Anda di halaman 1dari 41

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

TAJUK 1
PENGENALAN KEPADA GERAK
KERJA KOKURIKULUM
PENGENALAN
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan,kemahiran, norma, nilai, unsur, kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
(Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997)

HURAIAN DI ATAS BERMAKSUD PERLAKSANAAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB


DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (AKTA
PENDIDIKAN 1996). SEBARANG KEGAGALAN DAN KEENGGANAN MELAKSANAKAN
KEGIATAN KOKURIKULUM MERUPAKAN SUATU KESALAHAN DAN APABILA
DISABITKAN BOLEH DIDENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU ATAU DIPENJARAKAN
SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA BULAN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI
(Akta Pendidikan, 1996)
KONSEP KURIKULUM

Konsep kokurikulum merupakan kepelbagaian aktiviti atau gerak


kerja terancang atas lanjutan dari proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bertujuan untuk memberi murid
peluang menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang telah dipelajari dalam bilik darjah.
(Akta Pendidikan, 1996)

KURIKULUM DAN KOKURIKULUM


ADALAH
SALING LENGKAP MELENGKAPI
MATLAMAT KOKURIKULUM

Matlamat Kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua


murid, warga guru/IPG serta anggota masyarakat dan berhasrat
mencapai matlamat berikut:
• Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional
dikalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar.
• Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan
dengan pendidikan formal
• Menyemai nilai pendidikan
• Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek
kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.
• Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya
dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan.
• Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS.
• Mengisi masa lapang dengan berfaedah.
OBJEKTIF KOKURIKULUM
• Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan
kepada tuhan
• Menyumbang perkembangan JERIS
• Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid
• Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat murid dalam
aktiviti diceburi.
• Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok
• Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala
antara sekolah dan masyarakat.
• Mewujudkan sekolah berwatak
• Menyediakan murid untuk program PLKN dan integrasi nasional
STRATEGI PERLAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM
Bagi mencapai matlamat dan objektif tersebut,beberapa
strategi
boleh dilakukan:
• Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum
• Menambah bilangan pasukan beruniform, persatuan/kelab,
kelab sukan dan permainan dan mempelbagaikan aktiviti
supaya memberi peluang kepada semua murid melibatkan
aktiviti mengikut minat dan hobi mereka.
• Aktiviti disesuaikan bagi melibatkan murid semua kaum untuk
tujuan pemupukkan perpaduan
• Melibatkan murid, guru-guru, PIBG dalam perancangan dan
perlaksanaan aktiviti kokurikulum
Samb…
• Memberi penekanan penghayatan agama dan nilai-nilai
murni dalam setiap aktiviti
• Merancang aktiviti dengan teliti bagi mencapai objektif.
• Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang
dijalankan
• Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan
semua murid
• Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan
berterusan.
• Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak
dari semasa ke semasa
KOMPONEN ATAU BIDANG GERAK KERJA
KOKURIKULUM (GERKO)
TIGA BIDANG UTAMA
UNIT BERUNIFORM
Unit beruniform boleh ditubuh mengikut:
• Keperluan IPG/Sekolah
• Peralatan yang ada
• Tenaga pengajar atau jurulatih
• Kemudahan yang ada di IPG /sekolah
Antara pasukan Unit Beruniform yang boleh ditubuhkan ialah:

PENGAKAP, KADET PANDU PUTERI, BULAN SABIT MERAH, ST JOHN


AMBULAN, KADET REMAJA SEKOLAH, PERSATUAN PUTERI ISLAM.
MANAKALA WATANIAH, KADET BOMBA, KADET POLIS DAN BAND
RANJER DITAMBAH DI SEKOLAH MENENGAH.
KELAB DAN PERSATUAN
Terdapat dua jenis Kelab atau Persatuan yang
boleh ditubuhkan :
i) Berasakan akademik
ii)Berasaskan minat, kecenderungan, hobi atau
perkhidmatan

PERSATUAN DAN KELAB

BERASAKAN MINAT
BERASAKAN AKADEMIK
PERKHIDMATAN
KECENDERUNGAN DAN
HOBI
Samb……
Persatuan berasakan Akademik
• Persatuan Bahasa
• Sains
• Matematik
• Seni Lukis
• Muzik
• Komputer
• Agama
• Geografi
• Sejarah
• Perdagangan
• Ekonomi (Sekolah Men shj)
Samb..

