Anda di halaman 1dari 15

EDUP 3033

TEORI KECERDASAN PELBAGAI DAN


TEORI KECERDASAN EMOSI
DISEDIAKAN OLEH :
1. ADRIANA AISHAH BINTI MUHAMAD DIN
2. NAYLI SYAMIMI HANNAN BINTI ZAMZURI
3. NURUL ATHIRAH BINTI MAZLAN
4. NURUL NAZIHAH BINTI NASIR
5. SYAIDATUL FAIQAHANISS BINTI ABDUL MULUK

KELAS : 2 PISMP PI5


NAMA PENSYARAH : MOHD KASHFI BIN MOHD JAILANI
PLUS, MINUS, INTERESTING
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
DAN TEORI KECERDASAN EMOSI
DALAM PDP
Plus Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Kecerdasan Emosi

Antara kelebihan pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai dalam proses pembelajaran ialah seseorang
guru itu dapat melihat potensi yang ada pada pelajar. Melalui pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai dalam
proses pembelajaran, setiap murid mampu memperkembangkan potensi yang ada dalam diri masing-masing
memandangkan setiap insan di dunia ini dikurniakan dengan kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Misalnya,
terdapat murid-murid yang mempunyai bakat dalam bidang artisitk manakala ada juga murid lain yang
berkebolehan dalam bidang sukan.

Selain itu, pengaplikasian teori kecerdasan membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang
kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Guru-guru mendapat peluang untuk mengenal pasti kelebihan
dan kelemahan murid-murid dengan lebih teliti. Dengan ini, setiap kelebihan yang ada dalam diri murid-murid
boleh diperkembangkan lagi manakala kekurangan-kekurangan yang lain boleh diperbaiki.
Di samping itu, bukan sahaja guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik malah
membangunkan ko-kurikulum pelajar. Secara umumnya, teori kecerdasan pelbagai menekankan bahawa
kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya
berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Dalam erti kata
lain, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-
kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.

Sementelahan pula, teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan
teknik pengajaran. Hal ini membuka peluang kepada para guru untuk menjadi lebih kreatif dalam
mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak mengehadkan guru ke atas cara
pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.

Bagi teori kecerdasan emosi pula, penerapan teori ini dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
membolehkan guru-guru bijak dalam mengawal emosi kendiri selain mampu memahami perilaku anak murid
berdasarkan pemerhatian terhadap emosi mereka. Guru-guru yang peka serta ambil cakna akan perihal ini mampu
berdepan dengan pelbagai situasi yang memerlukan kepada kawalan emosi yang baik. Oleh yang demikian, guru-
guru yang yang memahami teori kecerdasan emosi ini mampu mengelakkan diri daripada bertindak di luar
kawalan akibat daripada tekanan emosi hasil daripada situasi dalam kelas, tingkah laku murid dan persekitaran
bilik darjah. Hal ini bermakna guru-guru mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
ASPEK MINUS IMPLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.
Antara masalah yang dihadapi bagi pengaplikasian teori ini ialah guru terpaksa untuk mengenalpasti
terlebih dahulu kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji
selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Jika guru
tidak berjaya mengesan kecenderungan pelajar, secara tidak langsung tidak akan mencapai matlamat teori
tersebut.
Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu juga
merupakan salah satu keburukan dalam pengaplikasian teori ini dalam pembelajaran. Jika guru menggunakan
pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana
pelajar merasa bosan. Hal ini disebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta
mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak
mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk
belajar.
Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan kerana guru cenderung untuk mengamalkan dasar
pilih kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering memberi
peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar lain, maka hal ini
menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada
potensi seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.
ASPEK MINUS IMPLIKASI TEORI KECERDASAN EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Setiap orang mempunyai tahap emosi yang berbeza-beza. Jadi, guru tidak dapat mengenal pasti tahap emosi
setiap pelajar sehingga menyebabkan guru tidak mampu mengawal emosi dan kemarahan mereka. Hal ini kerana
untuk mengetahui emosi seseorang pelajar, guru memerlukan pemerhatian yang teliti dalam jangka masa yang
panjang. Perkara tersebut agak mustahil kerana seorang guru mempunyai ramai pelajar. Oleh itu, pelajar mungkin
cenderung untuk bertindak di luar kawalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di
luar kelas.
Selain itu, keadaan individu semasa mengalami emosi adalah berbeza-beza sewaktu berdepan dengan sesuatu
keadaan dan ransangan. Disebabkan guru terlalu mementingkan pengajaran semata-mata, tanpa mengambil berat
tentang masalah pelajar, emosi dan tekanan pelajar tidak dapat dibendung dengan baik. Tambahan lagi, ilmu
berhubung dengan kecerdasan emosi hanya perlu diselitkan oleh guru semasa proses PdP, bukannya merupakan
kemahiran yang wajib disampaikan kepada para pelajar. Malah, bukan semua guru menguasai bidang pengurusan
emosi dengan baik dan lancar.
Tambahan lagi, bagi sesetengah pelajar yang sememangnya menghadapi tekanan dan masalah keluarga, guru
sukar untuk mengawal emosi pelajar tersebut. Hal ini akan menyebabkan pelajar tersebut cenderung untuk melepaskan
bebanan stresnya di sekolah contohnya dengan melakukan vandalisme, mencuri, membuli dan sebagainya. Tambahan
lagi, apabila seseorang marah, ia akan mengalami degupan jantung yang kencang dan sekiranya emosi marahnya tidak
dibendung lagi, tindakan yang kurang rasional akan diambil. Masalah akan menjadi lebih teruk jika guru menghukum
pelajar atas kesalahan yang dilakukan tanpa menyelidik dahulu masalah yang dihadapi oleh mereka.
INTERESTING
Teori kecerdasan pelbagai
-pelajar dapat melalui teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran ialah pelajar dapat
membuat dan mengingati apa yang mereka pelajari mengikut minat mereka sendiri.
-panduan untuk guru merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut
jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang tardapat pada pelajar.
-Guru boleh mempelbagaikan cara pangajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu
tidak berfokus pada satu-satu jenis kecerdasan sahaja
-
Teori kecerdasan emosi
-Sokongan dan bimbingan dari guru untuk mengawal emosi pelajar mampu menjadikan pelajar akan lebih
gembira dan fokus dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
-Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik bersesuaian dengan emosi pelajar
-Murid akan lebih selesa dan mempercayai guru untuk meluahkan masalah yang dihadapi dan memudahkan
guru untuk membantu pelajar
Aspek Kesesuaian Teori Kecerdasan
Pelbagai Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
 Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur
melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai
yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang
untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat
sesuatu yang berguna kepada orang lain.
 Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia
seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa
dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
 “An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more
cultural setting”
 Teori kecerdasan pelbagai ini berkaitan dengan teori yang penting berhubungkait dengan guru dan murid.
 Menurutu Howard Gardner, setiap manusia mempunyai 8 kecerdasan pelbagai
 Intrapersonal, interpersonal, naturalis, kinestetik, muzik, visual-ruang, logical-matematik dan verbal-linguistik,
aspek kesesuaian

