Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN

SESI 2023/2024

CFT3124 PROJEK PENYELIDIKAN 1

LAPORAN PP1: KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN VIDEO


PENDEK TIKTOK SEBAGAI SATU MEDIUM PROMOSI VIDEO
KOPORAT

NAMA: KESAVAN A/L SAGARARATIS


NO MATRIK: C20A1016
EMEL: c20a1016@siswa.umk.edu.my

PENSYARAH: EN. FAIRULADILAN BIN HAMADUN


TARIKH: 11/DISEMBER/2023

1
ISI KANDUNGAN
NO PERKARA MUKA
SURAT
1. MUKA DEPAN 1

2. ISI KANDUNGAN 2

3. PENGHARGAAN 3

4. BAB 1 PENGENALAN
1.0 PENDAHULUAN 4-5
1.1 PERMASALAHAN KAJIAN 6
1.2 PERSOALAN KAJIAN 7
1.3 OBJEKTIF KAJIAN 8
1.4 SKOP KAJIAN 8-10
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 10-12
1.6 KESIMPULAN 12

5. BAB 2 KAJIAN LITERATUR


2.0 PENELITIAN KAJIAN LITERATUR 15
2.1 KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MUZIUM 15-1
2.2 KAJIAN TERHADAP SIKAP PELAJAR DALAM SESEBUAH MUZIUM 16-19
2.3 KAJIAN TERHADAP PENGALAMAN PELAJAR DALAM MUZIUM 19-22
2.4 KESIMPULAN 22
6. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 MAKNA METODOLOGI KAJIAN 23
3.1 PENSAMPELAN DAN POPULASI KAJIAN 23
3.2 INSTRUMEN KAJIAN 24
3.3 TEKNIK PENGANALISISAN DATA 24 -25
3.4 PERTIMBANGAN ETIKA 25
3.5 KESIMPULAN 25

2
PENGHARGAAN

` Ucapan terima kasih yang tulus kepada En. Fairuladilan Bin Hamadun selaku penyelia

Projek Penyelidikan 1, atas dedikasi dan sokongn yang diberikan setiap minggu dalam

menyemak dan memberikan idea yang berharga. Sumbangan beliau telah memberikan arahan

dan panduan yang penting untuk memastikan kemajuan yang berkesan dalam projek ini.

Setinggi tinggi ucapan terima kasih juga disampaikan kepada Staf syarikat Dyodd

Sdn.Bhd dan responden awam atas kerjasama dan kolaborasi yang cemerlang dengan

meluangkan masa dalam membantu projek ini. Sokongan dan informasi yang diberikan oleh

responden tersebut memainkan peranan penting dalam kejayaan penyelidikan ini.

Turut, ucapan terima kasih yang tulus kepada ibu bapa pengkaji atas sokongan moral yang

diberikan, serta dorongan mereka telah memberikan kekuatan dan keyakinan dalam melaksanakan

tugas ini dengan sempurna.

Justeru, peranan dan sumbangan kalian dalam projek ini tidak mungkin dicapai tanpa

kerjasama dan bantuan dari setiap individu yang terlibat. Semoga penghargaan ini dapat

memperkuat semangat dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

3
KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN VIDEO PENDEK TIKTOK SEBAGAI SATU MEDIUM
PROMOSI VIDEO KOPORAT

BAB 1: PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Pengertian video pendek adalah ialah karya audiovisual dalam tempoh yang singkat,

biasanya kurang daripada dua minit dan format ini sangat popular di platform media sosial

seperti TikTok, Instagram Reels, dan Snapchat. Juga, video pendek boleh mengandungi pelbagai

kandungan, termasuk hiburan, tutorial, komedi, muzik dan pengalaman harian. Manakala,

penggunaan video bentuk pendek membolehkan pencipta kandungan menyampaikan mesej atau

kandungan dengan cara yang ringkas, langsung dan selalunya menarik perhatian dengan cepat

singkat (Nikita Rosa Damayanti Waluyo, 2018).

