Anda di halaman 1dari 13

Unit 23 :

Rakyat Cemerlang Negara Gemilang

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5


Nilai sanggup berkorban untuk negara

Definisi
▪ Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu
termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk
negara
Kata Kunci Nilai
▪ Rela melakukan sesuatu seperti ...
▪ Rela menyerahkan nyawa
Kandungan Akademik/Isi Penting Topik
▪ Mengharumkan nama negara merupakan satu
tanggungjawab sebagai rakyat.
▪ Terdapat pelbagai cara mengharumkan nama
negara seperti :
a) menyertai aktiviti sukarelawan antarabangsa
b) menyertai pertandingan sukan, akademik ,
hiburan antarabangsa
Contoh Tokoh Yang Berjaya Mengharumkan
Nama Negara (dari buku teks)
a) Dato’ Abdul Malik Mydin – berjaya berenang
merentas Selat Inggeris
b) Encik Rahim Dahalan bersama kumpulan payung
terjun telah membuat terjunan di Kutub Utara.
c) Husaini Omar dan Ratnasamy Muniandy berjaya
mendapat pingat emas pertandingan rekacipta –
ciptaan mereka ialah H-Ometer
d. Toi See Zang atau Zang Toi menjadi pereka
fesyen terkenal di Amerika Syarikat.
e. Jimmy Choo terkenal ciptaan kasut, beg
tangan dan minyak wangi.
f. Datuk Tony Fernandez – AirAsia
g. Datuk Ananda Krishnan – Astro dan Maxis
Rahsia Tokoh-tokoh Berjaya
Mengharumkan Nama Negara
a) Sanggup mengorbankan wang, masa dan
tenaga .
b) Mempunyai semangat patriotik terhadap
negara.
c) Berdikari dan rajin untuk terus mencuba
walaupun selalu gagal.
Cara Pelajar Berkorban dan Berbakti Kepada
Negara
a) Menjadi duta kecil negara apabila belajar atau
bekerja di luar negara.
b) Menyertai perkhemahan antarabangsa unit
uniform seperti Jambori Pengakap Sedunia.
c) Menyertai pertandingan bakat, sukan atau
olahraga melibatkan sekolah menengah dan
rendah.
d) Terlibat dalam aktviti sukarela antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai