Anda di halaman 1dari 12

 Hak penerbitan bahan bercetak biasanya

melibatkan dua pihak iaitu penulis & penerbit.

 Adalah penting bagi kedua-dua pihak ini


mengetahui tentang undang-undang kontrak &
implikasinya.

 Hubungan kontraktual ini wujud berdasarkan


perjanjian yang dibuat oleh penulis & penerbit di
mana:
a) Satu pihak membenarkan karyanya diterbitkan.
b) Satu pihak lagi memberi persetujuan untuk
menerbitkan karya tersebut & membayar royalti
kepada penulis.


 Bagi mewujudkan suatu hubungan kontrak,
biasanya penulis & penerbit akan memasuki
perjanjian & menandatanganinya.

 Pemecahan kepada mana-mana terma atau


syarat perjanjian itu akan memberikan alasan
bagi salah satu pihak untuk membuat tuntutan
undang-undang.

 Sebelum menandatangani perjanjian, penulis &


penerbit mestilah menyetujui syarat-syarat di
dalam perjanjian.
 Kebiasaannya, perjanjian tersebut adalah
berdasarkan perjanjian “standard” yang telah
disediakan oleh pihak penerbit.

 Penerbit akan memiliki “lebih kuasa” dalam


menetapkan syarat-syarat perjanjian.

 Contohnya, dari segi jumlah bayaran royalti.

 Penulis biasanya akan akur dengan syarat-syarat


yang ditawarkan oleh penerbit.

 Apa yang penting kepada penulis ialah karyanya


diterbitkan & mendapat royalti daripada penerbit.
 Penerbit pula sentiasa mendapatkan manuskrip
untuk diterbitkan & dijual bagi meraih
keuntungan.

 Penerbit biasanya lebih gemar menerbitkan karya


yang dijangka boleh membawa keuntungan.

 Jadi, karya daripada penulis terkenal akan


menjadi sasaran para penerbit untuk diterbitkan.

 Sebagai ganjarannya, penulis akan diberikan


royalti ke atas setiap naskah yang terjual.
ROYALTI
o Sejumlah bayaran yang dibayar oleh
penerbit kepada penulis hasil daripada jualan
karya penulis berdasarkan peratusan @
sebarang jumlah yang dipersetujui antara
kedua-dua belah pihak.

o Jumlah peratusan royalti tidak tetap, ia


bergantung kepada persetujuan kedua belah
pihak hasil daripada rundingan dan tawar
menawar.

o Kebiasaannya, jumlah royalti ditetapkan


oleh penerbit.
 Perjanjian bertulis amat penting bagi menjamin
hak penulis dimana mereka akan mendapat
pulangan daripada hasil usaha mereka.

 Ketiadaan perjanjian ini boleh menyulitkan


sebarang tindakan undang-undang yang hendak
diambil.

 Surat perjanjian juga mestilah disetem.

 Sebarang penyerahan manuskrip kepada


penerbit hendaklah diakui penerimaannya oleh
penerbit.
PERJANJIAN LESEN PENERBITAN
o Penulis memberikan lesen mutlak kepada penerbit
untuk menerbitkan karyanya.

o Tidak ada perjanjian “standard “ yang disediakan


oleh semua penerbit.

o Syarat perjanjian berbeza-beza daripada sebuah


penerbit kepada sebuah penerbit.

o Syarat-syarat dalam perjanjian boleh


dipersetujui antara penulis & penerbit sungguhpun
penerbit “lebih berkuasa” menentukan syarat-syarat
perjanjian.
1) Lesen mutlak menerbitkan buku
*Penulis memberikan hak mutlak kepada penerbit
untuk menerbitkan karyanya sebagai edisi
pertama & selanjutnya.
*Dengan pemberian lesen ini, penulis tidak boleh
menyerahkan manuskripnya untuk diterbitkan
oleh penerbit-penerbit lain.
*Pemberian lesen ini juga membenarkan penerbit
untuk menjual hasil terbitan tersebut.

2) Hak meringkaskan & lain-lain


*Penulis memberikan hak mutlak kepada penerbit
untuk menerbitkan buku dalam apa bentuk
sekalipun.
3) Jaminan
*Penulis memberi jaminan kepada penerbit bahawa
karya dalam bentuk sedia ada ialah sebuah
karya asal & tiada orang lain selain penulis
sebagai pemilik hakcipta yang sebenar.
*Penulis juga memberi jaminan tiada hak
penerbitan diberikan kepada penerbit lain.
*Penulis juga memberi jaminan karyanya belum
pernah diterbitkan & karyanya tidak melanggar
undang-undang.
4) Kuasa Penerbit
*Penerbit mempunyai kuasa mutlak atas kerja
penyuntingan & penyusunan format karya.
*Penerbit juga berhak untuk memutuskan tentang
perkara-perkara seperti pengeluaran,
penerbitan, percetakan, penentuan harga &
penjualan karya.

5) Pembetulan pruf
*Penerbit atas permintaan penulis hendaklah
membaca, menyemak, & mengembalikan kepada
penulis kesemua pruf pencetak berkenaan
dengan karya dalam masa yang berpatutan.
 Tempoh lesen yang diberikan oleh penulis
kepada penerbit berkuat kuasa sepanjang
tempoh hak cipta yang sah di sisi undang-
undang.

 Syarat-syarat perjanjian yang melanggar


undang-undang atau yang bertentangan dengan
mana-mana undang-undang bertulis adalah
terbatal.

Anda mungkin juga menyukai