Anda di halaman 1dari 25

Tajuk Nama Pelajar Program Dan Penyelia

Pengenalan dan konteks


• Matematik merupakan suatu bidang ilmu dalam usaha pembinaan insan yang melatih minda
supaya berfikir secara mantik dan bersistem untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2017).
• Algoritma matematik ini bersesuaian dengan sifat matematik yang secara tabiinya menggalakkan
pembelajaran bermakna dan mencabar pemikiran.
• Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik diolah dan disusun semula
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menitikberatkan kesinambungan yang
berterusan ke peringkat seterusnya
Refleksi pdp
• Dalam konteks pendidikan matematik, fikrah matematik merujuk kepada kualiti murid yang
dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan.
• Murid yang berfikrah matematik ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik
dan memahami idea matematik, serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab pengetahuan dan
kemahiran matematik dalam kehidupan seharian berlandaskan sikap dan nilai matematik.
• Namun begitu, masih terdapat murid yang menghadapi kesukaran untuk memahami fikrah
matematik dalam bidang nombor dan operasi
• Sepanjang fasa praktikum, saya dapati bahawa terdapat murid yang belum menguasai
penambahan pecahan berbeza penyebut secara menyeluruh
• Hal ini akan mengakibatkan murid menghadapi kesusahan dalam menguasai bidang pembelajaran
matematik yang lain
Huraian pemilihan fokus kajian
• Fokus kajian tertumpu kepada tajuk pecahan dalam kalangan murid Tahun 4.
• Kurikulum tajuk pecahan Tahun 4 bermula dengan pecahan tak wajar dan nombor bercampur.
• Manakala Tahun 4, tajuk pecahan lebih bercambah kepada pecahan tak wajar dan nombor
bercampur serta operasi tambah dan tolak dalam pecahan.
• Punca masalah ini dapat dilihat berdasarkan lembaran kerja yang diberi dan disemak.
• Tambahan pula, pemerhatian dilakukan dari seorang murid ke seorang murid semasa penilaian
kendiri dijalankan di dalam kelas semasa mengajar tajuk penambahan jisim melibatkan pecahan.
• Setelah lembaran kerja disemak, saya mendapati terdapat beberapa pola kesalahan yang dilakukan
oleh murid-murid yang kurang menguasai konsep penambahan pecahan berbeza penyebut.
• Beberapa kriteria telah diambil kira seperti kebolehtadbiran, kepentingan, dan kolaborasi.
Pengumpulan data awal
• Pengumpulan data awal adalah untuk memilih peserta kajian dalam melaksanakan kajian tindakan ini.
• Peserta kajian adalah murid yang mempunyai masalah dalam penambahan pecahan berbeza penyebut
• Ujian diagnostik merupakan salah satu kaedah pengumpulan data awal.
• Ujian saringan ini dijalankan terhadap semua murid di dalam satu kelas.
• Ujian ini mengandungi soalan yang khusus bagi tajuk penambahan pecahan berbeza penyebut.
• Ujian ini dilakukan sebagai pentaksiran kendiri selepas tamatnya belajar tajuk penambahan pecahan
berbeza penyebut.
• melihat skor ujian saringan, saya menapis peserta kajian melalui analisis ujian saringan tersebut.
• Saya memilih murid yang mempunyai skor rendah dalam ujian saringan tersebut.
• Saya meneliti cara murid menyelesaikan penambahan pecahan berbeza penyebut.
• Menerusi semakan dan penelitian tersebut, saya dapat mengenal pasti punca skor rendah dalam ujian
saringan tersebut disebabkan kecuaian murid atau murid benar-benar tidak menguasai konsep
penambahan pecahan berbeza penyebut.
Tindakan
• Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen, iaitu i. Membuat refleksi (reflect) ii.
Merancang (plan) iii. Bertindak (action) dan iv. Memerhati (observe)
Mereflek
• saya mengenal pasti murid yang lemah dalam kemahiran penambahan pecahan berbeza penyebut.
• Tinjauan awal dilakukan melalui pentaksiran kendiri di dalam bilik darjah, lembaran kerja, semakan
buku latihan dan markah ujian murid.\
• Saya meneliti kesalahan dan kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam melakukan penambahan
berbeza penyebut.
Merancang
• Fasa merancang dimulakan sebaik sahaja peserta kajian telah dipilih
• saya merancang pembuatan bahan maujud bagi Kaedah Rama-Rama Terbang
• saya menyediakan jadual perancangan supaya pelaksanaan kajian saya lebih tersusun dan
sistematik
• saya mengenal pasti kaedah pengumpulan data yang digunakan sepanjang saya menjalankan
kajian ini.
• mengumpul data dan maklumat dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen.
Bertindak
• menguji pengetahuan murid mengenai penambahan pecahan berbeza penyebut. Ujian pra ini
mengandungi lapan soalan dan murid dikehendaki menjawab dalam masa 30 minit.
• . Setelah itu, saya memperkenalkan Kaedah Rama-Rama Terbang kepada peserta. Saya juga
menerangkan kepada peserta kajian tentang cara penggunaan kaedah tersebut. Saya juga
memberikan contoh soalan penambahan pecahan berbeza penyebut kepada peserta kajian supaya
murid mencuba menyelesaikan menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang. Pada waktu,
pengajaran saya lebih kepada individu di mana saya membimbing murid dan memberi tunjuk ajar
sekiranya murid masih tidak memahami cara penggunaan.
• Dari sudut pengumpulan data, saya mula mengumpul data berpandukan kaedah pemerhatian, temu
bual dan analisis dokumen.
Memerhati

