Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN KURSUS

KDDM 2273
PERHUBUNGAN AWAM

DISEDIAKAN OLEH:
NURSABILA BT RAMLI

PENGENALAN
GARIS PANDUAN KURSUS

Garis panduan kursus disediakan bagi membantu pelajar memahami keseluruhan keperluan dan
kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca dengan teliti setiap item. Pelajar juga perlu
memastikan bahawa mereka mengikut kesemua saranan dan keperluan supaya dapat menguasai
kursus ini dengan baik dan berkesan.
Kursus ini memperkenalkan tentang konsep perhubungan awam mencakupi pengertian, etika,
perancangan, sasaran, teknik dan hubungan media menguruskan penyebaran maklumat. Pelajar perlu
mengetahui berkaitan isi kandungan kurikulum, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang menarik dan berinovasi.

KUMPULAN SASARAN

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar Diploma Dakwah dengan Media KIAS semester 3.

PEMBAHAGIAN WAKTU PEMBELAJARAN

KIAS dan MQA telah menetapkan bahawa setiap 1 jam kredit, pelajar perlu mendapatkan 40 jam
pembelajaran. Anggaran pembahagian waktu pembelajaran untuk kursus ini adalah sebagaimana di
dalam Jadual berikut;

Bil Aktiviti Pembelajaran Waktu Pembelajaran (Jam)


Bersemuka Tidak Bersemuka
1 Membaca Modul, Tugasan dan Ulang 78
kaji
2 Kuliah dan Amali Kuliah (28), Tutorial
(14)
3 Pembentangan, Ujian Kemajuan dan 3
Peperiksaan Akhir
Total Waktu Pembelajaran 120

DESKRIPSI KURSUS PERHUBUNGAN AWAM


HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan dapat;


1. Menjelaskan konsep asas perhubungan awam.
2. Mengenal pasti etika, perancangan dan strategi perhubungan awam.
3. Megaplikasikan teori dalam bidang perhubungan awam bagi tujuan perniagaan dan menjaga
imej organisasi.
SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan konsep perhubungan awam mencakupi pengertian, etika, perancangan,
sasaran, teknik dan hubungan media menguruskan penyebaran maklumat. Perbincangan juga
menyentuh perhubungan pihak kerajaan dan kepentingan media terhadap perhubungan awam.

KANDUNGAN KURSUS
GARIS PANDUAN KURSUS

Untuk membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran kursus, kandungan kursus dibahagikan kepada
9 bab.

BAB TOPIK
1 Pengenalan
2 Etika dan profesionalisme

3 Persepsi dalam konteks perhubungan awam

4 Proses dan perancangan di dalam perhubungan awam

5 Komunikasi efektif

6 Hubungan media dan komuniti

7 Hubungan kerajaan

8 Kepentingan dan penambahbaikan perhubungan awam

9 Kesan teknologi baru ke atas perhubungan awam

PENILAIAN KURSUS

Pemberat Penilaian Kursus:


Kategori Pemberat
1. Tugasan / Kerja 40%
Kursus/Aktiviti Kelas
2. Peperiksaan Berkala 20%
3. Peperiksaan Akhir 40%
TOTAL 100%

Agihan Pemberat Untuk Tugasan / Kerja Kursus:

Jenis Tugasan / Kerja Kursus Peratusan Pemarkahan


Ujian Berkala 20%
Tugasan Individu 30%
Aktiviti kelas 10%
Total 60%

DESKRIPSI KERJA KURSUS


Kerja Kursus / Tugasan untuk Kursus ini terdiri daripada dua bahagian:
1. Tugasan Individu
2. Aktiviti kelas
GARIS PANDUAN KURSUS

Pemberat Tugasan Soalan Markah Tarikh Serahan


Tugasan Individu

1) Faktor yang perlu - Mengapa wujudnya 10% 30 Mei 2019


dipertimbangkan bagi persepsi di kalangan editor
meningkatkan dan pegawai perhubungan
keberkesanan amalan awam.
perhubungan media di
kalangan editor dan - Tiga faktor yang perlu
pengamal perhubungan dipertimbangan bagi
awam. meningkatkan keberkesanan
amalan perhubungan awam.

Pemarkahan:
i. Sebab wujudnya persepsi di
kalangan editor (2 Markah)
ii. Tiga faktor yang perlu
dipertimbangkan . (1
Markah untuk setiap faktor,
1 Markah untuk setiap
huraian)
iii. Kesimpulan (2 Markah)

- Syarikat apa yang anda wakili


2) Sediakan satu bentuk dan latar belakangnya.
publisiti bagi sebuah - Empat bentuk publisiti yang
syarikat yang anda digunakan. 10% 20 Jun 2019
wakili.
Pemarkahan:
i. Pendahuluan. Syarikat apa
yang diwakili berserta latar
belakangnya.(2 Markah)
ii. Tiga bentuk publisiti yang
digunakan.
(1 Markah untuk setiap
bentuk publisiti, 1 Markah
untuk setiap huraian)
iii. Kesimpulan (2 Markah)

- Terangkan kepentingan
teknologi baru terhadap proses
GARIS PANDUAN KURSUS

perhubungan awam.
- Nyatakan kesan teknologi
3) Bincangkan kesan baru terhadap pengamalan
teknologi baru terhadap perhubungan awam.
pengamalan perhubungan
awam. Pemarkahan:
i. Pendahuluan. Kepentingan
teknologi baru.( 2 Markah)
ii. Tiga kesan teknologi baru
terhadap pengamalan
perhubungan awam.
(1 Markah untuk setiap
kesan, 1 Markah untuk setiap
huraian)
iii. Kesimpulan (2 Markah) 10% 31 Julai 2019

Aktiviti kelas - Pembentangan topik berkaitan 10% 7 Ogos 2019


perhubungan awam.

Pemarkahan:
i. Penglibatan (2 Markah)
ii. Isi kandungan
(4 Markah)
iii. Gaya pembentangan
(2 Markah)
iv. Rumusan keseluruhan
(2 Markah)

*Muka hadapan tugasan mestilah mengikut format yang telah ditetapkan.*


GARIS PANDUAN KURSUS

SKEMA PEMARKAHAN UNTUK TUGASAN

Agihan Pemberat Tugasan Individu / Kumpulan


Markah (Total = 10)
9-10 Hasil kerja yang baik dan menarik serta memenuhi kesemua keperluan
tugasan. Penyediaan format yang tepat dan sangat cemerlang dari segi isi
kandungan, ketertiban susunan, penggunaan ayat yang sangat baik, sangat
kreatif dan mengemukakan bahan yang sangat bersesuaian. Tiada
kesalahan penulisan ayat atau ejaan.
7-8 Hasil kerja baik dan memenuhi hampir keperluan tugasan. Penyediaan
format yang memenuhi keperluan, isi kandungan, ketertiban susunan,
penggunaan ayat yang sangat baik, sangat kreatif dan mengemukakan
bahan yang baik. Terdapat sedikit kesalahan penulisan ayat atau ejaan.
5-6 Hasil kerja yang kurang menarik dan kurang memenuhi keperluan
tugasan. Penyediaan format yang kurang tepat, isi kandungan, ketertiban
susunan, penggunaan ayat agak lemah, kurang kreativiti dan bahan yang
kurang sesuai. Terdapat banyak kesalahan penulisan ayat atau ejaan.
3-4 Hasil kerja yang tidak menarik dan agak terpesong daripada keperluan
tugasan. Penyediaan format yang tidak tepat. Tiada kreativiti dan tiada
bahan yang dikemukakan. Berlaku kesalahan penulisan ayat dan ejaan
yang sangat ketara.
1-2 Terdapat unsur plagiat atau peniruan. Tidak diserahkan pada waktu yang
ditetapkan. Tidak memenuhi keperluan tugasan.
0 Perbincangan tidak ada kaitan langsung dengan kehendak topik/tidak
menghantar tugasan

PERINGATAN

1. Kehadiran setiap kuliah dan tutorial adalah wajib. Anda perlu mengemukakan dokumen sah
yang membolehkan anda tidak hadir mana-mana kuliah atau tutorial.
2. Anda perlu sentiasa peka dengan terhadap tarikh berkaitan dengan kehadiran kuliah, tutorial,
pembentangan dan penyerahan tugasan / kerja kursus.
3. Kehadiran ke kuliah dan tutorial yang tidak mencukupi 80%, boleh menyebabkan anda
ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir.
4. Sebarang peniruan atau plagiat adalah tidak dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.

Anda mungkin juga menyukai