Anda di halaman 1dari 77

Saya

Nama saya Salawana. Saya ada


bapa. Bapa saya nama Saha.
Mama saya nama Mala. Mama
saya bawa raga. Manakala bapa
saya bawa lada.
Baca

Ali suka baca buku cerita.


Ibu Ali beli buku cerita di
Kota Melaka. Ali jadi suka
hati. Hari-hari Ali baca buku
cerita.
Guni

Itu guni. Guni itu bapa bawa


dari Bota. Bapa guna guni itu
isi padi. Bapa beri padi pada
Muna.
Bayi

Ini bayi ibu. Bayi ini nama


Lana. Ibu beri susu pada
bayi. Saya suka bayi Lana.
Kaki

Ana ada kuda. Kuda ada


kaki. Nama kuda itu Lulu.
Hari itu kaki kuda Ana luka.
Papa Ana ubati kaki kuda
itu.
Nasi

Raja beli nasi di Kota Seroja.


Raja suka nasi kari. Tapi nasi
kari Raja pada hari itu basi.
Beca

Didi bawa beca. Beca Didi


lawa. Didi bawa Sara guna
beca ke Kota Melaka.
Mereka suka ke sana pada
hari Rabu.
Gigi

Itu Lili. Lili ada gigi. Gigi


Lili lawa. Hari-hari Lili jaga
gigi supaya gigi lawa.
Puteri

Itu puteri. Nama puteri itu


Puteri Arana.Puteri Arana
jelita. Puteri Alana dari Kota
Sulami. Kota Sulami kaya
raya.
Bateri

Dora bawa Didi ke Kota


Kali. Semasa di Kota Kali,
Dora beli bateri. Kamera
Dora guna tiga bateri.
Keladi

Bapa suka keladi. Bapa


selalu beli keladi dari
Bohari. Pagi-pagi bapa beli
keladi. Bapa beri keladi itu
pada ibu.
Pelita

Pada satu hari Sarina bawa


lima pelita. Sarina beri pelita
itu pada Suraya. Suraya guna
pelita itu hari-hari.
Petani
Itu petani. Petani itu nama
Zuhimi. Hari ini Zuhimi
bawa padi kepada Musa
kerana Musa mahu beli padi
dari Zuhimi.
Berita

Hari-hari bapa baca berita.


Bapa mahu tahu berita
semasa. Bapa suka baca
berita.
Cerita

Marina suka baca buku


cerita. Mama beri buku
cerita pada hari jadi Marina.
Marina selalu jaga buku
cerita itu.
Tomato

Azila suka tomato. Azila kira


tomato di meja sana. Tomato
itu ada tiga biji.
Petola

Surina beli petola dari


petani. Hari-hari Surina beli
lima biji petola dari petani
itu.
Kawan

Manan ada kawan. Nama


kawan Manan, Duhan.
Mereka kawan sejak umur
lapan tahun. Duhan suka
bantu Manan.
Pintu

Itu pintu rumah Amin. Pintu


rumah Amin sudah rosak. Amin
suruh Pak Hasan ganti pintu
rumah itu. Amin ucap terima
kasih kepada Pak Hasan.
Kunci
Ini kunci Sudin. Sudin ada
enam kunci. Warna kunci
Sudin ada macam-macam.
Ada warna hitam, merah,
biru dan kelabu.
Lembu

Datuk pelihara enam ekor


lembu. Waktu pagi dan malam,
datuk beri lembu makan dan
minum. Lembu datuk tidur di
bawah pokok kelapa.
Bomba

Kerja ayah saya, bomba.


Ayah padam api bila ada
rumah terbakar. Cita-cita
saya juga mahu jadi bomba.
Lukis

Sarah suka melukis. Sarah suka


lukis ros, sayur kubis, jambu,
baldi, itik, ikan dan macam-
macam lagi. Tetapi hari ini Sarah
tidak melukis kerana demam.
Garpu

Nabil makan bihun guna


garpu. Emak Nabil suruh
Nabil basuh garpu bila sudah
makan. Nabil letak garpu
dalam bekas.
Ibu

Nama ibu saya Ina. Ibu saya


rajin dan suka masak. Ibu
masak sayur lobak di dapur.
Ibu cuci dapur selepas
masak.
Doktor

Doktor itu rawat nenek


Salmah. Nenek Salmah sakit
lutut dan perut. Doktor beri
ubat pahit pada nenek
Salmah.
Posmen

Itu posmen. Nama posmen


itu Borhan. Kerja Borhan
hantar surat. Borhan suka
jadi posmen.
Pondok

Normah dan Salmah duduk


di pondok buruk itu. Mereka
agak miskin. Ibu dan ayah
saya selalu bantu mereka.
Pensel

Bapa beli pensel di bandar.


