Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA

(KDDM 2043)

BAB 11: MEDIA MASSA & KANAK-KANAK &


MASYARAKAT.
PENDAHULUAN
 Media massa telah dianggap sebagai sumber maklumat
utama bagi masyarakat Malaysia hari ini.

 Skop penggunaan media menjadi semakin meluas


meliputi hal pendidikan, hiburan, politik & sebagainya.

 Oleh itu, media telah menjadi sumber maklumat yang


paling dipercayai oleh masyarakat.
FAKTOR PENGGUNAAN MEDIA DI KALANGAN
MASYARAKAT
 Media mampu memperkayakan lagi idea masyarakat
terhadap sesuatu perkara.

 Memperagakan sesuatu keadaan secara lebih simbolik


yang akhirnya berupaya menarik sensitiviti masyarakat.

 Ibu bapa menjadikan program-program di televisyen


sebagai satu cara untuk melatih anak-anak mereka ke
arah yang lebih dinamik.
KESAN MEDIA TERHADAP TINGKAH LAKU
MASYARAKAT
IMPAK IKLAN KE ATAS KANAK-KANAK
 Perkembangan budaya lepak, merokok & pelbagai
budaya negatif lain telah dicetuskan melalui iklan.

 Kanak-kanak yang menonton iklan tersebut akan mudah


terpengaruh & seterusnya membentuk perkembangan
yang tidak sihat terhadap proses pembesarannya.

 Contoh: Kanak-kanak menyaksikan keseronokan


melepak di dalam iklan “Rota” & aiskrim“Cornetto”.

 Kedua-dua jenama ini menjadi kegemaran kanak-kanak


untuk dinikmati.
 Apabila mereka menonton iklan yang berkonsepkan
negatif, secara tidak langsung mereka akan terikut-ikut
dengan gimik mahupun “trademark” yang ditonjolkan di
dalam iklan tersebut.

 Selain itu, perhubungan bebas di kalangan lelaki &


perempuan di dalam iklan ditonjolkan sebagai aktiviti
yang penuh keriangan & ketara melalui nilai masyarakat
pada hari ini.

 Tetapi, inilah yang acap kali ditekankan oleh media


sebagai budaya baru yang diagung-agungkan oleh barat.

 Contohnya seperti iklan rokok Salem & Peter Stuyvesant


yang memaparkan tentang “kebenaran di barat”dengan
cara yang jelas iaitu pergaulan bebas & sebagainya.
KESAN MEDIA TERHADAP SIKAP MASYARAKAT
MEDIA SEBAGAI AGEN SOSIALISASI
 Mesej yang kita terima daripada media massa akan
ditafsirkan oleh masyarakat berdasarkan nilai yang ada
pada diri mereka.

 Ini dapat kita lihat pada mesej yang kita terima melalui
media seperti radio & televisyen yang berfungsi sebagai
perantara.

 Makna nya di sini, pada diri kita telah ada proses “sense-
making” iaitu kita memberikan makna & tafsiran
kepada mesej yang kita terima.
 Media massa pada masa kini telah mula menyeleweng
daripada matlamat utamanya iaitu sebagai agen
pendidik & pemberi maklumat.

 Dua motif ini telah dilupakan & media lebih


menekankan kepada aspek hiburan semata-mata &
mula mengenepikan nilai ketimuran,adab & akhlak.

 Disebabkan itu, masyarakat mula mempersoalkan


tentang unsur-unsur keterlaluan yang wujud dalam
media.

 Contohnya seperti keganasan, tahyul &juga penyebaran


budaya liar serta negatif yang bertentangan dengan
agama & budaya timur kita.
 Pihak kerajaan sentiasa menekankan konsep keluarga
bahagia untuk memupuk nilai-nilai murni dalam
masyarakat.

 Sebaliknya, kebanyakan media masa kini lebih berminat


untuk menyiarkan cerita yang memaparkan perkelahian
dalam keluarga, perebutan harta pusaka & aspek-aspek
yang membelakangkan tatasusila antara keluarga.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MEDIA MASSA, MASYARAKAT, & STRATIFIKASI SOSIAL
 Media massa boleh dikatakan sebagai alat perhubungan
di antara manusia & manusia yang lain dalam
menyalurkan maklumat, pandangan, hiburan,pengajaran
serta membentuk nilai-nilai tertentu dalam kehidupan.

