiraat Tujuh:
• Nafi’ – Qalun dan Warsy
• Ibn Kathir – Bazzi dan Qunbul
• Ibn Amir – Hisyam dan Ibn Zakwan
• Abu ‘Amr – Duriy dan Susiy
• ‘Asim – Syu’bah dan Hafs
• Hamzah – Khalaf dan Khallad
• Kisa’i – Duriy dan Abu al-Harith

Tambahan (Qiraat 10)


• Abu Ja’far – Ibn Wirdan dan Ibn Jammaz
• Ya’qub – Ruwais dan Ruh
• Khalaf – Ibn Ishaq dan Idris

Shadz (Qiraat 14)


• Ibn Muhaisan – al-Bazzi dan Ibn Syanbuz
• Al-Yazidi – Sulaiman dan Ahmad b. Farh
• Hasan al-Basri – Syuja’ dan al-Duri
• Al-A’masy – Hasan al-Muti’i dan Abu al-Faraj al-Syanbuzi
Pembahagian Al-Qiraat Dari Sudut
Sanad

Al-Qiraat jika ditinjau dari sudut sanad terbahagi kepada enam :

1) Al-Mutawatir
Qiraat yang diriwayatkan oleh sekumpulan dari sekumpulan yang
tidak mungkin persepakatan mereka di atas pendustaan. Contohnya
Qiraat yang disepakati daripada imam-imam yang tujuh.

2) Al-Masyhur
Qiraat yang sah sanadnya kerana periwayatnya adil, mempunyai
kekuatan ingatan dan meriwayatkan daripada periwayat yang
sepertinya. Begitu juga Qiraat itu bertepatan dengan bahasa arab
dan salah satu daripada mushaf-mushaf uthmani. Sama ada
daripada Qiraat Sab'ah atau A'sharah. Juga Qiraat tersebut
masyhur di kalangan qurra' dan tidak di kira sebagai salah.

Contohnya, Qiraat yang diriwayatkan daripada imam yang tujuh


tetapi tidak disepakati.
3) Al-Sahih
Qiraat yang sah sanadnya tetapi bersalahan dengan rasm atau
bahasa arab atau tidak masyhur seperti yang disebutkan. Bahagian
ini tidak dibaca dan tidak wajib beri'tikad akan kebenarannya.

4) Al-Shaz
Qiraat yang tidak sah sanadnya seperti Qiraat Ibn As
Sumaiqi'{‫} فاليوم ننحيك ببدنك لتكون لمنخلفك ءاية‬

5) Al-Maudu'
Qiraat yang diriwayatkan kepada periwayatnya tanpa ada asas.

6) Al-Shabih Bil Mudraj


Qiraat yang ditambah kerana menafsirkan ayat seperti Qiraat Saad
Ibn Abi Waqqas { ‫}وله أخ أو أختمن أم‬
Usul al-Qiraat
• Bab al-Fatihah
• Isti’azah
• Basmalah
• Mim Jama’
• Hamzah Mufrad
• Hamzah min Kalimah
• Hamzah min Kalimatayn
• Idgham Kabir
• Ha’ al-Kinayah
• Idgham Harfayn Mutaqaribayn dan Mutajanisayn
• Imalah dan Taqlil
• Mad dan Qasr
• Bab al-Lamat
• Bab al-Ra’at
• Dan sebagainya (sebanyak 32 bab)
Perkembangan Bacaan Qiraat
Seluruh Dunia Islam

• Qiraat Nafi’ bin Abd Rahman melalui riwayat Qalun


terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%).
Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair,
Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di
Sudan(3%).
• Qiraat Abu ‘Amru al-Basri terdapat disebahagian wilayah
di Sudan (0.3%)
• Qiraat Ibn ‘Amir al-Dimasyqi terdapat di Yaman (1%)
• Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan
Qiraat ‘Asim bin Abi Najud melalui riwayat Hafs bin
Sulaiman al-Kufi.(95%)
Company
LOGO KHATIMAH

SEKIAN
WASSALAM

Anda mungkin juga menyukai