Pensel saya sudah pendek.
Bapa beri pensel baharu
kepada saya.
Sekolah

Itu sekolah saya. Saya


belajar di sekolah itu.
Sekolah saya bersih dan
cantik. Saya pergi ke sekolah
berjalan kaki.
Karipap

Saripah suka makan karipap.


Saripah beli karipap di
kantin. Saripah makan
karipap di bawah pokok.
Basikal

Pada satu hari, ayah Jamilah


beli basikal. Jamilah gembira
dapat bawa basikal baharu ke
sekolah.
Ketupat

Emak Hamidah masak


ketupat. Hamidah suka
makan ketupat pada hari
raya. Ketupat itu sedap.
Sos

Itu sos. Ibu suruh Ros beli


sos. Ros beli sos cili dan sos
tomato. Ros letak sos atas
rak.
Kek

Mas suka makan kek dan tat.


Mas makan kek dan tat pada
hari jadi Anis. Anis beli kek
dan tat itu di pekan.
Pin

Itu pin ibu. Ibu guna pin


semasa jahit baju Melayu.
Pin ibu warna-warni. Ibu
simpan pin di tempat
selamat.
Udang

Abang dan Alang suka


makan udang. Mereka beli
udang di Padang Besar.
Abang dan Alang beli udang
dari Anang.
Banglo
Itu banglo Along. Banglo
Along besar. Warna banglo
itu jingga. Tepi banglo ada
pokok mangga dan nangka.
Pokok-pokok itu tinggi.
Tangga
Itu tangga Anjang. Anjang
guna tangga panjat bumbung
rumah yang tinggi. Anjang
mahu lihat tangki atas
bumbung rumah itu.
Bawang

Along suruh abang beli


bawang. Abang beli bawang
di ladang Pak Ujang. Along
simpan bawang dalam
balang.
Gasing
Itu gasing Awang. Gasing
Awang pusing paling laju.
Gasing Awang warna
kuning. Awang sayang
gasing itu.
Sotong

Inang borong sotong daripada


Pak Anding. Inang potong
sotong untuk di bakar. Inang
bakar sotong guna arang. Ujang
tolong Inang bakar sotong.
Burung

Burung itu kudung kaki.


Sarang burung itu atas
warung Pak Inang. Pak
Inang beri makan jagung
pada burung itu.
Kambing
Kambing itu ada janggut.
Ada seekor kumbang terbang
dan hinggap atas kambing
itu. Kambing itu tinggal
dalam kandang.
Ranting

Ah Ling baling ranting yang


panjang itu ke bendang. Ah
Ling jumpa ranting itu di
tingkap.
Langsat
Pokok langsat Ranggis
sungguh tinggi. Ranggis
mahu makan langsat itu.
Ranggis sanggup panjat
pokok langsat yang tinggi
itu.
Pinggang

Pinggang Abang Long


sungguh sakit. Abang Long
jatuh dalam longkang kerana
mahu ambil bola pingpong.
Teropong

Unang mahu lihat belalang


dan pepatung di padang.
Unang guna teropong abang.
Terowong
Polis tangkap pendatang
asing itu. Mereka tinggal di
dalam terowong lama.
Pendatang asing itu akan di
bawa pulang ke negara
masing-masing.
Pak Lebai

Pak Lebai beli serai di kedai


Mak Sirai. Pak Lebai mahu
masak gulai kerbau guna serai.
Pak Lebai ajak ramai orang
surau makan gulai kerbau itu.
Si Murai

Si Murai itu pandai bercakap. Si


Murai suka hinggap di atas
pokok petai. Di bawah pokok
petai ada seekor keldai. Keldai
itu kawan Si Murai.
Pisau

Pisau tajam itu warna hijau. Arai


guna pisau hijau itu potong
limau dan tauhu. Ibu risau lihat
Arai guna pisau yang tajam itu.
Gerai