Aspek kesesuaian peringkat Aspek kesesuaian peringkat Aspek kesesuaian peringkat


padanan percubaan peningkatan
Aspek kesesuaian peringkat padanan

 Guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu
mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran. Setiap murid di
dalam kelas mempunyai kecerdasan pelbagai ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, guru
haruslah menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan mengikut kesesuaian kecerdasan pelbagai
murid.
 Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan Muzik, maka guru
tersebut boleh melakukan aktiviti yang melibatkan nyanyian atau lagu untuk memulakan sesi pembelajaran.
Selain itu, jika kebanyakkan murid mempunyai kecerdas pelbagai dari segi kinestetik, perlu melakukan
aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik
minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki
oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
 Aspek kesesuaian dari segi peringkat padanan ini, membolehkan guru mengenal pasti kekuatan sendiri
dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini,  guru dapat memilih
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini
guru boleh memperkembangkan potensi  murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.
Aspek kesesuaian peringkat percubaan

 Guru boleh memikirkan cara untuk mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan pengajaran
dengan mengikut kesesuaian teori kecerdasan pelbagai.
 Sebagai contoh, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa
lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan
nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang melibatkan soalan
bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun
grafik?
 guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah.
Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang
cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar
dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan
memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing -masing.
Aspek kesesuaian peringkat peningkatan

 Guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai  dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan
murid. Oleh itu, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran dengan kemahiran yang dipupuk.

 Sebagai contoh, Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan
masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk
menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti  masalah
dan penyelesaiannya. Peningkatan dari segi interpersonal pula, murid  mendapat pelbagai idea
melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan
intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri
mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada
alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

 Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar.
Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi
pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah
boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan
perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.
Aspek kesesuaian teori kecerdasan emosi dlm P&P
Goleman (2006) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan
diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran
untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan. Dalam kajian ini, kecerdasan
emosi merujuk kepada cara atau emosi pelajar itu sendiri dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran di
mana tahap kecerdasan emosi akan dilihat melalui demografi yang dimiliki oleh pelajar tersebut. Goleman (2006)
menyarankan lima faktor atribusi iaitu hal menganggap sesuatu sebagai hasil dari sesuatu yang lain terhadap
kecerdasan emosi.

Antara faktor tersebut ialah kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang untuk mengetahui perasaan
mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat
keputusan. Seseorang yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang
keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang kukuh.

Faktor kedua iaitu pengawalan kendiri dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya
memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Individu yang boleh mengawal diri
mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Individu sedemikian juga
cepat pulih dari pada tekanan emosi.
Faktor ketiga iaitu individu yang mempunyai motivasi kendiri berupaya menggunakan kehendak diri
dalam menggerakkan dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh
membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.
Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam
keadaan kekecewaan yang tinggi.

Faktor keempat iaitu empati merupakan faktor yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan
orang lain. Sifat empati juga membolehkan seseorang melihat atau memahami sudut pandangan orang
lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan
individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan,
kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang boleh
menunjukkan sifat empati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses
membantu seseorang (Corey et al., 1998).

Faktor kelima iaitu kemahiran bersosial yang membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi
secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan
jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang yang mempunyai kemahiran
bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik di samping berkebolehan
menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam sesebuah organisasi.

Anda mungkin juga menyukai