Anda di halaman 1dari 27

PERATURAN

KESELAMATAN

1
Keselamatan Am
 Pengenalan
 Peraturan keselamatan bertujuan untuk melindungi
pekerja, pengguna, alat-alat dan bangunan daripada
bahaya yang mungkin berlaku ( bahaya elektrik ).
 Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan sebab
aliran arusnya tidak kelihatan. Arus ini boleh
mengakibatkan renjatan, kebakaran, lumpuh, letupan
bahkan kematian dan sebagainya
 Di negara kita, peraturan keselamatan elektrik ini
berdasarkan peraturan IEE ( Institution of Electrical
Engineers ) dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM)

2
Contoh-contoh KEMALANGAN

 Diantara contoh-contoh kemalangan yang biasa


berlaku di tempat kerja ( bengkel ) ialah:
 1. Tergelincir dan terjatuh - terseliuh / terkehel.
 2. Luka – berdarah.
 3. Terhantuk, terhempap, tersepit dan terketuk
– benjol /lebam
 4. Kecederaan mata – percikan / serpihan logam
 5. Kebakaran dan letupan – bahan api / litar
pintas.
 6. Kejutan Elektrik

3
Sebab-sebab berlakunya
KEMALANGAN.
 1. Tidak mematuhi Peraturan Keselamatan
 2. Tidak mengendalikan mesin / alat dengan betul.
 3. Menggunakan alat / mesin yang tidak sesuai atau
rosak
 4. Sikap cuai, tergesa-gesa dan tidak memberikan
tumpuan sepenuhnya.
 5. Berpakaian tidak sesuai dan berambut panjang
 6. Keadaan Bengkel – tidak sesuai, sesak dan
berminyak.
 7. Jahil – cara membaiki alat , mengganti fius.
 8. Kekurangan Alat Pemadam Api atau rosak.

4
Langkah-langkah Keselamatan
DIRI.
 1. Berpakaian yang sesuai – baju bengkel / apron
dan berkasut yang berpenebat..
 2. Tidak memakai barangan kemas – cincin , rantai
 3. Rambut – pendek atau ditutup dengan topi
keledar khas.
 4. Tidak makan/minum, bersenda gurau semasa
sedang berkerja.
 5. Sentiasa mematuhi peraturan, arahan kerja dan
papan tanda.
 6. Bersihkan tempat kerja dan peralatan.
 7. Bekerja dengan teratur dan bersistematik.
 8. Laporkan kepada guru jika terdapat sesuatu
yang dirasa bahaya.

5
Langkah-langkah keselamatan menggunakan -
MESIN / ALAT.
 1. Jangan guna mesin atau alat tanpa
mengetahui cara menggunakannya.
 2. Jangan guna mesin / alat tanpa izin
daripada guru.
 3. Jangan biarkan mesin hidup tanpa
pengawasan.
 4. Jangan gunakan mesin yang rosak ( tidak
elok ).
 5. Jangan cuba membaiki mesin / alat tanpa
pengetahuan atau kebenaran guru.

6
Langkah-langkah keselamatan menggunakan -
MESIN / ALAT.

6. Patuhi arahan penggunaan mesin / alat.


 7. Gunakan alat pelindung keselamatan yang
sesuai di tempat yang memerlukannya.
( goggles ).
 8. Guna mesin / alat yang betul untuk
menjalankan sesuatu tugas.
9. Tutup / matikan semua suis sebelum
meninggalkan bengkel.
 10 Simpan mesin / alat di tempat yang
ditetapkan / dikhaskan

7
Langkah-langkah keselamatan mengendalikan
PERALATAN ELEKTRIK.
 1. Lantai dan meja kerja seboleh-bolehnya
dilitupi dengan penebat.
 2. Sebarang baikpulih – hendaklah dilakukan
oleh orang yang berkelayakan sahaja.
 3. Sambungan pengalir hendaklah ketat, baik
dan selamat.
 4. Alat-alat pelindung arus lebih ( Fius)
mestilah betul kadarannya dan digantikan
dengan kadaran yang serupa jika rosak.
 5. Alat-alat yang rosak hendaklah diasingkan
daripada yang baik.

