Anda di halaman 1dari 6

BAHASA MELAYU

TAHUN 3 AL TABLIGH
UNIT 1 : KELUARGA CERGAS
TAJUK : SIAPA PANTAS

BERSAMA CIKGU LINDA


Standard Kandungan
• 4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa
dalam bahan sastera

Standard Pembelajaran
4.1.1 Bercerita dengan menggunakan gaya bahasa yang indah dan santun;
(i) simpulan Bahasa
Baca cerita :
buku teks muka surat 5
Salin di buku penulisan.
Ahad 7 Februari 2021
   
  Siapa Pantas?
   
  Nabila dan Nasri sedang beradu kepantasan membina bangunan dengan blok plastik. Mereka
  dibantu oleh ibu dan ayah.Ibu, ayah dan Nasri mengambil hati Nabila.Mereka mahu Nabila
  terus berusaha. Setelah mendengar kata-kata semangat daripada keluarganya, Nabila
  dengan hati waja terus menyiapkan bangunannya.
  Akhirnya, Nabila berjaya menyiapkan bangunannya. Dia berasa besar hati.
  Air muka Nabila sungguh ceria.Ibu dan ayah mengucapkan tahniah kepada Nasri dan Nabila.
  Mereka buah hati Encik Abdul Aziz dan Puan Zainab.
   
   
   
   
  Simpulan bahasa
   
  1. dalam tangan - sudah tentu dapat
  2. ada bakat - mempunyai kebolehan
  3. ambil hati - membuat sesuatu untuk menggembirakan orang
  4. hati waja - bersemangat
  5. besar hati - gembira
  6. air muka - riak wajah seseorang
  7. buah hati - orang yang dikasihi
   
   
Buat latihan di buku aktiviti
muka surat 4
Simpulan Maksud
bahasa
isi hati Perasaan yang tersimpan di hati

cakap besar Meninggi diri

ayam tambatan Orang yang menjadi harapan dalam


sesuatu pertandingan
ada hati Mempunyai keinginan untuk
mendapatkan sesuatu
ambil berat Memberi sepenuh perhatian

tanda mata Barang pemberian sebagai kenangan


SELAMAT BELAJAR

Anda mungkin juga menyukai