• saya membuat pemerhatian dan melakukan analisis terhadap peserta kajian.


• Tindakan ini untuk melihat maklum balas dan respons peserta kajian sama ada dari segi minat
terhadap mata pelajaran Matematik dan tingkah laku atau perubahan sikap.
• Teori pembelajaran Behaviorisme yang mendefinisikan pembelajaran merupakan satu proses
pelaziman untuk menghasilkan perubahan tingkah laku (Azizi Yahaya et al, 2005).
• semakan ke atas ujian pra dan ujian pos dan meneliti segala maklumat yang ditulis oleh peserta
kajian.
• perbandingan marakah ujian pra dan ujian pos sama ada berlaku peningkatan kemahiran
penambahan pecahan berbeza penyebut.
Objektif kajian

i. Mengenal pasti kesalahan murid dalam melakukan penambahan pecahan berbeza penyebut

ii. Mengenal pasti kesukaran murid dalam melakukan operasi tambah pecahan berbeza penyebut

iii. Menghuraikan cara murid meningkatkan kemahiran penambahan pecahan berbeza penyebut

dengan menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang


Soalan kajian

•Soalan kajian yang dibina berdasarkan objektif adalah

i. Apakah kesalahan murid dalam menambah pecahan berbeza penyebut ?

ii. Mengapakah kesalahan berlaku dalam penambahan pecahan berbeza penyebut?

iii. Bagaimanakah murid meningkatkan kemahiran penambahan pecahan berbeza penyebut dengan

menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang?


Bil. Perkara Keterangan
1.   Nama sekolah SK A, Alor Setar
1.   Kelas 4B
1.   Bilangan peserta kajian 3 orang
1.   Jantina - 1 orang murid lelaki
- 2 orang murid perempuan
1.   Umur 10 tahun
1.   Pengenalan diri Ciri-ciri / Tingkah Laku / Prestasi Akademik
  Murid A (Lelaki) - Pasif
- Kurang fokus
- Mendapat C dalam Matematik
  Murid B (Perempuan) - Aktif
- Suka bermain
- Mendapat B dalam Matematik
  Murid C (Perempuan) - Pasif
- Suka berkhayal
- Mendapat C dalam Matematik
Perancangan kaedah mengumpul data
Perancangan cara menganlisis data
Dapatan kajian –objektif kajian 1
Dapatan kajian –objektif kajian 2
Dapatan kajian –objektif kajian 3
Perbincangan – objektif 1
Perbincangan – objektif 2
Perbincangan – objektif 3
Implikasi kajian & cadangan

Anda mungkin juga menyukai