Selain itu, penggunaan video pendek sebagai video promosi korporat dalam pengiklanan

perniagaan bertujuan untuk meringkaskan intipati syarikat atau produk dengan imej yang jelas

dan menarik. Video ini boleh mempersembahkan visi, misi dan nilai syarikat, menyerlahkan

faedah produk atau perkhidmatan dan mewujudkan hubungan emosi dengan penonto (YN

Internship, 2021). Dalam kira-kira 50 hingga 60 perkataan, video promosi korporat boleh

menggambarkan perkara yang menjadikan perniagaan itu unik, menggalakkan penglibatan

pelanggan dan meningkatkan pengiktirafan jenama dengan cara yang ringkas dan bermaklumat.

Disamping itu, syarikat Dyodd Sdn.Bhd ditubuhkan pada 2020 di Subang Jaya,

Malaysia, telah menjadi pemain utama dalam bidang import dan eksport barangan am tanpa

kepakaran khusus. Sebagai sebuah entiti LLC, LLC, syarikat ini mempunyai struktur kukuh yang

diketuai oleh pasukan profesional berwawasan, termasuk 1 pengarah dan 2 pemegang saham.

Syarikat ini juga menekankan ketelusan dan kecemerlangan industri, yang ditunjukkan dalam

profil syarikatnya yang komprehensif termasuk struktur pegangan saham, senarai pemegang

4
saham dan pengarah, jadual yuran dan laporan kewangan terkini.

Seterusnya, syarikat ini didaftar dengan nombor pendaftaran 202001038678 (1394999-

X). Sebagai syarikat teknologi, syarikat Dyodd Sdn.Bhd menawarkan pelbagai produk pintar,

termasuk penyedut vakum robotik, penapis udara dan air, lampu pintar, sistem pengawasan

pintar, pengesan kecergasan, jam tangan pintar, kamera tindakan, dan alat dengar Bluetooth.

Penawaran harga yang berpatutan berbanding bersaing, syarikat ini menjanjikan kehidupan

pintar yang terjangkau dan dapat diakses oleh semua.

Tajuk kajian ini dipilih untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang

penggunaan video pendek, terutamanya pada platform TikTok, sebagai alat utama dalam strategi

promosi perniagaan. Seiring dengan peningkatan populariti video pendek dalam trend pemasaran

digital, kajian ini akan meneroka kesannya terhadap mempengaruhi persepsi jenama, penglibatan

pengguna dan keputusan perniagaan.perniagaan syarikat. Analisis ini dijangka memberikan

gambaran tentang cara menggunakan video pendek dalam konteks TikTok boleh menjadi strategi

yang berkesan untuk memacu promosi perniagaan.

5
1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Secara umum, permasalahan kajian merujuk kepada masalah atau isu penyelidikan yang

perlu diselesaikan dalam satu kajian. Mengenal pasti dan memahami masalah kajian adalah penting

kerana ia akan membentuk asas objektif penyelidikan dan membantu dalam proses penyiasatan

kajian (Creswell, 2005). Permasalahan kajian juga memudahakan dalam menentukan fokus kajian,

menjana persoalan kajian yang sesuai dan pembangunan metodologi yang berkesan.

Selain itu, peralihan pengguna daripada video perniagaan tradisional kepada video

TikTok pendek bukan sahaja mencerminkan perubahan dalam pilihan pengguna tetapi juga

mewujudkan keperluan untuk mengoptimumkan strategi promosi perniagaan. Pengguna TikTok

cenderung mencari kandungan yang ringkas, kreatif dan interaktif dengan cara yang lebih selesa.

Oleh itu, strategi pemasaran syarikat mesti menyesuaikan format, gaya penyampaian dan

kreativitinya untuk memastikan fleksibiliti dan daya tarikan dalam persekitaran yang dinamik.

Disamping itu, keberkesanan TikTok sebagai medium pengiklanan memerlukan analisis

terperinci tentang cara platform mempengaruhi persepsi jenama dan hasil perniagaan. TikTok

menawarkan peluang kreatif yang unik, seperti cabaran dan trend yang boleh menarik ramai

pengguna. Kajian menyeluruh akan membantu memahami keberkesanan TikTok dalam memacu

penglibatan pengguna, mengembangkan kesedaran jenama dan akhirnya mencapai matlamat

perniagaan.

