Anda di halaman 1dari 25

PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA

(KDDM 2043)

BAB 4: MEDIA MASSA MALAYSIA KINI


PENDAHULUAN
 Menerusi pemilikan Media di Malaysia, kesemua operasi
dikawal oleh Kerajaan secara teliti.
 Walaupun syarikat tersebut dikawal oleh pihak swasta,
namun operasinya masih dikawal dengan ketat.
CARA KAWALAN PEMILIKAN MEDIA DI MALAYSIA:
Pemberian lesen hanya kepada orang-orang kerajaan

Ketua Pengarang, Ketua Pengarah dll lazimnya ditentukan


oleh pemerintah.
Pengawalan dari segi Undang-Undang seperti Akta
Percetakan, Akta Penerbitan, Akta Penyiaran, Akta
Keselamatan Dalam Negeri dll.
KATEGORI MEDIA MASSA (PERCETAKAN)
Dikawal oleh kepentingan sesebuah parti

*Utusan Melayu (Malaysia) Sendirian Berhad berkait


rapat dengan parti UMNO.
*Parti kaum Cina, MCA memiliki akhbar Inggeris
Harian, “The Star”
*Ahli politik India turut mengawal beberapa akhbar
harian tanah air seperti “Tamil Osai” & “Tamil Thinamani”.
 Tidak dikawal oleh kepentingan sesebuah parti
* Dari sudut penyiaran, RTM dikawal oleh Kementerian
Penerangan Malaysia.
* Manakala TV3, Metrovision, NTV7 & ASTRO dimiliki
oleh pihak swasta namun masih dikawal dengan rapi.
* agensi berita Bernama yang ditubuhkan atas Akta
Parlimen juga dikawal dengan teliti meskipun milik
syarikat swasta.
SISTEM MEDIA MALAYSIA
Mempunayi pelbagai dimensi . Dari segi teknologi
misalnya, Malaysia memiliki kedua-dua jenis sistem media
iaitu percetakan dan elektronik seperti sistem Internet &
Video Teleconferencing.

Darisegi pelaksanaan operasi, sistem di Malaysia adalah


berdasarkan perlaksanaan.

Ia berbeza dengan sistem Barat yang lebih menekankan


tentang fahaman semata-mata.

Langkah yang dilaksanakan oleh Malaysia ini seiring


dengan saranan para wartawan & sarjana Asia.
 Mereka telah mencadangkan agar sistem media Asia
perlu mencerminkan ciri-ciri kebangsaan, budaya, tradisi
& undang-undang sesebuah negara.
FUNGSI & KONSEP MEDIA TAKRIFAN MALAYSIA
FUNGSI MEDIA TAKRIFAN MALAYSIA
Media massa di Malaysia dianggap sebagai sebuah
institusi.
Oleh itu, media massa mempunyai peranan yang mesti
dilaksanakan dalam masyarakat.
Namun, fungsi media tersebut perlulah berubah
mengikut kesesuaian teknologi & kecenderungan khalayak.
Misalnya, pada satu ketika dulu radio merupakan agen
pembangunan.
Bagaimanapun televisyen kemudiannya mengambil alih
peranan ini.
 Bagaimanapun, Malaysia tidak mahu media terlalu
bebas seperti di Amerika syarikat khususnya.

 Media massa di sana dikenali sebagai “The Fourth


Estate” lantaran memiliki kuasa yang besar dalam
masyarakat.

 Sesetengahnya terlalu berkuasa sehingga raja &


presiden perlu tunduk mengikut kemahuan mereka.
KONSEP MEDIA TAKRIFAN MALAYSIA-TEORI
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Konsep asas media Malaysia begitu mudah.

Setiapindividu mempunyai hak. Begitu juga dengan


masyarakat.

Teori autoritarian & teori Media Komunis Soviet dengan


tegas menggariskan bahawa hak masyarakat mestilah
mendahului hak individu.

Dalam erti kata lain, kerajaan akan menjadi penentu


kepada hak-hak tersebut.
Teori media libertarian beranggapan sebaliknya iaitu
hak-hak individu mestilah diutamakan mendahului
kepentingan masyarakat atau kerajaan.

Malaysia pula mempunyai pendirian yang berbeza iaitu


dalam sesebua negara demokrasi, Kerajaan memainkan
peranan dalam menentukan media berfungsi sebaiknya
dalam masyarakat.
PERANAN MEDIA MASSA SECARA UMUM
 Media merupakan sumber primer dalam komunikasi
massa.
 Hal ini dapat dilihat apabila media massa dijadikan salah
satu wadah dalam mencari maklumat rujukan.
 Tanpa media massa, masyarakat tidak akan mengetahui
pelbagai maklumat yang baru dari dalam & luar negara.
 Media massa juga berperanan dalam proses pertukaran
budaya sesama masyarakat.
 Contoh: Media massa menyampaikan maklumat tentang
sesuatu etnik misalnya golongan etnik di Sabah &
Sarawak.
 Dengan adanya media massa, masyarakat dapat
mengenali pelbagai budaya yang lain & ingin mengenali
dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum & etnik.
 Media massa juga berperanan dalam membantu
perkembangan ekonomi.
 Penjualan surat khabar & penyiaran stesen televisyen
berbayar juga turut menyumbang kepada faktor
perkembangan ekonomi negara.
 Media juga menjadi pelindung kepada nilai-nilai
demokrasi.
 Organisasi media memegang amanah yang penting &
bertanggungjawab dalam memastikan penyebaran
maklumat supaya orang awam dapat membuat
keputusan yang bijaksana dalam kehidupan mereka.
 Ini merupakan tanggungjawab media sebagai institusi
yang memberi kesan kepada masyarakat.
 Pada asasnya, penggunaan media berkait rapat dengan
usaha membangunkan sosioekonomi umat, pembinaan
bangsa & negara, pengurangan kadar buta huruf &
peningkatan taraf hidup.
 Media juga berperanan dalam memberikan hiburan
kepada masyarakat.
FUNGSI AKHBAR
 Kreadibiliti akhbar membuatkan khalayak masih
bergantung kepada akhbar untuk mendapatkan
maklumat.
 Ini kerana akhbar berperanan dalam menyampaikan
maklumat & mempengaruhi khalayak.
 Contoh: Kajian yang mengkhususkan kepada isu jenayah
di dalam akhbar Harian Metro mendapati bahawa
akhbar berperanan mewujudkan kesedaran sosial
melalui berita yang dilaporkan.
 Ini bermakna, akhbar telah memberikan kesan terhadap
tingkah laku khalayak.
FUNGSI MEDIA ELEKTRONIK
 Mengutarakan berita yang benar & tepat.

