Anda di halaman 1dari 29

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Siapakah Mereka?.......
Kenapa Begini?.....
Pengenalan:
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Latar belakang
• Konsep
• Dasar
• Strategi Perlaksanaan
Pengenalan
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan:

Melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan


bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah
pendidikan negara. Penguasaan kemahiran asas 3M perlu dikuasai lebih awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru,
Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “Menyelesaikan masalah seawal
mungkin” supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat
persekolahan menengah rendah

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan
segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ dalam menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran
pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi
mereka terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan
murid berpencapaian rendah dapat dikenalpasti dan dipenuhi.
Falsafah Pendidikan kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan


ke arah memperkembangan lagi potensi individu
secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang


berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Latar Belakang
 1967 - KPM telah melaksanakan program pemulihan dengan
menggunakan Strategi ‘Withdrawal System….’
 1975 – Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek
percubaan iaitu pemulihan dijalankan oleh Guru kelas
dan guru matapelajaran
 1994 – Program khidmat guru Pedamping bagi meingkatkan
aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR
 1999 – Program Intervensi 3M diperkenalkan khas untuk murid
tahun 4 di SK, peralihan dan tingkatan 1 di SMK
 2000 – Instrumen IPP3M dilancarkan
 2006 – IPP2M yang menekankan kepada bahasa melayu –
membaca dan menulis dibina
 2007 – Ujian pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk ujian
saringan dan ujian pencapaian murid pemulihan khas
1967 - KPM telah melaksanakan program pemulihan
dengan menggunakan Strategi ‘Withdrawal
System….’
 Dikeluar, dikumpul dan dipulih

1975 – Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan


projek percubaan iaitu pemulihan dijalankan
oleh Guru kelas dan guru matapelajaran

 Pendidikan Imbuhan
 Tahun 1 hingga Tahun 3
 Melibatkan 12 buah sekolah
1994 – Program khidmat guru Pendamping bagi
meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan
dalam kelas KBSR
 Pengayaan dan pemulihan dalam KBSR

1999 – Program Intervensi 3M diperkenalkan khas untuk


murid tahun 4 di SK, peralihan dan tingkatan 1 di
SMK

Objektif :
 Menangani masalah 3M
 Meningkatkan peratus kelulusan UPSR
 P&P murid mengikut “self paced”
Sasaran :
 Murid Tahun 3 dari 1998, 1999, 2000
 Instrumen Ipoh, November 1998
 Murid Tahun 6, 1998 – Tingkatan 1/Peralihan
 Gred ‘D’ dan ‘E’ – BM Penulisan & Pemahaman

Pelaksanaan :
 6 bulan - Semester 1 sesi persekolahan 1999
 Menguasai – kembali ke kelas normal
 Bilangan murid 15-20 orang
 Masa P&P – 720 minit
2000 – Instrumen IPP3M dilancarkan
 Program IPP 3M – dilancarkan oleh JPK, KPM
 Menangani masalah penguasaan 3M
 2000 – IPP 3M untuk murid Tahun 1
 2001 – IPP 3M untuk murid Tahun 2
 2002 – IPP 3M untuk murid Tahun 3

2006 – IPP 2M yang menekankan kepada bahasa melayu


– membaca dan menulis dibina
 Program IPP 2M – dilancarkan oleh JPK, KPM
 Menangani masalah penguasaan 2M – Gerak Gempur untuk murid Tahun 6
 Projek rintis – Kelantan, Perlis, Labuan
 Murid KPR – KBSR minima 15 dan maksima 30
 Sebagai instrumen saringan – tiada penambahan guru
2007 – Ujian pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan
untuk ujian saringan dan ujian pencapaian
murid pemulihan khas

• Ujian Pelepasan 2, KIA 2M terus diguna untuk


pelepasan murid Pemulihan Khas Tahun 3,4,5,6
Konsep PPK :
Program khusus untuk murid-murid yang menghadapi
kesulitan menguasai kemahiran asas 3M.