Meskipun, TikTok menyediakan peluang besar, cabaran dan risiko tidak boleh diabaikan.

Perubahan cepat dalam tren dan kebijakan TikTok memerlukan adaptabilitas yang tinggi dari

segi strategi pemasaran. Risiko reputasi dipertimbangkan, terutama dalam konteks kontroversi

yang mungkin muncul. Kajian ini akan merinci cabaran risiko seperti potensi backlash

masyarakat, serta memberikan pandangan tentang bagaimana perusahaan dapat memitigasi risiko

dan mengelakkan hambatan dalam penggunaan TikTok untuk promosi korporat.

6
1.2 PERSOLAN KAJIAN

Persoalan kajian secara umum ialah siasatan yang jelas, tertumpu dan khusus yang

membimbing proses kajian dan menyediakan hala tuju untuk penyiasatan. (Owen Doody dan

Maria E Bailey, 2016). Berikut merupakan persoalan kajian yang diperoleh oleh pengaji setelah

siasatan.

1. Bagaimanakah peralihan pengguna dari video korporat tradisional ke video pendek TikTok

mempengaruhi strategi promosi perniagaan?

2. Sejauhmanakah keberkesanan penggunaan TikTok sebagai medium promosi dalam

meningkatkan kesedaran jenama dan hasil perniagaan?

3. Apakah cabaran dan risiko yang mungkin timbul dalam penggunaan TikTok untuk promosi

korporat?

7
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh pengkaji dalam sesuatu kajian

melalui menggariskan tujuan dan hala tuju penyelidikan fokus kajian. (Robson, C., 2011). Berikut

merupakan objektif kajian yang ditetapkan dalam kajian ini.

1. Menilai perubahan pilihan pengguna dan faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan dari

medium promosi konvensional ke TikTok.

2. Mengukur keberkesanan penggunaan TikTok dalam meningkatkan interaksi pengguna dan

hasil perniagaan korporat.

3. Menganalisis cabaran dan risiko yang terlibat dalam penggunaan TikTok sebagai medium

promosi.

1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian merujuk batasan terhadap elemen-elemen yang akan dikaji, seperti lokasi,

subjek, tempoh masa dan kaedah data yang dikumpulkan. Skop kajian memberikan struktur yang

jelas kepada pengkaji dan memastikan bahawa kajian dapat dilaksanakan secara jelas dan teratur

serta memastikan kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian (Sekaran, U., & Bougie, R., 2016).

Kajian yang dilaksanakan di Syarikat syarikat Dyodd Sdn.Bhd yang terletak di mukim

Damansara dan dalam daerah Petaling Jaya. Lokasi yang tepat adalah Pelangi Sentral

Damansara, ps-g-10, pju 6, Persiaran Surian 47800 Petaling Jaya, Selangor. Lokasi ini menjadi

titik pusat kajian di mana data akan dikumpulkan dan analisis akan dilakukan serta membolehkan

pengkaji dapat mengarahkan fokus kajian dan mengumpulkan maklumat yang relevan dari lokasi

tersebut.

8
Subjek kajian yang dilakukan adalah tertumpu kepada staf dan pelajar latihan industri

yang bertugas khusunya di syarikat syarikat Dyodd Sdn.Bhd. fokus kajian adalah terhadap staf

dan pelajar latihan industri yang terlibat dengan syarikat syarikat Dyodd Sdn.Bhd Kajian ini

akan mengarah kepada penggunaan mereka sebagai responden atau sumber data dalam menggali

informasi terkait peralihan pengguna ke video pendek TikTok dalam strategi promosi korporat.

Seiring dengan menggunakan staf dan pelajar latihan industri sebagai subjek kajian, penelitian ini

akan memerinci pandangan, respons, dan pengalaman terkait isu-isu yang dikemukakan dalam

tajuk kajian.