Persatuan dan Kelab berasakan Minat,Perkhidmatan dan Hobi


• Persatuan Perpustakaan
• Persatuan Koperasi Sekolah
• Persatuan Pencinta Alam
• Persatuan Pengguna
• Kelab Koir
• Bimbingan dan Kaunseling
• Rakan sebaya,
• Kembara
• Seni Foto
SUKAN DAN PERMAINAN

Sukan dan permainan dibahagikan pada dua iaitu


i) Sukan dan Olahraga
ii) Permainan

i ) Sukan dan olahraga


- Acara balapan
- Acara padang

ii) Permainan
Permainan boleh dibahagikan pada dua iaitu
- Permainan antarabangsa
- Permainan tradisional
Samb…

Permainan antarabangsa
Bola sepak, badminton, bola jaring dsb

Permainan tradisional
Wau, gasing, batu seremban dll
PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH
PENGETUA /GURU BESAR

GPK HEM GPK KOKURIKULUM PENYELIA PETANG

SETIAUSAHA KO-KU PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

SETIAUSAHA PENYELARAS KELAB/PERSATUAN


SUKAN/OLAHRAGA SEKOLAH

PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN


GURU RUMAH SUKAN

GURU PASUKAN SEKOLAH GURU-GURU PENASIHAT

PENGERUSI PASUKAN BADAN BERUNIFORM, KELAB/PERSATUAN,


KELAB/PERMAINAN, KETUA RUMAH SUKAN, GURU-GURU DAN KAPTEN PASUKAN
SEKOLAH
Carta Organisasi Gerak Kerja Ko Kurikulum Sekolah
(Struktur ini boleh diubahsuai mengikut Pentadbiran Sekolah )
SENARAI TUGAS AHLI JAWATAN KUASA PENGURUSAN
KOKURIKULUM
• Merancang aktiviti sekolah (jangka panjang dan pendek)
• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
• Menentukan peraturan kokurikulum sekolah
• Menentukan takwim dan jadual aktiviti tahunan
• Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti
Kokurikulum Daerah
• Menentukan takwim dan jadual aktiviti tahunan
• Menentukan tarikh Kejohanan olahraga, Merentas Desa, Hari
Kokurikulum dll
• Menilai aktiviti kokurikulum dan buat laporan tahunan
• Membuat anggaran perbelanjaan dan peruntukkan kewangan
• Membuat pilihan dan pengiktirafan kepada guru dan pelajar
yang cemerlang dalam kokurikulum
• Memastikan semua kemudahan dan peralatan ada dan selamat
digunakan
TUGAS GPK HEP/GPK KOKURIKULUM
• Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah
• Memilih dan melantik guru-guru dalam bidang kokurikulum
• Memastika setiap unit kokurikulum berjalan dengan lancar dan
berkesan
• Menyelesaikan masalah berbangkit dalam pengendalian aktiviti
kokurikulum
• Menyelaras dengan sekolah tentang peruntukan dan kewangan
• Menerima kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum
• Menerima laporan pada akhir tahun tentang aktiviti
kokurikulum
• Memutuskan anugerah kecermerlangan kokurikulum
TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
• Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
• Membantu mengagihkan tugas dan memilih guru dalam unit
kokurikulum
• Memilih dan mengagihkan pelajar dalam bidang kokurikulum
• Memastikan kemudahan dan keselamatan perlaksanaan
kokurikulum
• Memastikan sekolah dan data diselenggarakan dengan baik
• Memastikan borang-borang dan rekod dikemaskini dan
mencukupi
• Mengadakan aktiviti tambahan kepada guru dan pelajar
TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
• Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah
• Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang bersesuaian
dengan aktiviti MSSD, MSSN, MSSM
• Membantu Setiusaha Kokurikulum mengagihkan tugas dalam
olahraga dan permainan
• Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan
• Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti
dan peralatan.
• Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar
sekolah
• Mengurus dan mengemaskini buku stok dan inventori
peralatan sukan
• Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan
sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod
• Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan
sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah
TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/PASUKAN BADAN UNIFORM
• Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan kelab/badan
beruniform
• Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat
• Menyelaras aktiviti perjumpaan mingguan
• Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar
menyertai persatuan/kelab/pasukan beruniform
• Memastikan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat
difailkan dengan baik
• Memastikan aktiviti, mesyuarat agung dan pemilihan AJK
diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan
• Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
• Menyediakan borang /buku yang diperlukan untuk aktiviti :
- Borang penyertaan persatuan
- Borang senarai AJK dan ahli
- Buku laporan aktiviti
- Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan
pencapaian kokurikulum sekolah
TUGAS GURU PENASIHAT /PEMIMPIN PESURUHJAYA
• Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan
• Memastikan ada perlembagaan dan peraturan Persatuan
• Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah
• Memastikan AJK menjalankan tugas mereka
• Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama guru penasihat lain
• Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
• Merancang strategi untuk meningkatkan kecermerlangan pasukan
• Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda diurus dengan baik
• Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan
• Mendaftar pasukan Badan Beruniform /Kelab/Persatuan/Permainan
• Memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli
• Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan diperingkat sekolah, zon, daerah,
negeri dan kebangsaan
• Menandatangani buku kehadiran pelajar
• Menghadiri perjumpaan dan mesyuarat yang berkaitan dengan unit lain
• Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya
• Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan
• Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program
TUGAS GURU KELAB/PERSATUAN/PERMAINAN/BADAN BERUNIFORM