Matlamat :
Membantu Murid yang tidak dapat menguasai 3m
dalam tempuh yang ditetapkan.
Dasar
Mengikut laporan Jawatankuasa kabinet
Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
1997.(PERAKUAN 5)

“Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang


berkaitan dengan langkah mengadakan pengajaran
pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria
dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-
perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan
pengajaran, bahan-bahan yang kecil, peruntukan bagi
mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan
bahan-bahan tertentu.”
Objektif :
 Membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira

 Membantu murid-murid mengubah sikap negatif tingkahlaku yang menjejaskan proses pembelajaran dan memupuk serta
mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
Dasar Pelaksanaan :
Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang masih digunapakai).
a) Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8594/Jld.11/(32) bth. 22.Jan 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)

 Penjawatan Guru Pemulihan Khas


 Mengendalikan program Pemulihan Khas sepenuhnya
 Murid bermasalah pembelajaran
 Lampiran tugas
 Jadual waktu
Dasar Pelaksanaan :
Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang masih digunapakai).
b) Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bth. 18. Jan 1986. (Kelas Khas Pemulihan di Sekolah Rendah)

 Laksana Program Pemulihan


 Guru-guru yang terlatih khas
 Kerjasama dan sokongan dari pihak pentadbiran sekolah
 Penyeliaan dan pencerapan
 2 lampiran
 Bilangan guru
 Tugas-tugas khas
Dasar Pelaksanaan :
Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang masih digunapakai).
c) Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V(29). (Pengawasan dan penyeliaan Program Pemulihan)

 Program Pemulihan berjalan dengan teratur


 Murid masalah pembelajaran
 Penyeliaan dari Unit Pendidikan Khas, JPN
 Pengelolaan, pengurusan, keberkesanan
 Kekangan dan pemasalahan
 Rekod lawatan
Dasar Pelaksanaan :
Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang masih digunapakai).
d) Surat Siaran Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34) bth.30. Jun.1989.(Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Disekolah Rendah)

 Lantikan jawatan guru khas Pemulihan Khas


 Wajib menubuhkan kelas khas Pemulihan Khas
 Hanya seorang guru khas Pemulihan Khas
 Kursus peningkatan Pendidikan Pemulihan Khas
 Kerjasama dan sokongan dari pihak pentadbir sekolah
 Program tidak boleh ditutup
Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8594/Jld.11/(32) bth. 22.Jan 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
 Tugas guru khas pemulihan di sekolah ialah untuk mengendalikan
program pemulihan kepada murid-murid yang lemah di sekolah-sekolah
rendah. Program ini merupakan satu usaha yang baik dalam membantu
murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Khususnya dalam
menguasai 3M.

Tugas guru pemulihan khas:


 menjalankan kerja-kerja pemulihan.
 membantu guru-guru asas.
 berjumpa dan berbincang.
 melaksanakan penilaian berterusan.
 menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah.
 mengadakan bengkel diperingkat sekolah.
Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bth.28. Jan 1986. (Kelas
Khas Pemulihan Disekolah Rendah)
 Diharapkan pihak pentakbir dapat memberi kerjasama
untuk mempastikan guru-guru terlatih khas dalam
bidang pendidikan pemulihan diberi keutamaan oleh
pihak sekolah untuk mengendalikan kelas-kelas
pemulihan.