Tempoh masa pelaksanaan kajian lapangan ini adalah selama tiga bulan, bermula dari

November 2022 hingga Februari 2023. Tempoh ini merangkumi waktu di mana data akan

dikumpulkan secara langsung dari sumber dan responden yang terlibat dalam kajian. Selama

tempoh ini, pengkaji akan melakukan pengumpulan data, analisis dan penilaian berdasarkan

objektif kajian yang ditetapkan. Tempoh tiga bulan ini memberikan jangka masa yang mencukupi

untuk membolehkan pengkaji mengumpul maklumat yang relevan dan melaksanakan analisis yang

diperlukan dalam kajian ini.

Pemboleh ubah yang ditetapkan dalam kajian ini adalah penggunaan video pendek tiktok

sebagai satu medium promosi video koporat, faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan dari

medium promosi konvensional ke TikTok dan cabaran yang terlibat dalam penggunaan TikTok

sebagai medium promosi. Pemboleh ubah membolehkan pengkaji dapat merumus cadangan dan

penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan adalah penggunaan video pendek tiktok

sebagai satu medium promosi video koporat.

Kaedah kajian iaitu keadah pengumpulan data yang ditetapkan dalam kajian ini adalah

dengan menggunakan kombinasi antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Teknik pengumpulan

9
data staf dengan pelajar latihan industri termasuk temubual dan soal selidik tentang penggunaan

video pendek tiktok sebagai satu medium promosi video koporat. Kombinasi kaedah ini

memberikan kepelbagaian maklumat yang lebih komprehensif dan membolehkan pengkaji untuk

mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang faktor-faktor yang mempengaruhi dan

cabaran dalam penggunaan video pendek tiktok sebagai satu medium promosi video koporat

terhadap syarikat Dyodd Sdn.Bhd.

Akhir sekali, elemen seperti lokasi, subjek, tempoh, dan kaedah pengumpulan data

memainkan peranan penting dalam menyediakan struktur yang jelas kepada kajian. Fokus kepada

penggunaan video pendek tiktok sebagai satu medium promosi video koporat dapat

mengumpulkan data yang relevan dan mendapatkan pandangan faktor dan cabaran tentang kesan

serta skop kajian yang ditetapkan adalah bagi memastikan kesahihan dalam dapatan kajian.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian merujuk kepada nilai dan manfaat yang diperoleh daripada melakukan

kajian tersebut. Ia menjadi penting kerana memberikan justifikasi dan tujuan yang jelas bagi

menjalankan penyelidikan, serta memberikan panduan dalam proses pengumpulan data dan

analisis maklumat (Robert K. Yin, 2009).

Kepentingan yang dicapai melalui kajian ini adalah sebagai sumber rujukan kepada

Syarikat Dyodd Sdn Bhd. Hal ini sedemikian kerana, kajian ini memberikan wawasan mendalam

kepada Syarikat Dyodd Sdn Bhd tentang cara meningkatkan kehadiran dan penglibatan melalui

video pendek TikTok. Cadangan kajian dapat membantu syarikat memaksimakan potensi

pemasaran digital untuk memenangi hati pengguna.

Selain itu, pengamal pemasaran dan perunding perniagaan akan mendapati kajian ini

sebagai alat berharga untuk memahami landskap pemasaran terkini, terutamanya dalam konteks

10
populariti dan pengaruh platform TikTok. Seiring dengan memahami kecenderungan dan

preferensi pengguna TikTok, dapat menyusun strategi pemasaran yang lebih efektif dan relevan

bagi pelanggan mereka. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat menjadi panduan praktikal yang

memungkinkan memberikan nasihat yang lebih berfokus kepada keperluan klien, memberikan

solusi yang lebih inovatif, dan membantu pelanggan mencapai matlamat pemasaran dengan lebih

berkesan.

Disamping itu, kajian ini menjadi sumber inspirasi penting bagi pengurus pemasaran dan

pengiklanan dalam membangunkan strategi pemasaran yang inovatif dalam era media sosial,

terutamanya pada platform TikTok. Seiring pemahaman faktor yang mempengaruhi

keberkesanan kempen di TikTok, pemasar boleh membentuk pendekatan yang disesuaikan

dengan citarasa dan populariti pengguna platform. Secara keseluruhan, ia berfungsi sebagai

panduan dinamik untuk merancang strategi pemasaran yang inovatif dan membantu eksekutif

pengiklanan yang kekal dalam persekitaran media sosial yang memaksimumkan potensi

TikTok sebagai saluran pemasaran yang berkesan.

