Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

SK SG LEMAN
Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna Makmal
Komputer SKSL

1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman masuk ke dalam makmal.


2. Dilarang sebarang cakera perisian luar di bawa masuk ke dalam makmal kecuali dengan keizinan
Penyelaras ICT – disket dari luar hendaklah di scan terlebih dahulu.
3. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali mendapat
keizinan dari Penyelaras ICT.
4. Pengguna dilarang melaraskan alat penghawa dingin.
5. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal, tanggalkan stokin yang berbau.
6. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa di iringi guru.
7. Semua pengguna komputer adalah dilarang mengubah / mengusik sebarang sambungan wayar pada
komputer.
8. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian computer terlalu panas atau
sebarang yang disyaki tidak beroperasi secara normal, sila laporkan dengan segera kepada guru
yang bertugas – matikan mana suis yang perlu.
9. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
10. Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
11. Senyap dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada guru.
12. Dilarang membuka dan mencetak gambar, logo dan simbol yang tidak bemoral, menghina atau
memfitnah pihak tertentu.
13. Dilarang mengubah peralatan dan system yang ada dalam makmal.
14. Dilarang mengubah atau menambah software dan hardware yang sedia ada.
15. Semua hasil kerja hendaklah di simpan di dalam disket atau pendrive dan tidak boleh disimpan di
dalam harddisk komputer.
16. Peralatan seperti LCD, dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.
17. Guru yang bertanggungjawab membawa murid / kelas ke makmal komputer hendaklah menulis
maklumat di dalam buku daftar yang di sediakan.
18. Penguna persendirian perlu menulis maklumat di dalam buku yang disediakan.
19. Pengguna hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa berada di makmal.
20. Pengguna sentiasa menjaga kebersihan makmal semasa dan sepas menggunakan.
21. Susun semula kedudukan peralatan seperti asal selepas di gunakan.
22. Matikan suis AVR selepas menutup ( shut down ) .
23. Dilarang masuk ke dalam bilik penyelaras dan bilik perkakasan tanpa kebenaran.
24. Dilarang mengoyak label, menconteng / mencalarkan peralatan yang ada.
25. Pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh diambil tindakan disiplin yang
sewajarnya oleh pihak sekolah.

KEPERHATIAN DAN KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI DAN DIUCAPKAN


TERIMA KASIH
SELAMAT MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUER SKSL
…………….…………………………..
(CHE KAMARIAH BINTI BABJAN)
PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER

Anda mungkin juga menyukai