Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Perubahan Keadaan Jirim

Kemahiran : Memerhati, membuat inferens, membuat hipotesis

Objektif : Memerihal proses perubahan keadaan air dari segi menerima atau

kehilangan haba.

LATIHAN

1. Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan melibatkan tiga situasi iaitu P, Q dan R di
mana sehelai kain dijemur di bawah Matahari.

Masa yang diambil untuk kain mengering direkodkan dalam jadual di bawah.

PUM Kain P Q R
Masa diambil untukkain kering
PUB keseluruhan 1 jam 10 minit 30 minit

a). Nyatakan dua inferens berdasarkan masa diambil untuk kain P dan Q kering
keseluruhannya. (membuat inferens)

KATA KUNCI

Membuat Inferens :Sebab ….alasan dalam


perbandingan

i). Masa untuk kain P mengering dengan lengkap

ii). Masa untuk kain Q mengering dengan lengkap

(2 markah)
b). Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam penyiasatan ini.

(mengawal pemboleh ubah)

KATA KUNCI:

Pemboleh Ubah Dimalarkan : PuMa

Pemboleh Ubah Dimanipulasi : PuM

Pemboleh Ubah Bergerak Balas : PuB

i). Pemboleh ubah dimalarkan

ii).Pemboleh ubah bergerak balas

iii). Pemboleh ubah dimanipulasi

(3 markah)

c). Nyatakan satu hubungan antara luas permukaan kain dengan masa untuk kain
mengering dengan lengkap. (membuat hipotesis)

KATA KUNCI

a) Membuat hubungan / membuat kesimpulan /


rumusan:
Semakin corak PuM,
Semakin corak PBB
Atau
Jika corak PuM,
Maka corak PBB

(1 markah)
Skema Jawapan

1a).

i). Masa untuk kain P mengering dengan lengkap paling lambat kerana kain P lebih tebal dan
luas permukaan kainyang terdedah paling kurang yang mengakibatkan air paling lambat
menyejat.

ii). Masa diambil untuk kain Q mengering dengan lengkap paling singkat kerana kehadiran
angin yang membolehkan air menyejat lebih cepat.

b).

i). Jenis kain

ii). Masa diambil untuk kain mengering

iii). Cara kain dilipat/ Keadaan berangin

c). Semakin bertambah luas permukaan kain, semakin berkurang masa untuk kain
mengering dengan lengkap.

Atau

Jika luas permukaan kain bertambah, maka masa untuk kain mengering dengan lengkap
berkurang.

Anda mungkin juga menyukai