Seterusnya, penyelidik dan akademik akan menemui kajian ini sebagai sumber yang

berharga dalam memahami bagaimana media sosial, khususnya TikTok, dapat digunakan sebagai

alat pemasaran korporat yang efektif. Kajian ini memberikan kontribusi penting kepada literatur

akademik dengan menghadirkan wawasan mendalam tentang strategi pemasaran terkini dalam

konteks perubahan cepat dalam media sosial. Informasi yang diberikan dapat membantu

penyelidik dan akademik memperluas pengetahuan mereka dan mengembangkan pandangan

yang lebih mendalam tentang peranan media sosial dalam ranah pemasaran korporat.

Kesimpulannya, kajian ini menangani giliran pengguna kepada TikTok untuk pemasaran

perniagaan, menilai keberkesanan dan risikonya. Dengan memberikan pandangan praktikal untuk

11
usahawan dan pemasar, penyelidikan ini turut menyumbang kepada literatur akademik dengan

memahami peranan TikTok dalam strategi pemasaran moden. Secara keseluruhan, penyelidikan

ini memberikan panduan dan pandangan yang berharga untuk melaksanakan strategi pemasaran

yang berjaya dalam era media sosial.

1.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini menyelidiki bagaimana peralihan pengguna ke TikTok

mempengaruhi pemasaran korporat, mengevaluasi keberkesan dan risikonya. Sebagai sumber

rujukan untuk Syarikat Dyodd Sdn Bhd, kajian ini memberikan wawasan mendalam tentang cara

meningkatkan kehadiran dan penglibatan melalui video pendek TikTok. Pengamal pemasaran

dan perunding perniagaan dapat menggunakan dapatan kajian ini sebagai panduan praktikal

untuk memahami landskap pemasaran terkini, membentuk strategi yang lebih efektif, dan

memberikan nasihat yang lebih fokus kepada keperluan klien. Bagi pengurus pemasaran dan

pengiklanan, kajian ini memberikan inspirasi untuk merancang strategi inovatif yang sesuai

dengan tren dan selera pengguna TikTok, memaksimakan potensi sebagai saluran pemasaran

berkesan. Selain itu, kajian ini memberikan sumbangan berharga kepada penyelidik dan

akademik dengan mendalami peranan TikTok dalam konteks pemasaran korporat dalam era

media sosial yang berubah dengan cepat. Secara keseluruhan, kajian ini memberikan panduan

dan wawasan penting untuk melaksanakan strategi pemasaran yang berjaya dalam dunia media

sosial yang dinamik.

12
BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.0 Penelitian kajian literatur

Kajian literatur adalah berdasarkan karya ilmiah dan kajian penyelidikan yang dijalankan

oleh pelbagai ahli akademik dan pakar dalam bidang tertentu. Para sarjana menyumbang kepada

badan pengetahuan dengan menerbitkan penemuannya dalam jurnal akademik, buku, kertas

persidangan, dan sumber lain yang bereputasi. Kajian literatur mengkaji dan mensintesis

sumbersumber ini untuk memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang penyelidikan sedia

ada mengenai topik tertentu (Diana Ridley, 2012).

Melalui kajian ini, pengkaji dapat Dapatan kajian memberikan pemahaman tentang

2.1 Kajian terhadap TikTok sebagai platform pemasaran

Kajian ini membincangkan populariti dan ciri unik TikTok, memfokuskan pada elemen

video pendeknya, algoritma pengedaran kandungan, dan daya tarikan platform terutamanya

kepada golongan muda. Kaplan dan Haenlein (2019) secara meluas menganalisis kejayaan

TikTok sebagai platform yang menarik generasi muda. Kajian ini memberi tumpuan kepada

penggunaan kreatif video bentuk pendek dan meneroka cara TikTok menyampaikan kandungan

yang disesuaikan mengikut algoritma, mewujudkan persekitaran interaktif yang memenuhi

keperluan golongan muda dan menjadikan TikTok sebagai platform media sosial pertama untuk

remaja dan dewasa muda. Oleh itu, ia menunjukkan kedudukan kukuh platform sebagai pilihan,

mantapkan generasi muda.

