Anda di halaman 1dari 10

PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

LATARBELAKANG
Perkataan Abbasiyah diambil sempena nama AlAbbas iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W.. Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas as-Saffah melalui gerakan Pevolusi Abbasiyah pada tahun 750 Masihi. Faktor tertubuhnya Kerajaan Abbasiyah: Penentangan puak Mawali terhadap pemerintahan Umaiyyah. Pemberotakan oleh puak Syiah dan Khawarij. Kecuaian pemerintahan Umaiyyah dalam menjalankan tanggungjawab. Gerakan sulit Abbasiyah.

STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN ABBASIYAH


AL-KHILAFAH Ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah-wilayah Islam. AL-WAZIR Perdana menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan. AD-DAWAWIN Jabatan-jabatan kerajaan di bawah pengawasan dan seliaan Al-Kuttab (sekretari) seperti jabatan polis, jabatan audit, jabatan pertahanan dan jabatan perhubungan

KHALIFAH KERAJAAN ABBASIYYAH


ABU ABBAS AS-SAFFAH

ABU JAFFAR AL-MANSUR


HARUN AR-RASYID KHALIFAH AL-MAKMUN

SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH


Keagungan Kerajaan Abbasiyah menjadi bahan kajian para sejarawan hingga hari ini. Ia menjadi kebanggaan umat Islam sepanjang zaman. Keagungan tersebut tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh daripada umat Islam. Mereka meluaskan konsep jihad hingga meliputi penguasaan ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Penguasaan pelbagai ilmu oleh umat Islam telah mengangkat martabat mereka sebagai umat yang paling maju ketika itu.

KESAN POSITIF PENYEBARAN ISLAM


KESAN KEPADA AKIDAH
Penyebaran Islam berjaya mengubah kepercayaan kebanyakan masyarakat dari kepercayaan menyembah berhala. Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia. Masjid di bina di merata tempat. Ia menjadi pusat dakwah terbuka untuk semua orang.

KESAN KEPADA ILMU PENGETAHUAN :


Penyebaran Islam telah membuka peluang kepada perkembangan ilmu dan pemikiran. Islam mengira usaha menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah adalah sebagai jihad. Kerajaan Abbasiyah menyediakan insfratruktur pendidikan seperti masjid dan sekolah.

KESAN KEPADA KEBUDAYAAN :


Umat Islam yang berasal dari pelbagai latar belakang budaya bebas mengamalkan budaya masing-masing, bahkan ada antara budaya-budaya yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tersebut mempengaruhi umat Islam seperti seni bina masjid dan bangunan.

KESAN KEPADA KEMASYARAKATAN : Penyebaran Islam ketika itu telah dapat menghapuskan perhambaan. Islam membawa bersama konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa. Khalifah al-Mahdi menubuhkan Mahkamah Tinggi Rayuan (Dewan al-Mazalim). Kerajaan Abbasiyah menyediakan peluang kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan utama negara.

BUKTI KERAJAAN ABBASIYAH MENGAMALKAN DASAR LIBERAL DALAM PEMERINTAHAN

Melantik sesiapa sahaja yang di kalangan umat Islam yang berkebolehan dan berkemampuan untuk mengurus dan mentadbir negara.

Anda mungkin juga menyukai