 Berita yang adil ialah berita yang bersih dari sebarang


kecondongan.

 Untuk mewujudkan keadilan & keseimbangan dalam


laporan, pengamal media mestilah berusaha mengiktiraf
pelbagai pandangan yang bersesuaian.
FUNGSI MEDIA CETAK
 Media cetak seperti buku, surat khabar, majalah, &
novel berperanan untuk membuka minda kita mengenai
apa yang kita tahu, yang kita rasai, mewujudkan
hubungan antara kita, menunjukkan harapan &
ketakutan.
 Contoh: Buku

-Merupakan media yang terawal diterbitkan.


-Mempunyai kapasiti yang tinggi
-Mudah dibawa
-Berfungsi sebagai penyimpan maklumat.
-berperanan untuk memberikan arahan yang betul
kepada pembaca.
FUNGSI MEDIA MASSA
 Media massa tidak boleh menjadikan prasangka ,
andaian atau keraguan sebagai asas pemberitahuan.
 Malah, media massa juga tidak boleh merosakkan
reputasi orang lain tanpa asas @pendedahan tanpa
tujuan serta menyebarkan gosip, umpatan, fitnah &
sebagainya.
 Media bertanggungjawab untuk mengubah trend
semasa dengan menggunakan komunikasi & teknik
maklumat yang akan meningkatkan tahap penerimaan &
kefahaman manusia.
KESAN MEDIA MASSA TERHADAP
MASYARAKAT
KESAN
POSITIF
 Masyarakat akan memperolehi sesuatu berita dengan
lebih pantas.
 Contoh: Kita boleh mengetahui tentang berita
peperangan di Iraq walaupun berada di negara yang
berbeza dengan pantas melalui media massa.
 Ia membolehkan masyarakat brsikap lebih peka
terhadap is-isu semasa.
 Selain itu, penggunaan telefon bimbit & internet
membolehkan masyarakat keluar daripada
kepompongnya.
 Apabila komunikasi dua hala berlaku, kita boleh melihat
sesuatu isu itu daripada pelbagai pandangan.
 Penilaian akan dibuat berdasarkan pendapat masyarakat
yang lain juga.
 Pertukaran idea ini mampu mendorong masyarakat
untuk berusaha ke arah yang lebih baik.
 Media juga turut mempengaruhi pembentukan sikap
iaitu perkara yang berlaku dalam persekitaran yang
berkaitan dengan ekonomi, politik, agama, keamanan &
peristiwa semasa.
 Contoh: Media massa memaparkan kempen-kempen
seperti kempen membaca, kempen anti rokok &
sebagainya yang dilihat berjaya mempengaruhi khalayak
untuk menyertainya.
 Apabila adanya penyertaan oleh masyarakat, itu
bermakna bahawa khalayak mampu dipengaruhi oleh
media massa.
KESAN
NEGATIF
 Pengaruh media massa amat besar terhadap masyarakat
kerana ia mampu untuk mengubah pandangan sesebuah
masyarakat mengenai sesuatu perkara.
 Media seperti akhbar boleh menjadi penghalang kepada
perpaduan kaum di Malaysia.
 Hal ini disebabkan oleh media itu bersifat “gate-
keepers”.
 Berita yang dihasilkan telah diwarnai oleh pelbagai nilai,
sikap, & tanggapan budaya yang berbeza.
 Kepelbagaian bahasa di dalam media sebaran am
menyebabkan ianya tertumpu khusus kepada golongan
rumpun bahasa & budaya tertentu.
 Hai ini menyebabkan timbulnya salah faham &
prasangka antara kaum.
 Contoh: Beberapa pertubuhan seperti Hindu Rights
Action Force ( Hindraf) telah muncul untuk
memperjuangkan hak kaum mereka.
 Hindraf merupakan satu kumpulan gabungan daripada
30 organisasi bukan kerajaan yang berusaha untuk
menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu &
warisan mereka di dalam masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia.
 Penyebaran maklumat melalui media massa seperti
internet & televisyen yang terlalu membesar-besarkan
cerita telah menggugat keamanan negara.
 Peranan media komunikasi sebagai institusi sosial
dikecam kerana dikatakan menjadi salah satu punca
utama kepada perpecahan masyarakat.
 Tulisan-tulisan jurnalistik, ceramah-ceramah agama @
ucapan-ucapan politik lazimnya menyimpulkan media
massa sebagai sumber kepada pelbagai gejala sosial.
KESIMPULAN
 Perkembangan media telah menyebabkan wujudnya
kesan terhadap masyarakat sama ada dari aspek positif
mahupun negatif.
 Peranan media telah banyak mencorak pemikiran &
ideologi masyarakat.
 Jika tidak dikawal @ ditapis dikhuatiri akan menjejaskan
kestabilan masyarakat & negara.

Anda mungkin juga menyukai