Anda di halaman 1dari 2

Wah, Seronoknya! 08.02.

2021

Keluarga Guan Hong berasa seronok bercuti di Pulau Pinang.

Mereka menaiki kereta api ke Bukit Bendera.

Guan Hong dan adiknya berenang di laut dengan gembiranya.

Mereka makan hidangan yang enak di restoran makanan laut.


Jawab soalan-soalan yang berikut: 08.02.2021

1. Di manakah keluarga Guan Hong bercuti?


Keluarga Guan Hong bercuti di Pulau Pinang.
2. Bagaimanakah mereka ke Bukit Bendera?
Mereka ke Bukit Bendera dengan menaiki kereta api.
3. Siapakah berenang di laut?
Guan Hong dan adiknya berenang di laut.
4. Di manakah mereka makan hidangan yang enak?
Mereka makan hidangan yang enak di restoran makanan laut.
5. Apakah kebaikan aktiviti melancong bersama dengan keluarga?
Kebaikan aktiviti melancong bersama dengan keluarga ialah hubungan
keluarga dapat dieratkan.

Anda mungkin juga menyukai