• Menyertai mesyuarat dan membentuk AJK


• Merancang aktiviti tahunan
• Mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar
• Memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi
• Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim sekolah
• Menganjurkan perlawanan antara rumah/pasukan
• Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah
• Mengurus surat menyurat dengan ibu bapa dan pihak lain
• Melapor dan merekodkan keputusan pertandingan
• Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan sukan
• Menilai prestasi pasukan sekolah dan cara meningkatkannya
• Menghadiri kursus, seminar, majlis sukan, perkhemahan dan
sebagainya
AKTA/SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN
PERATURAN AM PERLAKSANAAN GERAK KERJA
KOKURIKULUM
Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21 Mei 1998,Jilid 42. No 11
Tambahan No 41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA
PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan:

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN(PERSATUANSEKOLAH )
1998.

Pada masa menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen


130 Akta Pendidikan 1996, Menteri Pelajaran membuat
Peraturan-peraturan yang berikut :
1. Peraturan-peraturan ini dinamakan peraturan-peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah
mula berkuat kuasa pada 21 Mei 1998
2. Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah
Kerajaan dan Sekolah bantuan kerajaan
3. Dalam pertauran-peraturan ini
• Guru besar atau pengetua ertinya Pegawai dalam
Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh ketua pengarah
pendidikan untuk menguruskan sekolah
• Jawatakuasa ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau
dipilh untuk menjalankan tugas Persatuan/Kelab sekolah
• Penasihat ertinya guru yang dilantik Guru Besar atau
Pengetua untuk memberi nasihat kepada Persatuan/Kelab
sekolah
• Persatuan ertinya apa-apa Kelab atau Persatuan murid-
murid dan guru
Samb….

4. Guru besar dan Pengetua setelah menerima permohonan secara


bertulis hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada
kategori yang berikut:
• Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang
dinyatakan dalam peraturan pendidikan (kurikulum kebangsaan
1997)
• Hobi dan rekreasi
• Sukan dan permainan
• Badan beruniform
• Apa-apa persatuan yang diluluskan oleh pendaftar
Samb…
5(a) Jawatan kuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau
pengetua laporan lengkap mengenai perkara-perkara berikut.
• Perlembagaan Persatuan
• Senarai ahli Jawatankuasa
• Senarai aktiviti utama/Kelab/Persatuan

(b) Laporan hendaklah dikemukakan dalam masa 14 hari


berkuatkuasannya peraturan-peraturan ini atau dalam hal
persatua/kelab yang ditubuhkan selepas peraturan-peraturan ini
berkuatkuasa dalam tempoh 14 hari selepas mensyuarat
pertama Persatuan/Kelab tersebut.

