Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM Pelajar mestilah mematuhi semua arahan dan peraturan

universiti. Curi adalah jenayah. Oleh itu jauhilah ia. Pelajar juga mestilah memakai smartcard universiti. Dilarang membawa masuk makanan, minuman, termasuk gula-gula ke dalam makmal. Beg, topi keledar buku dan alat tulis hendaklah diletak di tempat yang disediakan. Pelajar-pelajar dimestikan memakai pakaian yang kemas, sopan dan memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai selipar/sandal dan memakai pakaian yang tidak sesuai ke dalam makmal. Pastikan anda menulis nama dan no matrik ke dalam buku log yang disediakan setiap kali penggunaan makmal. Tidak boleh membuat bising, menggunakan handphone dan merokok di dalam makmal, untuk mengelakkan gangguan kepada pengguna lain. Pusat Pengajian juga berhak mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan di atas segala kemudahan terutama untuk tujuan peribadi. Anda dibenarkan mencetak menggunakan printer yang disediakan sehingga 10 helai sahaja dan bayaran untuk sehelai 10sen (kertas sendiri). Jika lebih sila dapatkan kebenaran terlebih dahulu. Segala pembaziran haruslah dielak, jadi pastikan anda menggunakan printer dengan cermat, jimat dan munasabah. Pelajar di larang melayari, download dan melakukan apa juga aktiviti pada laman-laman web terlarang, yang berunsur lucah dan sebagainya. Sebarang masalah terutama berkaitan dengan komputer hendaklah dilaporkan segera kepada kakitangan bertugas. Pastikan komputer dan suis di tutup sebelum meninggalkan makmal. Sebarang perisian baru yang hendak digunakan perlu mendapat kelulusan. Sebarang perisisan berbentuk GAMES tidak dibenarkan untuk digunakan. Dilarang mengubahsuai, memadam atau menambah KANDUNGAN yang sedia ada di dalam cakera keras. Salinan kepada CD-RW perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu. Semua pelajar di minta menggunakan komputer DENGAN CERMAT. dan bertanggungjawab kepada semua aktiviti komputer yang dilakukan. Semua pelajar di minta menggunakan komputer untuk tujuantujuan yang berfaedah. Semua pelajar juga dilarang menggunakan komputer untuk tujuan 'chatting' Akses hanya kpd fail-fail atau data hakmilik sendiri, yang umum atau diberi kuasa mengakses. Semua pelajar di minta menggunakan versi perisian yang sah; Semua pelajar juga dilarang menggunakan komputer untuk tujuan 'chatting' Tidak Mengganggu pengguna lain dengan apa cara sekalipun, termasuk menimbulkan rasa aib, marah dan tidak selesa. Pengguna dilarang sama sekali menukar kedudukan komputer dan peranti, menukar konfigurasi computer, menambah atau membuang sebarang perisian, membawa keluar sebarang peralatan dari makmal dan mencuri peranti komputer

Anda mungkin juga menyukai