• Kewujudan manusia sebelum dosa muncul dalam kehidupan mereka • Setelah manusia berdosa dan diusir drpd taman Eden. ASAL PENCIPTAAN MANUSIA Penciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada perspektif agama Kristian sama dengan agama Yahudi kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis dalam Perjanjian Lama. Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir. ADAM PERTAMA disebutkan sebagai berikut: “Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi mahluk yang hidup.” (ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang perempuan. Ia adalah manusia pertama. “seperti ada tertulis: manusia pertama, Adam menjadi mahluk yang hidup.” (1 korintus 15:45) 2 2 ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)
Namun Adam sebagai manusia pertama
melakukan dosa dengan melanggar perintah Tuhan. Sejak itu, tidak ada lagi manusia yang sempurna dalam dunia sepanjang zaman, bahkan semua manusia memiliki dosa dalam gen mereka yang boleh bermutasi atau diwariskan dalam keturunan manusia.
“sebab itu, sama seperti dosa telah masuk
ke dalam dunia oleh satu orang dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut telah menjalar kepada semua orang, kerana semua orang telah berbuat dosa.” (Roma 5:12) 3 ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)
Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan
ADAM KEDUA. Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus dosa. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun ke bumi dan hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai peribadi Tuhan yang maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar dapat dikorbankan dengan sempurna. Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan yang maha pencipta itu, namun Jesus juga adalah manusia biasa seperti yang Tuhan maksudkan, iaitu manusia ciptaan Tuhan yang sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung dan maha pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. Tuhan sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa Adam. 4 AJARAN KRISTIAN MENGENAI MANUSIA
1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad
2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.
3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.
4. Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Dosa ini dikenali sebagai
dosa warisan iaitu dosa yang dolakukan oleh Adam.
5. Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan
manusia dari dosa warisan tersebut.
6. Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh
paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya. 5