8
Langkah-langkah keselamatan mengendalikan
PERALATAN ELEKTRIK.

 6. Gunakan papan tanda yang sesuai ditempat


yang dirasakan bahaya / perlu.
 7 Jika berlaku kejutan elektrik – Matikan suis
utama, beri bantuan pernafasan dan hubungi
hospital.
 8. Gunakan Alat pemadam api jenis Co2 untuk
api elektrik.

9
Bahaya Kebakaran
Punca-punca Kebakaran :
 1. Membuang pontong rokok merata-rata
tempat.
 2. Menukarkan kadaran fius dengan yang lebih
besar.
 3. Alat perlindungan litar rosak – PLBB /
perangkap kilat.
 4. Sambungan pendawaian terdedah atau rosak.
 5. Percikan bunga api di punca sambungan yang
terdedah.

10
Bahaya Kebakaran ( sambungan )

 6. Kecuaian mengasingkan bahan mudah


terbakar.
 7. Tidak membersihkan lantai dari tumpahan
bahan api.
 8. Bermain dengan bahan api / punca api -
mancis

11
Langkah-langkah keselamatan mengendalikan
BAHAN MUDAH TERBAKAR.

 1. Bahan mudah terbakar - disimpan di tempat


yang selamat.
 2. Bekas / tong bahan yang mudah terbakar
hendaklah dibuang di tempat yang sesuai.
 3. Lantai yang berminyak –dibersihkan dengan
segera.
 4. Baiki segera kerosakan peralatan elektrik
yang berdekatan.

12
Langkah-langkah keselamatan mengendalikan
BAHAN MUDAH TERBAKAR.

 5. Gunakan peralatan / pakaian yang sesuai


semasa bekerja dengan bahan mudah
terbakar.
 6. Jangan nyalakan api di tempat bahan mudah
terbakar.
 7. Alat pemadam api hendaklah sentiasa
diperiksa dan dipastikan dalam keadaan
baik.

13
Bahaya kemalangan elektrik

 Renjatan / kejutan elektrik terjadi apabila badan


kita menjadi laluan pengaliran arus.
 Arus 15 miliAmpere – boleh membawa maut.
 Kejutan boleh berlaku akibat kerosakkan
perkakasan elektrik, alat pemutus litar rosak dan
kecuaian manusia – tersentuh dengan pengalir
yang membawa arus.

14
Tindakan kecemasan jika berlaku
Renjatan Elektrik
 1. Putuskan bekalan – matikan suis / suis utama.
 2. Keluarkan mangsa dari tempat kejadian- kaw.
renjatan
 2. Laporkan segera kepada guru / minta bantuan
 3. Beri bantuan pernafasan – jika perlu.
 4. Telefon Hospital / bomba -
 5. Rawat mangsa jika luka / cedera.
 6. Sentiasa hangatkan badan mangsa.
 7. Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni
mangsa.

15
Alat-alat Pemadam Api

 1. Jenis Kartrij (Air)- Untuk kebakaran (Kelas A)


seperti kayu, kain, tilam dan sampah sarap.
 2. Jenis Buih (busa)- Untuk kebakaran (Kelas B)
cecair, gas, minyak, cat, varnis dan
seumpamanya.
 3. Jenis Karbon Untuk kebakaran (Kelas C)
Dioksida- disebabkan elektrik, jentera dan
kelengkapan elektrik.
 4. Jenis Serbuk Untuk kebakaran (Kelas D)
Kering - disebabkan oleh bahan kimia
(natrium, kalium