Kajian ini secara teliti menyelidik peranan TikTok sebagai asas bagi jenama untuk

menggabungkan modal budaya. Holt (2002) menegaskan keunikan TikTok dalam memberi

13
peluang kepada jenama untuk menyelaraskan diri dengan aliran budaya popular. Kajian

ini memberi tumpuan kepada penciptaan naratif yang sesuai dengan preferensi pengguna,

menjalankan dan peranan penting dalam membentuk identiti jenama yang bersaing secara efektif

dalam dinamika budaya yang terus berubah.

Kajian berkaitan pengiklanan interaktif dan penglibatan pengguna di TikTok, kajian Li et

al (2012) menunjukkan perubahan revolusioner dalam pendekatan pengiklanan melalui ciri-ciri

inovatif seperti duet dan cabaran. Platform ini menggalakkan pengguna untuk terlibat secara aktif

dengan kandungan berjenama, mencipta pengalaman yang dinamik dan lebih menarik. Dengan

mengatasi model pengiklanan pasif, TikTok membuka dimensi baharu penglibatan pengguna,

mewujudkan ekosistem yang membolehkan interaksi yang lebih mendalam dan memacu anjakan

besar dalam paradigma pengiklanan digital. Kajian ini memberi tumpuan kepada perubahan

revolusioner dalam pengiklanan melalui ciri-ciri inovatif, meningkatkan penglibatan pengguna

secara aktif.

Kajian tentang penjenamaan emosi dan penglibatan pengguna, Ahuvia (2005)

menyerlahkan keupayaan TikTok untuk membina hubungan emosi yang kukuh antara jenama

dan pengguna. TikTok membolehkan jenama membina hubungan dan ikatan emosi yang

mendalam melalui kandungan yang menghiburkan dan membangkitkan emosi. Ini bukan sahaja

mencipta identiti jenama tetapi juga mewujudkan pengiktirafan positif dan hubungan yang lebih

mendalam dengan pengguna, menjadikan TikTok sebagai platform yang lebih daripada sekadar

medium pengiklanan. Kajian ini memberi tumpuan kepada bagaimana entiti, produk, atau

perkhidmatan yang dikenali dan dipersepsi, membangkitkan emosi dan melibatkan pengguna

secara mendalam untuk mencipta hubungan yang kuat.

14
2.2 Kajian terhadap kandungan Video Pendek dalam Pemasaran

Kajian berkaitan keberkesanan video pendek di TikTok, Nelson-Field et al. (2019)

mendapati video pendek memiliki daya tarik tinggi dan meningkatkan pengekodan memori

secara efektif. Video pendek di TikTok menjadi alat pemasaran yang potensial, menyampaikan

pesan padat dan menarik perhatian dengan lebih efisien daripada video panjang. Temuan ini

menandakan keberkesanan format ini dalam menyokong strategi pemasaran yang fokus dan

singkat di TikTok, memperkuat reputasi platform sebagai alat pemasaran yang dinamis dan

efisien. Oleh itu, Kajian ini memfokuskan kepada tarikan dan pengekodan memori membuka

kemungkinan strategi pemasaran yang lebih padat dan berkesan pada platform ini.

Kajian tentang peranan kandungan jana pengguna (UGC) pada TikTok, Sundar et al.

(2020) menunjukkan bahawa kandungan pengguna yang tulen boleh menjana persepsi jenama

yang positif dan meningkatkan kebolehpercayaan. Penekanan UGC sebagai sumber kepercayaan

membuka cerapan tentang keaslian dan penglibatan pengguna dalam membentuk imej jenama

yang positif di TikTok. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepentingan kandungan pengguna

dalam membina hubungan positif antara pengguna dan jenama pada platform ini, dan

kepercayaan yang ditanam melalui kandungan pengguna.