(c) Perlembagaan dan perubahan dalam perlembagaan,


peraturan, jawatakuasa atau ahli persatuan hendaklah
diluluskan oleh guru besar atau pengetua.
Samb…
6. (a) Jawatakuasa tiap-tiap persatuan /Kelab sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau pengetua
laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam
Perlembagaan, Peraturan, Jawatankuasa atau ahli Persatuan

(b) Laporan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas


hari dari tarikh laporan tentang perubahan itu dibuat, dan
hendaklah disahkan dengan tandatangan Pengerusi dan
Setiausaha persatuan/ Kelab berkenaan

(c) Guru Besar atau Pengetua boleh menerima atau enggan


menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1)
Samb….
7. Guru besar dan pengetua hendaklah menyimpan atau
menyebabkan disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli
persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas
berkuatkuasannya peraturan-peraturan ini dan
hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pendaftar

8. Guru besar atau pengetua hendaklah melantik seorang


atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai
penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap
persatuan/kelab dan disimpan satu rekod tentang
maklumat itu dan hendaklah sedia ada menyimpan
untuk pemeriksaan oleh pendaftar
Samb….
9.(a) Akaun bagi tiap-tiap persatuan/kelab sekolah hendaklah di
bawah kawalan Guru Besar atau Pengetua dan Guru
Penasihat

(b) Guru Besar atau Pengetua hendkalah menyimpan atau


menyebabkan supaya disimpan suatu akaun dibawah
jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah
berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada
bagi pemeriksaan oleh pendaftar.

10. Pendaftar , Guru Besar dan Pengetua boleh mengarahkan


mana-mana Persatuan/Kelab sekolah mematuhi peraturan
tentang pengurusan, aktiviti keahlian atau selainnya
berkenaan dengan Persatuan /Kelab itu.
Samb….
11.(a) Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh secara bertulis mengarah
mana-mana Persatuan /Kelab sekolah dibubarkan jika dia tidak berpuashati
bahawa Persatuan /Kelab itu mungkin digunakan bagi maksud:
- yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru
- propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia
atau awam
- yang memudaratkan kepentingan murid
- yang melanggar mana-mana peraturan atau peruntukan
peraturan- peraturan ini

(b) Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau peraturan 10
hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya
dipapan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di
premis ekolah
12. Peraturan-peraturan di Bawah Seksyen 92
Ordinan Pelajaran 1952 Dibatalkan Dibuat
8 April 1998 (KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. IV
(25): PN. (PU2) 569.
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PERLAKSANAAN
DASAR PELAJARAN 7 HB NOVEMBER 1979 TELAH
MEMPERAKUKAN
PERKARA 50
Semua murid hendaklah mengambil bahagian secara aktif dalam
kegiatan kokuirkulum. Guru-guru hendaklah didedahkan
kepada pendekatan yang menarik dalam pengendalian
kegiatan-kegiatan kokurikulum apabila mereka menjalani
kursus perguruan. Guru-guru yang banyak berjasa hendaklah
diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

PERKARA 51
Untuk meningkatkan lagi mutu pasukan beruniform di sekolah
maka adalah diperakukan guru-guru yang memimpin pasukan
tersebut hendaklah terdiri dari mereka yang menerima
latihan kepimpinan dan pengendalian dalam pergerakan-
pergerakan tersebut.
PERKARA 52
Memandangkan latihan Pasukan Kadet Tentera dan Pasukan Kadet Polis
adalah sangat berfaedaha untuk menyemai semangat disiplin dan
berdikari yang tinggi maka diperakukan supaya pasukan-pasukan
tersebut hendaklah diperluaskan seberapa banyak yang boleh.