 Unit kurikulum diperingkat JPN dan PPD hendaklah


bertanggungjawab terhadap pengawasan dan penyeliaan
Program Pemulihan Khas disekolah-sekolah, ini adalah
kerana program pemulihan ini melibatkan dua
matapelajaran asas iaitu bahasa dan matematik yang
memerlukan perancangan, penyediaan, pelaksanaan dan
penyeliaan yang rapi dan teratur.
Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V(29). (Pengawasan dan penyeliaan
Program Pemulihan)
 KPM berharap program pemulihan ini berjalan dengan lebih berkesan
dan kerjasama daripada pihak JPN adalah amat diperlukan dalam hal-
hal yang berkaitan dengan pengawasan dan penyeliaan sekolah-
sekolah. Dalam hal ini pegawai-pegawai berkenaan di JPN adalah
mempunyai peranan penting untuk meningkatkan prestasi program
pemulihan di sekolah-sekolah rendah.
 Semasa membuat lawatan di sekolah-sekolah, tinjauan secara dekat
hendaklah dibuat terhadap kelas pemulihan dari segi pengelolaan,
pengurusan dan keberkesanan kelas tersebut. Jika terdapat sebarang
masalah dalam aspek tersebut, mereka haruslah berbincang dengan
pihak sekolah untuk mengatasi masalah tersebut.
 Kementerian juga memerlukan maklumat serta laporan mengenai
perkembangan dan kemajuan program pemulihan di setiap negeri
dari masa ke semasa.
Surat Siaran Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34) bth.30. Jun.1989.(Guru
Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas
Pemulihan Disekolah Rendah

 Jawatan guru pemulihan adalah jawatan tambahan.


 KPM berharap pihak sekolah memastikan bahawa semua jawatan
guru pemulihan hendaklah diisi bagi setiap sekolah.
 Pihak pentadbir juga diminta memberi perhatian dari segi:
- Hanya seorang guru yang boleh dilantik sebagai guru
pemulihan di sesebuah sekolah.
- Keutamaan haruslah diberi kepada guru yang telah mengikuti
Kursus Pemulihan 1 tahun atau 6 bulan.

Sambungan ….
Surat Siaran Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34) bth.30. Jun.1989.(Guru Khas
Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Disekolah Rendah

- Sekiranya terdapat lebih seorang guru yang terlatih dalam bidang


pemulihan khas di sesebuah sekolah langkah- langkah yang harus diambil oleh
JPN ialah membuat penempatan semua ke sekolah yang tidak mempunyai guru
pemulihan khas.
- Guru khas pemulihan hendaklah ditugaskan mengajar kelas pemulihan
sepenuh masa.
- Guru besar dan semua guru haruslah memberi sokongan dan kerjasama
yang sepenuhnya bagi menjayakan program pemulihan.
- Kelas khas pemulihan tidak boleh ditutup oleh pihak sekolah tanpa
mendapat kebenaran bertulis daripada pihak JPN dan KPM.
* Adalah amat penting Guru-guru besar betul-betul memahami akan tugas dan
peranan guru khas pemulihan dan memberi perhatian yang khusus terhadap
perkembangan dan kemajuan kelas khas pemulihan di sekolah masing-masing.
Takrifan
‘Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek

dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima


pendidikan biasa.’ – AE Tanseley dan R. Culliford
 ‘Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul,
kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan
kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.’ – M.F.Clough
 ‘Kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini
berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan
di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak
yang lemah (mentally retarded).’ – Sharifah Rahmah Ali
Strategi Perlaksanaan
 Pencalonan murid:

- Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan 2 KIA2M


- Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
# guru kelas/guru mata pelajaran
# guru besar
# ibubapa
- Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian
Pelepasan 1 atau 2 tidak boleh dicalonkan.
Strategi Perlaksanaan
 Pengumpulan maklumat:
- Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru
pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan
membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program
pemulihan khas atau sebaliknya.
- maklumat tersebut boleh kita dapati dari:
a) Guru Besar – berdasarkan rekod murid,
pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan
mengambil tahu kehadiran, ketepatan masa
kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid
lain.
c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkahlaku
umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak
digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.
Terima kasih…

“Kalau ada sumur di ladang


Boleh saya menumpang mandi Kalau ada
umur yang panjang Boleh kita berjumpa
lagi…”
By-mesharida@stts2006

Anda mungkin juga menyukai