Kajian berkaitan format iklan inovatif TikTok oleh Chen (2021), memperincikan peranan

teknologi inovatif seperti realiti tambahan (AR) dan cabaran interaktif dalam pemasaran. Kajian

ini memperincikan cara format inovatif ini mencipta pengalaman pengiklanan yang dinamik dan

interaktif dan merevolusikan paradigma pengiklanan digital. Kajian ini memberi tumpuan khusus

kepada teknologi inovatif, terutamanya AR dan cabaran interaktif, dan potensi TikTok sebagai

medium inovatif yang membuka peluang baharu untuk pendekatan kreatif dan berkesan dalam

bidang pemasaran digital. Oleh itu, kajian ini memfokuskan inovasi pengiklanan membentuk

15
pengalaman pengguna dan strategi pemasaran menarik dalam era digital.

2.3 Kajian terhadap cabaran dan risiko Pemasaran TikTok

Kajian terperinci tentang cabaran dan risiko yang timbul dalam domain pemasaran

TikTok, dengan fokus utama pada aspek yang terkait dengan konten pengguna, Hanna, Rohm, &

Crittenden (2011) Kajian ini menyerlahkan kepentingan memahami secara menyeluruh dinamik

kandungan yang dicipta oleh pengguna TikTok dan turut meneroka potensi kesan ke atas reputasi

jenama dan sejauhmanakah penjenamaan boleh menyesuaikan diri dengan budaya platform. Oleh

itu, kajian ini memberikan pandangan yang mendalam tentang kerumitan cabaran pengurusan

pemasaran di TikTok dan keperluan untuk strategi yang bernas untuk memastikan kejayaan

jenama di tengah-tengah budaya dan dinamik platform yang sentiasa berubah.

Kajian mengenai cabaran dan risiko pemasaran perniagaan melalui video pendek TikTok

di Malaysia (Dr. Nurul Aini Mohamad, 2021) menonjolkan cabaran strategik yang dihadapi oleh

perniagaan di seluruh rantau pemasaran digital. Kajian tinjauan ini menegaskan cabaran khusus

yang timbul apabila mencipta dan mengedarkan kandungan responsif budaya untuk mengelakkan

risiko yang mungkin timbul daripada persepsi orang ramai terhadap pemasaran melalui platform

ini serta ini kajian landskap pemasaran perniagaan di TikTok secara terperinci. Oleh itu, kajian

ini menyediakan terperinci tentang landskap video pendek pemasaran perniagaan di TikTok.

2.4 Kesimpulan

Penemuan ini memberikan pemahaman tentang persepsi pelajar terhadap isu

perbincangan TikTok sebagai platform pemasaran, kandungan Video Pendek TikTok dalam

pemasaran serta cabaran dan risiko pemasaran TikTok. Oleh itu, penekanan tentang pentingnya

dalam memahami perspektif penyelidikan lepasan yang berkaitan agar hasil kajian pengkaji

dalam penulisan kajian terhadap penggunaan video pendek tiktok sebagai satu medium promosi

video koporat yang berkualiti. 16


BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Makna Metodologi Kajian

Takrifan "metodologi" dalam kajian merujuk kepada pendekatan sistematik yang

digunakan untuk mereka bentuk, menjalankan dan menganalisis penyelidikan. Ini termasuklah

kaedah yang digunakan dalam kajian, reka bentuk kajian, pengumpulan data dan analisis data

(Othman Mohamed, 2001). Bab ini meliputi metodologi kajian yang telah digunakan dalam kajian

ini. Bab ini akan membincangkan beberapa topik dengan lebih mendalam untuk memenuhi kajian,

berikutnya adalah topik-topik tersebut:

1. Populasi dan Pensampelan Kajian

2. Intsrumen Pengumpulan Data

3. Teknik Penganalisisan Data

4. Jangkaan Dapatan Kajian

5. Pertimbangan Etika

6. Kesimpulan

3.1 Penasmpelan dan Populasi Kajian

Pensampelan kajian meliputi staf-staf yang sedang di Syarikat Dyodd Sdn.Bhd cawangan

Pelangi Sentral, Mutiara Damansara dan pelanggan yang membeli produk dan perkhidmatan

Syarikat Dyodd Sdn.Bhd. Populasi responden staf-staf yang bertugas terdiri daripada 2 orang

manakala responden pelanggan yang membeli produk dan perkhidmatan Syarikat Dyodd

Sdn.Bhd pula terdiri daripada 100-150 orang. Teknik ini bertujuan bagi membolehkan pengkaji

mendapatkan pemahaman yang holistik dan seimbang tentang dapatan yang akan diperoleh.