Ramai orang beli pau di


gerai Pak Malau. Pau Pak
Malau sedap. Gerai Pak
Malau terletak di Pulau
Tawau.
Sidai

Kakak sedang sidai tiga helai


tirai. Kakak sidai tirai itu di
bawah pokok rambai.
Koboi

Koboi itu makan ikan kaloi


di tepi pantai. Ramai orang
di pantai semasa bulan Julai.
Limau
Mei Ling sambut Tahun
Baru Cina. Ibu Mei Ling beri
angpau dan limau kepada
kanak-kanak yang datang ke
rumah mereka.
Biola

Mail pandai main biola.


Setiap petang dia akan main
biola di tepi laut. Semua
orang suka bila Mail main
biola.
Buaya

Ada seekor buaya di tepi


muara. Buaya itu akan naik
ke darat bila cuaca panas.
Buaya itu sudah tua.
Hadiah

Hari ini hari jadi Diana.


Liana mahu beli hadiah
untuk Diana. Dia mahu
hadiahkan sebuah radio
kepada Diana.
Piano

Tiara sungguh gembira


kerana dia menjadi juara
bermain piano. Dia naik ke
pentas untuk ambil piala.
Gaun

Suria lihat ada dua gaun


yang cantik di kedai pakaian
itu. Ibu beri Suria duit beli
gaun itu. Dia sungguh
gembira.
Pak Saad

Pak Saad pergi ke Kuala


Kangsar. Dia mahu jual buah
durian, halia, kuali dan tuala.
Pak Saad naik kereta pergi
ke sana.
Mutiara
Pada suatu hari, Liana jumpa
mutiara di tepi gua. Liana
takut mahu ambil mutiara itu
kerana ada seekor beruang di
situ.
Kuih

Ibu sudah siap buat kuih


talam. Ibu suap kuih talam
itu ke dalam mulut Kiara.
Kiara ucap terima kasih dan
cium pipi ibu.
Jadual
Pada hari Jumaat yang lalu,
Cikgu Maria beri jadual
kelas kepada semua murid
tahun dua. Suara Cikgu
Maria kuat dan jelas.
Air
Anuar sungguh haus. Dia
tuang air ke dalam gelas.
Tiba-tiba air itu tumpah.
Anuar minta maaf pada ibu.
Anuar ambil kain tuala lap
air itu.
Seluar

Rania ada sehelai seluar. Dia


mahu buang seluar itu kerana
tidak muat. Rania buang
seluar itu di bawah pokok
peria.
Main

Ah Liung keluar bermain


bola di tepi kuil. Sebelah kuil
ada sebuah muzium. Setiap
hari Ah Liung main bola di
situ.
Aiskrim

Khairani beli aiskrim perisa


strawberi. Dia menonton
drama di televisyen sambil
makan aiskrim itu.
Skuter

Mira cedera kerana terjatuh


dari skuter. Brek skuter Mira
rosak. Ibu bawa Mira ke
Klinik.
Troli

Ayah mahu beli stoking dan


krayon untuk kami. Kami
masukkan stoking dan
krayon ke dalam troli.
Berkhemah

Khairul dan kawan-


kawannya pergi berkhemah
di tepi sungai. Mereka pergi
pada hari Khamis.
Tangan
Angah menangis kerana
tangannya sakit. Tangannya
telah disengat lebah. Ibu
bawa Angah ke Klinik
Syafik.
Nyonya
Nyonya menyanyi sambil
menyalakan api. Ada banyak
nyamuk pada malam itu.
Nyonya tidur nyenyak
apabila nyamuk tiada.
Syarahan

Ayah pergi ke dewan untuk


mendengar syarahan Ustaz
Syamim. Ustaz Syamim sangat
masyur kerana beliau suka
bersyair dalam syarahannya.
Syahira dan Syura
Syahira dan Syura pergi ke
Zoo Melaka. Di Zoo Melaka
ada banyak binatang.
Antaranya ialah singa,
bangau, monyet dan penyu.
Bersyukur
Ibu tanam banyak pokok
bunga kenanga dan kunyit di
belakang rumah. Ibu
bersyukur kerana
tanamannya menjadi.

Anda mungkin juga menyukai