16
Alat Pemadam Api (sambungan )

 1. Jenis Kartrij
(Air).
( Kelas A )
 Untuk kebakaran :
seperti kayu, kain,
tilam, kertas,
sampah sarap dan
seumpamanya.

17
Alat Pemadam Api (sambungan )

 2. Jenis Buih
(Foam)
( Kelas B )
 Untuk kebakaran :
cecair, cat, gas,
minyak, varnis &
seumpamanya.

18
Alat Pemadam Api (sambungan )

 3. JenisKarbon
dioksida.
( Kelas C )
 Untuk kebakaran :
disebabkan oleh
elektrik, jentera
dan kelengkapan
elektrik.

19
Alat Pemadam Api (sambungan )

 4.Jenis Serbuk
Kering.
( Kelas D )
 Untuk kebakaran : –
Disebabkan oleh
bahan kimia seperti
(natrium, kalium dll).
 Sesuai untuk
memadam Api Kelas -
ABC.
20
Pemulihan Pernafasan
 Pemulihan Pernafasan
dilakukan dengan
membantu mangsa yang
tersekat pernafasannya
(lemas. tercekik, kejutan
elektrik) agar dapat
bernafas seperti sediakala.
 Kaedah-kaedah pemulihan
pernafasan ialah:
1. Mulut ke Mulut
2. Holger Neilson
3. Silvester
4. Schafer
5. Tekanan Luar Kardiak

21
Pemulihan Pernafasan
Kaedah Mulut ke Mulut.
 1. Baringkan si mangsa
menelentang, perawat bolehlah
melutut atau pada kedudukan
yang selesa..
 2. Tekan kepada mangsa ke
bawah dan sebelah tangan lagi
menolok rahangnya ke atas.
 3. Picit hidung mangsa dengan
jari. Hembuskan nafas ke mulut
mangsa dan perhatikan dadanya
ternaik, kemudian lepaskan
mulut dari mulut si mangsa.
 4. Ulang Kerja menghembus
ini dilakukan dengan kadar 10
kali seminit.

22
Pemulihan Pernafasan
Kaedah Silvester.
 1. Baringkan mangsa
menelentang dengan kedua-
dua tangannya diletakkan di
dadanya.
 2. Kedudukan perawat
berlutut di sisi mangsa
dengan bandanya menghadap
ke kepala mangsa.
 3. Tekan dengan dua belah
tangan ke atas dadanya
beberapa kali dan sekali-
sekala pada bahunya.
 4. Lakukan begini sebanyak
60 kali seminit.

23
Pemulihan Pernafasan
Kaedah Holger Nielson.
 1. Si mangsa dibaringkan
meniarap dan kedua-dua
tangannya diletakkan di
bawah dahi.Perawat pula
duduk berlutut di hadapan
kepalanya.
 2. Letakkan kedua-dua
belah tangan perawat di atas
belakang si mangsa dengan
pangkal tapak tangan
menekan bahagian bawah
tulang belikatnya dan ibu jari
mengikut tulang belakang
dan jari-jari tangan perawat
lurus ke arah kaki mangsa.
 3.

24
Pemulihan Pernafasan
Kaedah Schafer.
 1. Si mangsa dibaringkan
meniarap dengan kedua-dua
tangan diletakkan dibawah
dahinya.
 2. Perawat berlutut di sisi
di bawah sedikit dari
pinggang dan menghadap ke
kepala mangsa.
 3. Letakkan kedua-dua
tangan di atas punggung
mangsa dan ayunkan badan
perlahan-lahan ke hadapan
sehingga paha dan tangan
perawat tegak.
 4. Gerakan secara perlahan
dalam masa 12 kali seminit.
25
Pemulihan Pernafasan
Kaedah Tekanan Luar Kardiak
 1. Mangsa dibaringkan
menelentang, kakinya
ditinggikan sedikit dari badan
dan tangannya diletakkan
bersilang di atas dadanya.
 2. Perawat berlutut di
kepala mangsa.
 3. Dengan lengan yang
lurus tekan dada si mangsa
perlahan-lahan, kemudian
pegang pergelangan
tangannya dan bukakan
sambil menarik ke belakang.
 4. Gerakan tekanan dan
buka ini dilakukan 60 kali
seminit.

26
Contoh Soalan SPM
( Bahagian A )
 ( SPM 2000, soalan 1 ).
 1. Namakan jenis pemadam api yang
digunakan untuk memadam kebakaran
disebabkan elektrik

Jenis Karbon Dioksida ( Co2 ).

27

Anda mungkin juga menyukai