17
3.2 Instrumen Pengumpulan Data

Soal selidik skala likert akan digunakan terhadap responden pelanggan yang membeli produk

dan perkhidmatan Syarikat Dyodd Sdn.Bhd bagi menjawab objektif 1 iaitu menilai perubahan pilihan

pengguna dan faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan dari medium promosi konvensional ke

TikTok. Soal selidik ini terdiri daripada beberapa pernyataan yang diikuti oleh skala Likert

dengan pilihan yang berstruktur seperti "Setuju", "Sangat Setuju", "Tidak Setuju", dan "Sangat

Tidak Setuju". Responden diminta untuk menunjukkan sejauh mana mereka setuju atau tidak

setuju dengan pernyataan-pernyataan tersebut. (Lampiran A untuk contoh soal selidik-akan

disediakan).

Seterusnya, Temu bual berstruktur akan dilakukan bersama staf-staf yang sedang di

Syarikat Dyodd Sdn.Bhd cawangan Pelangi Sentral, Mutiara Damansara bagi menjawab

objektif 2 dan 3, iaitu mengukur keberkesanan penggunaan TikTok dalam meningkatkan

interaksi pengguna dan hasil perniagaan korporat dan menganalisis cabaran dan risiko yang

terlibat dalam penggunaan TikTok sebagai medium promosi. Temu bual berstruktur merupakan

sesi tanya jawab yang teratur menggunakan soalan yang telah dirancang. Temu bual ini, terdapat

10 soalan dan responden diminta untuk menjawab soalan- soalan berstruktur secara lisan.

(Lampiran B untuk contoh borang Temu bual- akan disediakan).

3.3 Teknik Penganalisisan Data

Penggunaan "Statistical Package for the Social Sciences" iaitu IBM SPSS dalam

menganalisis data kuantitatif. Teknik ini melibatkan pengiraan statistik deskriptif seperti frekuensi,

peratusan, min, dan sisihan piawai untuk setiap item dan respons dalam soal selidik. Analisis ini

memberikan gambaran keseluruhan pusat data.

18
Penggunaan analisis tematik dalam menganalisis data kualitatif yang diperoleh dalam

temu bual. Teknik ini adalah proses yang fleksibel dan berulang yang membolehkan

pengenalpastian corak, makna, dan interpretasi dalam data kualitatif. ia meliputi langkah seperti

transkripsi, pemahaman kandungan, pengenalpastian kandungan, penelitian corak kandungan,

interpretasi kandungan dan penghasilan dapatan.

3.4 Pertimbangan Etika

Kajian ini mematuhi garis panduan etika bagi penyelidikan yang melibatkan persetujuan

menyemak semula borang soal selidik sebelum diedarkan daripada pihak atasan seperti

Pensyarah Projek Penyelidikan 1. Data responden dilindungi dengan ketat dan hanya digunakan

untuk tujuan penyelidikan serta khususnya diakses oleh penyelidik. Hasil penyelidikan ini akan

digunakan secara bertanggungjawab dan disampaikan dengan integriti, menghormati hak-hak

serta mengutamakan manfaat ilmu pengetahuan (Juwel Rana, Segufta Dilshad dan Md. Ali

Ahsan, 2021).

3.5 Kesimpulan

Berdasarkan pengumpulan dan penganalisisan bagi kajian ini, pengkaji telah berusaha

untuk menjalankan prosedur metodologi yang lengkap dan menepati kajian sebaik mungkin. Hal

ini kerana pengkaji akan memastikan objektif kajian dapat dicapai mengikuti kaedah yang teratur

dan bersistematik.

19

Anda mungkin juga menyukai