Anda di halaman 1dari 12

TAKSONOMI KEFAHAMAN

MEMBACA

KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA


MELAYU

( BMM 1034 )

NAMA :
1) IZZATI HAYANI
2) NUR AFIQAH
3) NURIN HANISAH
4) IFFAH AIMAN
5) HAFFIZ HAZAIR
TAKSONOMI

• Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun


dan disesuaikan atas dasar yang konsisten (Bloom, 1964).
• Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem
pengelasan objektif pendidikan yang merupakan set yang
didefinisikan dengan seberapa tepat yang mungkin
serta  disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang
kompleks. 
TAKSONOMI BLOOM ( SEMAKAN )

• Benjamin Bloom membangunkan taksonomi beliau pada


tahun 1950-an.
• Taksonomi ini adalah suatu hierarki enam peringkat
perkembangan pemikiran yang menjadi semakin
kompleks dan mencabar.
• Tahap pemikiran boleh digunakan untuk membina soalan
yang merentasi semua peringkat persekolahan dan dalam
semua bidang pembelajaran.
• Semasa 1990-an, anak murid beliau, Lorin Anderson
telah membuat penambahbaikkan pada taksonomi asal.
PERUBAHAN ISTILAH

• Istilah yang digunakan iaitu daripada kata nama


(pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. 
1) MENGINGAT

• Menjelaskan jawapan faktual, menguji ingatan,


pengenalan 

• Contoh permulaaan ayat :


o Berapakah bilangan ...?
o Apakah yang dimaksudkan...?
o Siapakah orang ...?

• Aktiviti dan hasil :


o Menyenaraikan kejadian utama.
o Membuat jadual waktu peristiwa.
o Membuat carta drpd fakta.
o Menulis senarai drpd maklumat yang boleh diingat.
2) MEMAHAMI

• Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui


menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat
ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan.
CONTOH PERMULAAN AYAT:

• Siapakah yang anda fikir ...?


• Apakah idea utama ...?
• Lakarkan jalan cerita yang anda telah baca
• Terangkan mengapa watak tersebut ...?
AKTIVITI DAN HASIL:

• Menggunting atau melukis gambar untuk menunjukkan peristiwa.


• Melukis kartun untuk menunjukkan turutan peristiwa.
• Menulis dan membuat persembahan berdasarkan satu cerita.
• Menceritakan peristiwa dgn ayat sendiri.
• Menyediakan carta alir.
3) MENGAPLIKASI

• Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu .


CONTOH PERMULAAN AYAT:

• Adakah anda tahu maklumat lain tentang ...?


• Bolehkah anda kumpulkan mengikut ciri seperti ...?
• Apakah faktor yang anda akan ubah jika ...?
• Apakah soalan yang anda akan tanya ...?

AKTIVITI DAN HASIL:

• Bina satu model untuk menunjukkan ...


• Buat satu diorama untuk menunjukkan ...
• Buat buku skrap berkaitan ...
• Bina sebuah puzzle game.
• Tuliskan buku teks berkaitan topik ...
4) MENGANALISIS

• Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana bahagian-


bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan
umum melalui perbandingan, menyusun atur dan menyifatkan.

CONTOH PERMULAAN AYAT:


• Peristiwa yang manakah tidak seharusnya berlaku?
• Jika ... berlaku, apakah kemungkinan penamatnya?
• Apakah kemungkinan lain ...?
• Mengapakah ... perubahan berlaku?
• Terangkan apa yang sepatutnya berlaku ...?
• Bolehkan anda bezakan ...?
AKTIVITI DAN HASIL:

• Mereka bentuk soal selidik untuk mendapatkan maklumat.


• Menulis iklan untuk menjual produk.
• Membuat carta alir untuk menunjukkan peringkat kritikal.
• Membina graf untuk menunjukkan maklumat khusus.
• Membuat family-tree untuk menunjukkan pertalian.
5) MENILAI

• Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui semakan dan


kritikan

CONTOH PERMULAAN AYAT:


• Adakah lebih baik ...?
• Berikan hujah anda ...
• Pertahankan pernyataan ...
• Adakah baik atau buruk ...?
• Bagaimanakah anda akan mengatasi masalah ....?
AKTIVITI DAN HASIL:
• Melaksanakan debat.
• Menulis buku peraturan dan yakinkan pembaca.
• Menubuhkan panel untuk membincangkan pandangan.
• Menulis surat nasihat terhadap keperluan perubahan.
6) MENCIPTA

• Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheren


atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur baru melalui
penjanaan, perancangan dan penghasilan.

CONTOH PERMULAAN AYAT:


• Hasilkan satu binaan ...
• Cadangkan satu penyelesaian munasabah ...
• Apakah akan berlaku sekiranya .?
• Kemukakan kertas cadangan ...
• Berapa banyak carakah ...?
AKTIVITI DAN HASIL:
• Mencipta mesin.
• Mereka bentuk bangunan.
• Mereka produk baru.
• Menulis tentang perasaan...
• Menulis cereka, lagu, sajak...
• Mereka bentuk kulit album
RUJUKAN
Bloom, B. S. 1956. Taxonomy of educational objectives - book 1 cognitive domain. London: Longman Group Limited.

Bloom, B. S., Krathwohl, D. R. & Masia, B. B. 1964. Taxonomy of educational objectives - book 2 affective domain.
London: Longman Group Limited.

Bloom, B. S., Krathwohl, D. R. & Masia, B. B. 1964. Taxonomy of educational objectives - book 2 affective domain.
London: Longman Group Limited.

Forehand, M. 2004. Bloom’s taxonomy: from emerging perspectives on learning, teaching and technology. 
http://projects.coe.uga.edu [1 september 2010].

Krathwohl, D. R. 2002. A revision of Bloom’s taxonomy. Theory into Practice. 41(4): 212-218.

Anda mungkin juga menyukai