 Masyarakat pula ialah sebuah pola yang sangat


kompleks mengenai organisasi sosial, di mana ahli-
ahlinya saling bergantung & terdapat garis panduan bagi
semua bidang tingkah laku sosial.

 Masyarakat ini terbina daripada individu-individu


tertentu yang membentuk keluarga.
 Keluarga pula merupakan institusi sosial yang paling asas
terdapat dalam sesebuah masyarakat.

 Pada asasnya keluarga secara mudah dilihat dari segi


keanggotaannyayang terdiri daripada ayah, emak &
anak-anak.

 Daripada keluarga asas ini akan membentuk keluarga


luas yang terdiri daripada ayah,emak,anak-anak, & cucu
yang melibatkan dua generasi atau lebih.

 Himpunan daripada keluarga-keluarga inilah yang akan


membentuk sebuah masyarakat.
 Masyarakat pula terbahagi kepada beberapa stratifikasi
sosial bergantung kepada apa yang dihargai & dinilai
sebagai baik & diperlukan oleh masyarakat berkenaan.

 Contohnya: Kemahiran @ jawatan yang dipegang oleh


seseorang, sifat peribadi, pencapaian, & benda-benda
yang dimiliki.

 Unsur & kriteria seperti di atas merupakan faktor-faktor


yang meletakkan seseorang itu berada dalam kelas
sosial tertentu.
 Hubungan di antara media & stratifikasi sosial adalah
dalam bentuk peranan & pengaruh media terhadap
masyarakat sasaran & bagaimana pula masyarakat yang
terdiri daripada berbagai-bagai strata ini menerima
media massa dalam bentuk yang mereka pilih.

 Media massa & masyarakat sememangnya tidak dapat


dipisahkan perkaitan antara keduanya.

 Tanpa media, masyarakat tidak mendapat berita,


pengetahuan & hiburan.

 Tanpa masyarakat pula, media tidak dapat berfungsi


seperti yang diharapkan kerana media akan kehilangan
khalayak.
 Perkaitan yang sangat rapat ini memberi kesan pro &
kontra terhadap kehidupan sesebuah masyarakat.

 Dalam konteks media & masyarakat, pembentukan


masyarakat akan dilihat daripada sudut bagaimana
media massa berperanan dalam pembentukan minda
sesebuah masyarakat & bagaimana pula masyarakat
tersebut memberi maklum balas mereka terhadap
media.
MEDIA & PEMBENTUKAN MINDA MASYARAKAT
 Di Malaysia, selera pemilihan media untuk menerima
maklumat oleh rakyat di seluruh negara ternyata
berbeza.

 Ada yang gemar membaca akhbar, menonton televisyen


@ sebilangan yang lain gemar mendengar radio sahaja.

 Bukan selera pemilihan sahaja yang berbeza,


kemampuan pemilikan juga berbeza berdasarkan taraf
sosio ekonomi rakyat.

 Malah, kemudahan prasarana & kemudahan asas juga


berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
 Mungkin siaran televisyen di sesebuah tempat tidak
begitu jelas & masyarakat di situ hanya boleh mengakses
maklumat melalui siaran radio sahaja.

 Dengan itu, komunikator kerajaan haruslah menyalurkan


maklumat melalui semua jenis media massa yang ada di
wilayahnya.

 Masyarakat yag terdiri daripada pelbagai kelas sosial


menerima media mengikut cara mereka tersendiri.

 Sesetengah masyarakat menerima mesej daripada


media tanpa membuat sebarang penilaian & analisis.
 Mereka hanya menerima mesej tersebut dengan tidak
mengambil kira akan kesahihan & objektif mesej yang
disampaikan.

 Bagi sesetengah masyarakat pula, mereka membuat


penilaian akan kesahihan mesej yang diterima &
membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pengetahuan
yang ada pada mereka.

Anda mungkin juga menyukai