PERKARA 53
Untuk menjamin persatuan-persatuan dan kelab-kelab di sekolah dapat
memainkan peranan dalam pembentukkan perpaduan dikalangan
murid-murid adalah diperakukan :
(a) Sekolah digalakkan menubuhkan persatuan/kelab atau kelab-kelab
yang boleh mendatangkan faedah kepada murid-murid. Pemilihan
persatuan/kelab hendaklah berasaskan kemudahan-kemudahan yang
ada dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan
(b)Persatuan Bahasa seperti Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan sebagainya hendaklah ditubuhkan
dengan tujuan menyemai memupuk dan menanam minat murid dan
meningkatkan kemajuan mereka dalam penggunaan sesuatu bahasa.
(c) Murid-murid dari pelabagai kaum hendaklah digalakkan
menyertainya selain persatuan berasaskan bahas a Ibunda mereka
PERATURAN 54
Untuk memastikan kegiatan sukan dan olahraga
dapat mencapai matlamat yang ditentukan
adalah perakuan :
(a)Sekolah hendaklah mengadakan senaman
beramai-ramai yang melibatkan penyertaan
semua murid. Pertandingan senaman beramai-
ramai diantara pasukan disesebuah sekolah dan
antara sekolah hendaklah dijalankan.
(b)Permainan-permainan disekolah seberapa yang
boleh hendaklah melibatkan penyertaan murid
yang ramai seperti dalam perlumbaan merentas
desa.
PERKARA 55
Adalah diperakukan bahawa semua sekolah
memperkemaskan lagi program-program
kokurikulum dan dalam perlaksanaan
program-program ini keutamaan hendaklah
diberikan kepada kegiatan-kegiatan yang
boleh memupuk disiplin dikalangan murid-
murid. Di samping itu guru-guru yang
mengendaklikan kegiatan kokurikulum
hendaklah diberi pengiktirafan yang
sewajarnya supaya mereka lebih bergiat lagi
terutama dari segi penyeliaan .
GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG DI
BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957 (THE
SCHOOL TOURS REGULATIONS 1957)

TAKRIF PELANCONGAN ADALAH SEBAGAIMANA YANG DITERANGKAN


DALAM PERATURAN 2 (1) DAN 2(2) THE SCHOOLS (TOURS)
REGULATIONS 1957.

Cara memohon
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang JPN .
Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak sekolah

b) Bagi dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan


Samb..
c) Bagi lawatan keluar keluar negeri tiap-tiap permohonan
hendaklah dalam 6 salinan. Tambahan satu salinan bagi tiap-
tiap satu negeri yang dilawati. Contoh ke Bandaraya Melaka,
Port Dickson di Negeri Sembilan, 3 negeri Kuala Lumpur dan
Wilayah Persekutuan (6+3=9 salinan)

d) Tentukan semua maklumat yang dikehendaki didisi dengan


lengkap

e)Borang permohonan yang telah lengkap diisi diserahkan


kepada Guru Besar/ Pengetua 6 minggu sebelum tarikh
lawatan

f) Guru besar dan Pengetau hendaklah menyampaikan borang


tersebut kepada pendaftar sekolah-sekolah negeri, jabatan
pendidikan negeri 5 minggu sebelum tarikh lawatan
Samb..
g) Sertakan sampul surat beralamat sendiri
h) Surat kebenaran bertulis ibu bapa /penjaga
tidak perlu dihantar kepada pendaftar
sekolah-sekolah negeri.
PANDUAN MENGISI BORANG
a) Permohonan ditandatangani sendiri oleh Guru
Besar/Pengetua

b) Bahagian butiran wang hendaklah mengandungi :


- jumlah wang yang dipungut
- punca wang (murid/guru/PIBG/subsidi/Tajaan
- catatkan semua pendapatan dan kemana
wang tersebut dibelanjakan

c) Catatkan semua tempat yang dilawati secara


terperinci
Samb…
d) Senarai peserta hendaklah mengandungi maklumat
- nama penuh
- jantina
- bangsa
- darjah/tingkatan
- alamat

e) Hal-hal lain
-persetujuan bertulis ibu bapa /penjaga murid
- perakuan kebenaran bertulis mengikut format
yang dilampirkan
- kebenaran bertulis Guru Besar/Pengetua
Rujukan
Dr.Tam Yeow Kwai (2010). Pengurusan Kokurikulum. Kumpulan Budiman Sdn
Bhd KL.

Wee Eng Hoe (1996). Gerak kerja Kokuirkulum (sukan). Fakar Bakti Sdn Bhd.

Helen Ten Hong Beng (1992). Pengelolaan dan Pengurusan Pertandingan


Sukan. Fajar Bakti Sdn Bhd

Wee Eng Hoe (2003). Panduan Pengajaran Olahraga. KarismaPublication Sdn


Bhd.

Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Pearson Education


Malaysia Sdn Bhd.

Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan.


Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai