Anda di halaman 1dari 9

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER OKTOBER JA222

SCCA2073
PERHUBUNGAN AWAM

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER OKTOBER JA222

NO. MAKLUMAT KURSUS

1. Nama Kursus : PERHUBUNGAN AWAM

2. Kod Kursus : SCCA2073

3. Rasional penawaran kursus ini dalam program:


Kursus ini merupakan kursus teras program. Kandungannya merupakan asas kepada
beberapa kursus lain dalam program.

4. Nilai Kredit : 3

5. Prasyarat: Tiada

6. Objektif:
Pada akhir kursus ini, pelajar diharap dapat:

1. Memahami konsep-konsep, peranan dan aktiviti-aktiviti perhubungan awam di


dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi.
2. Menggalakkan minat dan penglibatan pelajar dan seterusnya menghargai potensi
aplikasi disiplin ini dalam pengurusan manusia dan mempraktikkannya.
3. Memahami kepentingan dalam aspek-aspek komunikasi yang penting dalam
sesebuah organisasi.

3. Hasil Pembelajaran:
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat
1. Mengenalpasti konsep-konsep and fungsi-fungsi perhubungan awam (C2, A3,
P2).
2. Menghayati nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pengamal perhubungan
awam (C3).
3. Mengaplikasi konsep-konsep dan fungsi-fungsi perhubungan awam dalam
amalan seharian (C4, C5)
4. Menjana idea-idea kreatif bagi membangunkan rancangan perhubungan awam
(C6).

4. Kemahiran yang dapat dipindahkan:


Kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran etika dan moral
professional, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kepemimpinan.

5. Strategi pengajaran-pembelajaran dan pentaksiran:


Kaedah campuran- pembelajaran berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar.

6. Sinopsis:
Kursus ini mendedahkan pelajar mengenai definisi dan pengkonsepan yang
penting dalam disiplin perhubungan awam secara khusus. Di samping itu, kursus
SEMESTER OKTOBER JA222

ini juga memberi pengetahuan dan kefahaman serta signifikasi konsep dan strategi
komunikasi dalam bidang perhubungan awam. Perkara menarik mengenai kursus
ini ialah fokusnya kepada isu kritikal perhubungan awam pada masa kini iaitu
pengurusan isu dan krisis. Para pelajar akan dibekalkan dengan kefahaman
mengenai disiplin perhubungan awam secara teori dan amalan dengan penyusunan
program-program perhubungan awam dengan lebih baik dan sistematik.

7. Mod Penyampaian:
Kursus ini akan dikendalikan dalam bentuk kuliah, perbincangan, kajian kes dan
pembentangan.

8. Jenis dan Kaedah Pentaksiran (60:40):

Tugasan Berdua
Analisis Kes 10%
Tugasan Kumpulan:
i. Proposal: 10%
ii. Projek: 10%
iii. Laporan: 30%
JUMLAH 60%

Peperiksaan akhir: 40%

9.
Nama Penyelaras: Dr. Mohd Zuwairi bin Mat Saad
Alamat Pejabat: 3023, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi
Tel: 04-9285854
E-mel: zuwairi@uum.edu.my
No. Tel: 01119428842
SEMESTER OKTOBER JA222

BIL KANDUNGAN KURSUS PERTEMUAN


1 Pengenalan Perhubungan Awam
Pertama
• Takrif perhubungan awam
• Peranan perhubungan awam secara umum
• Teori dan model

2 Peranan perhubungan awam dalam persekitaran


Pertama
• Hubungan pekerja
• Hubungan media
• Hubungan kerajaan
• Hal-ehwal awam
• Hubungan komuniti
• Hubungan industri
• Hubungan pelabur/kewangan
• Hubungan NGO

3 Perkakasan dalam perhubungan awam


Kedua
• Publisiti
(Serahan
• Periklanan Proposal)
• Penerbitan
• Fundraising
• Lobbi
• Persidangan akhbar
• Promosi
• Upacara khas
• Pameran
• Kempen
• Propaganda
• Teknologi maklumat

Kedua
4. Proses perhubungan awam
(Serahan
• Pengutipan data
Proposal)
• Perancangan
• Tindakan dan komunikasi

Penilaian
Ketiga
5. Pendapat publik
• Mengenal pasti dan menjelaskan publik
• Public dalaman dan publik luaran
• Persepsi dan pendapat publik
• Kepentingan pendapat publik

Pendapat publilk dan kesannya ke atas organisasi


SEMESTER OKTOBER JA222

Ketiga
6. Imej dan identiti korporat
(Tugasan berdua
• Definisi
II)
• Proses pembentukan imej dan identity
• Pengurusan identity, imej dan reputasi

Penjenamaan semula
Pengurusan isu dan krisis
Keempat
• Pengenalan
7. (Serahan
• Definisi laporan)
• Perancangan program strategik
• Komunikasi krisis

Tindakan sebelum, semasa dan selepas

TBC
9. PEPERIKSAAN AKHIR
(40 MARKAH)

Rujukan Utama

Newsom, D., Turk, J.V. and Kruckerberg, D. (2010). This is PR: The Realities of Public Relations
(9th ed.). Belmont, CA: Wadsworth.

Rujukan Tambahan
Cutlip, M.S., Center, H.A. and Broom, M.G. (2009). Effective Public Relations (10th ed). New
Jersey: Prentice Hall.
L’Etang. J., (2007). Public relations concepts, practice and critique, Los Angeles: Sage Publication.
Seitel, Frasier (2007). The Practice of Public Relations (10th ed.). Upper Saddle, New Jersey:
Pearson.
Wilcox, D. L. (2007). Public relations strategies and tactics (8th ed). Boston: Pearson/Allyn & Bacon.

TUGASAN BERDUA (10%)

Pilih salah SATU (1) kajian kes di bawah. Berdasarkan kajian kes tersebut, buat analisis secara
kritikal mengikut panduan yang diberi. Berikut adalah kajian-kajian kes:

1. Korean Air - Pesawat Korean Air terbabas dari landasan, semua penumpang selamat
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/10/1015997/pesawat-korean-air-terbabas-
dari-landasan-semua-penumpang-selamat

2. Tenaga Nasional Berhad - TNB sahkan gangguan bekalan elektrik di Semenanjung


https://www.sinarharian.com.my/article/213314/berita/semasa/tnb-sahkan-gangguan-bekalan-
elektrik-di-semenanjung

3. Ferrylines Ventures Sdn Bhd - Feri terkandas berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala
Kedah
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/feri-terkandas-berjaya-ditunda-ke-terminal-feri-
kuala-kedah-387460
SEMESTER OKTOBER JA222

4. KTMB - Tren kargo tergelincir, perkhidmatan komuter terjejas


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/02/790759/tren-kargo-tergelincir-
perkhidmatan-komuter-terjejas

5. Honda - Honda Malaysia tarik balik 1,527 unit kenderaan, babitkan model City, HR-V
dan BR-V
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/honda-malaysia-tarik-balik-1527-unit-kenderaan-
babitkan-model-city-hrv-dan-brv-367464

Setiap tugasan perlu mengikut perincian tugasan di bawah:


Perincian tugasan Penerangan
Isu/ masalah Anda perlu menyediakan sedikit informasi berkaitan dengan
organisasi. Anda perlu membincangkan dan menganalisis isu secara
terperinci dan memberi penekanan kepada point penting dari sudut
perhubungan awam.
Cadangan strategi Membincangkan secara kritikal langkah-langkah dan cara
penyelesaian isu/masalah yang boleh diambil dari sudut perhubungan
awam. Cadangan yang diberikan perlu diberikan justifikasi akademik.

Format penulisan:
I. Esei ini hendaklah ditaip. Jumlah perkataan sekurang-kurangnya 1000 dan tidak
melebihi 1500 patah perkataan (tidak termasuk rujukan) dengan jarak baris 1.5.
II. Sila gunakan jenis fon Times New Roman bersaiz 12.
III. Esei ini perlu disokong oleh rujukan akademik dan mematuhi gaya penulisan APA.
IV. Tarikh akhir penghantaran ialah pada PERTEMUAN KETIGA.
V. Plagiarisme adalah jenayah akademik. Indeks Turn It In melebihi 20% akan
dikenakan penalti.

TUGASAN KUMPULAN (50%)

Untuk tugasan berkumpulan, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri
daripada 5-7 pelajar (mengikut saiz kelas). Setiap kumpulan perlu mencadangkan satu projek
yang sesuai dijalankan mengikut keperluan kelas Perhubungan Awam. Setiap kumpulan perlu
mendapatkan persetujuan daripada pensyarah tentang projek kumpulan yang ingin
dicadangkan. Pelajar perlu melaksanakan projek secara maya (Webex, Google Meet, FB Live,
Youtube Live, Streamyard, Zoom dan sebagainya) sama ada pada bulan Oktober, November
atau Disember (bergantung kepada pemilihan tarikh kumpulan). Di pertemuan terakhir, setiap
kumpulan akan membuat serahan laporan penuh dan pembentangan mengenai projek yang
dilakukan.

Kriteria Untuk Projek Kumpulan:


Aktiviti perhubungan awam dengan tujuan utama untuk mencipta atau menambah baik imej
organisasi, mengembangkan dan meningkatkan persefahaman bersama antara organisasi
dengan masyarakatnya serta memperkuat hubungan. Projek ini hendaklah memfokuskan
kepada kempen kesedaran perhubungan awam yang berteraskan kepada SATU (1) teras
Matlamat Pembangunan Mampan. Kempen tersebut boleh dilaksanakan dalam bentuk
ceramah, forum, debat dan sebagainya.
SEMESTER OKTOBER JA222

Pecahan Tugasan kumpulan ini adalah seperti berikut:


Pecahan tugasan Tarikh Markah
hantar
PROPOSAL Pertemuan 10
Penghantaran kertas cadangan projek kumpulan tidak melebihi kedua Markah
5 muka surat.
Proposal perlu mengandungi perkara berikut:
I. Tajuk
II. Tujuan
III. Latar belakang program – memfokuskan kepada
penyelidikan kepada program/kempen tersebut perlu
diadakan.
IV. Objektif (maksimum TIGA (3) sahaja)
V. Tarikh, masa dan platform virtual
VI. Khalayak sasaran – siapa, bilangan dan kenapa memilih
VII. Tentatif program
VIII. Senarai ahli jawatankuasa
IX. Rumusan

PROJEK Okt, Nov, 10


Kempen perhubungan awam secara virtual dengan Disember Markah
menggunakan platform yang ditentukan oleh kumpulan (tarikh
(Google Meet, Zoom, WebEx dan etc). Pelajar layak mendapat ditentukan
markah penuh sekiranya program dilaksanakan berdasarkan oleh
perancangan yang telah dilakukan. kumpulan)
SEMESTER OKTOBER JA222

LAPORAN Pertemuan 30
Laporan lengkap tidak melebihi 20 muka surat tidak termasuk keempat Markah
rujukan dan lampiran.
Laporan perlu mengandungi perkara berikut:
1. Tajuk –
2. Latar belakang (penyelidikan)
a. Objektif
3. Tindakan (sebelum, semasa dan selepas)
a. Tarikh dan Tempat
b. Khalayak sasaran
c. Tentatif program
d. Budget
e. AJK
4. Komunikasi
5. Penilaian
6. Rumusan
7. Rujukan
8. Lampiran (soalan penilaian)
9. Markah komitmen: 1-3M (markah akan diberikan oleh
ketua ahli kumpulan)

Format penulisan proposal laporan:


1. Esei ini hendaklah ditaip dengan jarak baris 1.5.
2. Sila gunakan jenis fon Times New Roman bersaiz 12.
3. Esei ini perlu disokong oleh rujukan akademik dan mematuhi gaya penulisan APA.
4. Tarikh akhir penghantaran ialah pada PERTEMUAN KEEMPAT.
5. Sila guna template muka hadapan tugasan yang telah diberikan.
6. Bagi laporan, serahan akhir akan dimuat naik oleh ketua kumpulan dengan
menggunakan platform Turn It In.
7. Plagiarisme adalah merupakan jenayah akademik yang amat berat. Oleh itu, citation
yang lengkap mesti dinyatakan kepada quotations, paraphrasing, atau idea yang
diambil daripada pihak/sumber selain daripada penulis laporan sendiri. Peratusan Turn
It In semasa menghantar tugasan di UUMOL mestilah tidak melebihi 20%.
8. Tugasan yang dihantar melalui platform lain selain daripada UUMOL, tidak akan
diterima sama sekali.

PEPERIKSAAN AKHIR (40%)

Anda mungkin juga menyukai